Nor Laila Ismail

Nor Laila Ismail Jual beli hartanah serta pembiayaan semula untuk hartanah. Untuk tempahan dan pembelian boleh hubungi di no
www.wasup/60133493776

Ya Allah… ada saat kami tersenyum di luar, tetapi di dalam hati kami sedang berperang dengan banyak perkara. Ada luka ya...
23/05/2026

Ya Allah… ada saat kami tersenyum di luar, tetapi di dalam hati kami sedang berperang dengan banyak perkara. Ada luka yang kami simpan sendiri, ada penat yang kami pendam sendiri, dan ada air mata yang jatuh tanpa siapa tahu. Maka pada hari ini kami datang kepada-Mu ya Allah… kerana hanya Engkau tempat kami mengadu.

Ya Allah, ampunkanlah segala dosa kami, dosa yang kami lakukan dalam sedar atau tidak sedar, dosa yang kecil dan yang besar, yang tersembunyi dan yang nyata. Jangan Engkau biarkan dosa-dosa kami menjadi sebab hati kami terus gelap dan jiwa kami hilang kekuatan.

Ya Allah, saat kami hampir rebah… kuatkanlah kami dengan kekuatan 100%. Saat kami merasa tidak mampu… bantulah kami. Saat kami merasa hidup terlalu berat… lapangkanlah dada kami dengan rahmat dan ketenangan daripada-Mu.

Ya Allah, jangan Engkau biarkan kami tenggelam dalam kesedihan dan keputusasaan. Hidupkan kembali semangat dalam diri kami, kuatkan kembali jiwa kami, dan ajarkan kami untuk terus berharap kepada-Mu walaupun keadaan belum berubah.

Ya Allah, murahkan rezeki kami, berkati setiap usaha kami, permudahkan segala urusan kami, lunaskan segala hutang kami, dan bukakan jalan keluar bagi setiap masalah yang kami hadapi. Sihatkan tubuh badan kami, tenangkan hati kami, dan lindungi kami daripada segala perkara yang melemahkan.

Ya Allah, jadikan hari ini hari kami kembali bangkit, kembali kuat, kembali tenang dan kembali yakin bahawa Engkau tidak pernah meninggalkan kami walau sesaat.

Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengabulkan doa hamba-hamba-Mu.
Perkenankanlah doa kami ini ya Allah.

Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin 🤲🏻🌙

15/05/2026

Jangan pernah rasa diri terlalu lemah hanya kerana pernah jatuh berkali-kali.
Kadang-kadang orang yang paling banyak menangis itulah orang yang paling kuat bertahan.

Hidup ini bukan tentang siapa paling sempurna.
Tetapi tentang siapa yang tetap memilih untuk bangun walaupun hatinya pernah hancur.

Ada hari kita rasa yakin.
Ada hari kita rasa hilang arah.
Ada hari kita rasa semangat.
Dan ada juga hari kita cuma mampu bertahan.

Itu normal.
Kita manusia… bukan robot yang sentiasa kuat tanpa rasa penat.

🌿 Berehat bukan bermaksud kalah.
🌿 Menangis bukan bermaksud lemah.
🌿 Dan lambat berjaya bukan bermaksud gagal.

Kadang-kadang Allah sedang mendidik jiwa kita untuk menjadi lebih matang sebelum diberi sesuatu yang besar.

Jangan terlalu kecewa jika manusia tidak memahami kita.
Asalkan Allah tahu segala usaha, air mata, dan niat baik yang kita simpan dalam hati.

Pagi ini…
jangan fokus pada apa yang hilang.
Fokus pada apa yang masih ada.

Masih ada peluang untuk berubah.
Masih ada waktu untuk memperbaiki diri.
Masih ada ruang untuk mengejar impian yang tertangguh.

Dan selagi kita masih bernafas…
selagi itu harapan masih ada 🌸

Semoga pagi ini membawa ketenangan dalam hati, kekuatan dalam jiwa, dan rezeki yang dipermudahkan dari arah yang tidak disangka-sangka 💚

Assalamualaikum wbt!

Persedian utk bersihkan rumah sentiasaMini Squeeze Mop Comel Mudah Guna! Bersih Meja Cermin Dapur Kereta Mop Kecil Viral...
11/02/2026

Persedian utk bersihkan rumah sentiasa

Mini Squeeze Mop Comel Mudah Guna! Bersih Meja Cermin Dapur Kereta Mop Kecil Viral Portable Mini Squeeze Mop Mini Desktop Mop Home Kitchen Car Cleaning Desk Cleaner Glass Sponge Cleaning Mop Household Cleaning Mop

02/02/2026

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
MALAM INI malam Nisfu Sya'ban, sebelum buku Catan amalan d storkan,saya mohon maaf lahir batin sepanjang saya menjadi sahabat kalian. Terlalu banyak dosa saya dgn sahabat semua.samaada dengan sengaja mahupun tidak sengaja,,manusia ini tidak ada yg sempurna,dan setiap manusia mesti ada salah dan silap..apa guna hidup ini kalau kita menyombong diri..lebih baik kita bermaafan sesama insan..

Maafsekiranya pernah menyakiti,
Maaf sekiranya pernah menghina,
Maasekiranya pernah kasar,
Maaf sekiranya pernah membohongi,
Maaf sekiranya pernah menyinggung,
Maaf sekiranya pernah mengumpat,

Baik disengaja maupun tidak disengaja
Baik yang terang-terangan maupun yang disembunyikan.

Sesungguhnya yang buruk datang dari diri ini sendiri dan yang baik sentiasa datangnya drpd Allah taala.. semoga semua amal ibadah kita d terima oleh Allah hendaknya..Aamiin

15/12/2024

Korang perasan tak, walaupun lebih 10 tahun buat bayaran bulanan rumah kat bank, tapi tak berganjak pun baki pembiayaannya. Geram je kan bila tengok bank statementnya...🙂
.

Aku kongsikan macamana aku langsaikan hutang rumah pertama aku ini dalam tempoh 12 tahun. Sepatutnya ikut perjanjian 25 tahun (aku pilih 25 berbanding 30 tahun). Ilmu ni aku perolehi dari bacaan buku mentor kewangan Azizi Ali. Ikut cara dia, 5 tahun langsai hutang. Dulu pun aku fikir macam tak logik cara beliau. Tapi aku try jerlah. Tak dapat setel 5 tahun, 12 tahun pun kira ok apa..😉
.

1. BAYAR LEBIH BULANAN - Setiap bulan aku akan bayar extra RM100-150 ke bank. Tapi jika takda lebihan, aku bayar ikut kata bank jerlah. Jangan stress!


2. BAYAR LEBIH TAHUNAN - Dulu company selalu bagi bonus tahunan. Duit bonus ni aku extrakan bayar bulanan ke bank. Orang biasa bayar 12 bulan kan, tapi aku bayar 13-14 bulan. Bayar lebih, cepatlah habis!


3. BAYAR GUNA KWSP - Tips ni paling banyak membantu. Aku keluarkan duit KWSP (Akaun 2) untuk mengurangkan baki pembiayaan. Kat sini biasanya ada drama sikit dengan pihak bank. Sila maklumkan pada mereka, kita mahu bayar "principal" terus. Barulah kita yang untung!
.

Aku praktiskan 3 cara ini sahaja. Dalam buku Tuan Azizi Ali tunjukkan banyak tips lagi. Boleh pi cari beli. Cara ini bagi yang nak langsaikan hutang rumah dengan lebih cepat. Jika tak mau, ikut sahaja kata bank. Bayar bulanan seperti biasa. Insyaallah 30-35 tahun setel hutang anda. Apa-apa berlaku pada kita, encik MLTT/MRTT Insyaallah boleh cover...🙂
.

Gambar ni masa kami gotong royong anak beranak bersihkan rumah setelah penyewa keluar hujung tahun 2020. Rumah dah habis bayar, duit sewa nilah yang jadi pasif income kami. Tahun lepas telah dilepaskan pada pemilik baru demi memburu RUMAH IMPIAN kami sekeluarga. Hutang dah takda, dapat sedebuk, baru syok..🙂
.

Sumber : Faizal Rahmat
Abang Ngah
Bebas Hutang, Hati Tenang!

Selalunya bila ada majlis makan² orang akan selalu order puding, dadih atau aiskrim Malaysia.Apa kata kali ni kita tukar...
26/11/2024

Selalunya bila ada majlis makan² orang akan selalu order puding, dadih atau aiskrim Malaysia.

Apa kata kali ni kita tukar hidang AIR COKLAT BELGIAN PIYOR PALING SHEDAP KAW 😍

Air coklat belgian ni special, rasa kurang manis dan full coklat. Sesuai diminum untuk semua peringkat umur di semua majlis.

✅ Family day
✅ Majlis kahwin
✅ Majlis tunang
✅ Birthday
✅ Potluck
✅ Mesyuarat office
✅ Reunion
✅ Infaq untuk majlis/program masjid, surau atau sekolah
✅ Apa sahaja majlis makan²

Bismillah, kak ell buka untuk tempahan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Harga berpatutan dan berbaloi.

Kita bagi special price kalau borong 50 botoi ke atas 😋🔥

www.wasap.my/60133493776/orderairbcd

19/11/2024

Bulan lepas, ada seorang pembeli ni cerita dekat saya yang dia tersilap beli rumah. Bukan rumah bawah ni tau. Masa dia beli tu rumah tu under construction, kira tak ada rumah contoh. Jadi just tengok layout semua nampak macam besar, luas dia booking saja untuk beli. Tapi after rumah tu siap dia terkejut sebab rumah tu kecil size nya. Parking pun muat satu kereta saja.

Bila saya tanya berapa bukaan lebar rumah? Dia kata 18 kaki. Untuk size 18 kaki memang muat 1 kereta saja parking. Melainkan kereta kecil mungkin boleh muat 2. Yang ni ikut pagar yang developer bagi. Belum renovate tukar pagar semua. Memang selalu kalau kita tengok model rumah, atau layout rumah dan kita tak ada pengalaman untuk bayangkan "size" rumah, kita akan rasa ok. So saya terpanggil untuk menulis sedikit tentang size rumah yang biasa di jual dekat malaysia ni dan kategori rumah tu besar atau kecil.

Selain dari tengok jumlah bilik tidur dan bilik air, ada faktor lain yang kena ambil kira bagi saiz sesebuah rumah. Saiz tanah ( bagi rumah landed) dan saiz binaan ( rumah landed / apartment).

🏡𝗔𝗽𝗮𝗿𝘁𝗺𝗲𝗻𝘁/ 𝗞𝗼𝗻𝗱𝗼 / 𝗙𝗹𝗮𝘁 :

✅ 𝟰𝟬𝟬-𝟱𝟬𝟬+𝘀𝗾𝗳𝘁 - 𝗸𝗲𝗰𝗶𝗹.

Kalau size macam ni biasanya studio unit / soho. Biasa ada 1 bilik atau tiada bilik.

✅ 𝟲𝟬𝟬-𝟳𝟱𝟬+ 𝘀𝗾𝗳𝘁 - 𝗞𝗲𝗰𝗶𝗹.

Untuk Size ni dikira size yang kecil. Ada yang cukup untuk 2 bilik, ada yang 3 bilik.

✅ 𝟴𝟬𝟬- 𝟵𝟬𝟬𝘀𝗾𝗳𝘁 - 𝗦𝗲𝗱𝗲𝗿𝗵𝗮𝗻𝗮.

Size ni dikira "standard size" untuk kebanyakan rumah apartment. Size yang boleh dikatakan "selesa". Tak besar sangat. Tak kecil sangat.

✅𝟵𝟬𝟬-𝟭𝟬𝟬𝟬 ++ 𝘀𝗾𝗳𝘁 - 𝗕𝗲𝘀𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗻 𝗹𝘂𝗮𝘀.

Untuk saiz ni dikira besar bagi sebuah rumah apartment/ kondo/ flat. Layout rumah juga lebih luas. Sesetengah kondo ada yang bersaiz 1500++sqft yang mana kadang lebih luas dari saiz binaan rumah teres.

🏡𝗧𝗲𝗿𝗲𝘀 / 𝗟𝗮𝗻𝗱𝗲𝗱: ( intermediate. Kalau corner / end lot saiz tanah lebih besar )

Size rumah teres ni biasanya (ukuran kaki)

16x60
18x60
18x70
20x60
20x65
20x70
20x75
20x80
22x70
22x75
24x70

🏡𝗦𝗮𝗶𝘇 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗿 𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵

✅𝗦𝗶𝘇𝗲 𝘁𝗮𝗻𝗮𝗵 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗿 𝟭𝟲-𝟭𝟴 𝗸𝗮𝗸𝗶 : 𝗞𝗲𝗰𝗶𝗹.

Lebar ni di kira saiz lebar bahagian hadapan rumah. Bagi saiz ni kecil dan untuk parking kereta kalau 16 kaki muat satu kereta sahaja. Untuk 18 kaki muat 1 kereta juga tapi kalau kereta saiz kecil boleh muat 2. Bergantung pada pagar rumah. Kalau takde tembok kiri kanan boleh masuk dua.

✅ 𝗦𝗶𝘇𝗲 𝘁𝗮𝗻𝗮𝗵 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗿 𝟮𝟬 𝗸𝗮𝗸𝗶 : 𝘀𝗲𝗱𝗲𝗿𝗵𝗮𝗻𝗮.

20 kaki ni dikira size standard kebanyakan rumah teres dekat malaysia ni. Kira saiz yang paling banyak ada dekat pasaran. Muat untuk parking dua kereta dan dalam kategori lebar rumah yang jadi pilihan ramai.

✅𝗦𝗶𝘇𝗲 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗿 𝟮𝟮 𝗸𝗮𝗸𝗶 𝗸𝗲 𝗮𝘁𝗮𝘀 : 𝗕𝗲𝘀𝗮𝗿.

Size yang boleh dikatakan selesa untuk kelebaran sesebuah rumah. Untuk size 24 kaki ke atas dikategorikan sebagai "superlink". Bukan lagi teres biasa sebab saiz yang besar dan luas. Untuk size 24 kaki ke atas kalau parking 2 kereta pun dah terlebih selesa dan siap ada ruang lagi dekat tepi untuk mini garden dan sebagainya.

🏡𝗦𝗮𝗶𝘇 𝗽𝗮𝗻𝗷𝗮𝗻𝗴 𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵

Selain lebar, satu lagi faktor yang kena ambil kira adalah panjang tanah sesebuah rumah.

✅𝟲𝟬 𝗸𝗮𝗸𝗶 𝗸𝗲 𝗯𝗮𝘄𝗮𝗵 - 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗲𝗸.

Panjang 60 kaki biasanya selepas di tolak ruang untuk car porch dan binaan rumah, biasa bahagian belakang ada sedikit. Car porch pun lebih pendek.

✅ 𝟲𝟱-𝟳𝟬 𝗸𝗮𝗸𝗶 - 𝘀𝗲𝗱𝗲𝗿𝗵𝗮𝗻𝗮.

Standard size bagi kebanyakan rumah yang dibina sekarang. Tak pendek sangat. Tak panjang sangat. Size yang paling ramai s**a. Carporch pun tak pendek sangat dan biasa bahagian belakang pun ada lebihan tanah.

✅𝟳𝟱 𝗸𝗮𝗸𝗶 𝗸𝗲 𝗮𝘁𝗮𝘀 - 𝗣𝗮𝗻𝗷𝗮𝗻𝗴.

Untuk panjang ni biasanya car porch akan panjang sedikit atau size standard. Bahagian backyard pun ada lebihan tanah lagi. Kadang 10 kaki atau lebih. Size 80-90 kaki dikira panjang.

🏡𝗞𝗲𝗹𝘂𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗕𝗶𝗻𝗮𝗮𝗻 𝗥𝘂𝗺𝗮𝗵 / 𝗕𝘂𝗶𝗹𝘁 𝘂𝗽

Untuk rumah teres setingkat keluasan binaan boleh ambil kira saiz rumah apartment sebagai panduan.

Untuk rumah teres 2 tingkat

✅ 𝟭𝟱𝟬𝟬𝘀𝗾𝗳𝘁 𝗸𝗲 𝗯𝗮𝘄𝗮𝗵 - 𝗸𝗲𝗰𝗶𝗹.

Biasa sekarang ni developer banyak buat rumah bersaiz kecil dengan keluasan binaan bawah 1500sqft. Kadang dia bagi tanah lebih. Dapur dan bilik kecil. Tapi ada lebihan tanah di belakang untuk kita buat sendiri tambahan.

✅ 𝟭𝟱𝟱𝟬𝘀𝗾𝗳𝘁 - 𝟭𝟳𝟱𝟬+ 𝘀𝗾𝗳𝘁- 𝗦𝗲𝗱𝗲𝗿𝗵𝗮𝗻𝗮.

Bagi saiz ni dikira saiz standard untuk keluasan binaaan sebuah rumah. Saiz yang boleh dikatakan "just nice". Tak besar. Tak terlalu kecil sangat. Tapi biasa saiz dapur ada yang sederhana, ada yang kecil bergantung pada design rumah.

✅ 𝟭𝟴𝟬𝟬𝘀𝗾𝗳𝘁 -𝟮𝟬𝟬𝟬𝘀𝗾𝗳𝘁++ - 𝗕𝗲𝘀𝗮𝗿.

Untuk saiz ni dikira besar untuk keluasan binaan sesebuah rumah. Saiz ni biasanya kalau tak buat tambahan dapur , bilik dan sebagainya pun dah cukup. Tak perlu extend dah biasanya.

Nak tulis sikit jadi panjang pula😅. Tapi ni dikira pendapat peribadi saya yang pernah involved dalam bidang construction dulu dan sekarang bekerja sebagai perunding hartanah. Boleh jadi panduan bagi yang sedang mencari rumah. Apapun saiz pilihla ikut bajet dan citarasa masing-masing. Pilih betul-betul supaya tak salah buat pilihan .

Semoga bermanfaat.

Rumah bawah ni dekat Elmina. Size 20x80 dengan Luas binaan 2200sqft++. Yang ni kategori rumah teres intermediate yang besar dan luas.

Buku Pelaburan Hartanah: Beli 6 Rumah dengan gaji Rm2,500
👉https://s.shopee.com.my/5AaHIfSlZV

Kredit : FB Fahimah Mahayudin

Address

M-2-02&03 Connection Commercial Persiaran IRC3 IOI Resort City
Putrajaya
62502

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nor Laila Ismail posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share