Helmi Tan Property

Helmi Tan Property Kami adalah perunding hartanah yang berdaftar PEA 3212/REN 22118 dengan LPPEH dan bernaung di bawah IQI Realty Sdn Bhd,Putrajaya

Perunding hartanah anda yang paling awesome!!:

05/09/2020

PERBEZAAN DIANTARA EJEN HARTANAH DAN PERUNDING HARTANAH
Kekeliruan ini memang biasa berlaku di dalam masyarakat. Ini kerana pada pandangan awam, ejen hartanah, perunding hartanah adalah gelaran yang sama kerana keduanya menjalankan aktiviti dan tanggungjawab yang sama. Malah ada yang kadang tersilap panggilan dengan gelaran broker. Gelaran ini memang sangat tidak sesuai. Kerana broker dikaitkan dengan ejen hartanah yang tidak berdaftar dengan LPPEHPH.
Secara asasnya memang tak salah dari perspektif pandangan umum jika sering samakan diantara perunding hartanah dan ejen hartanah, namun terdapat beberapa perbezaan besar diantara Perunding Hartanah dan Ejen Hartanah.
Untuk memudahkan pemahaman, s**a saya terangkan tangga kerjaya karier sebagai perunding hartanah. Ia mempunyai 3 langkah tangga iaitu :
1. Perunding Hartanah / Real Estate Negotiator (REN)
2. Ejen Hartanah Percubaan / Probationary Estate Agent (PEA)
3. Ejen Hartanah Berdaftar / Registered Estate Agent (REA)
1. PERUNDING HARTANAH / REAL ESTATE NEGOTIATOR (REN)
Perunding hartanah dilantik oleh Ejen Hartanah Berdaftar (Registered Estate Agent) untuk menjalankan transaksi jual beli hartanah. Boleh dikatakan juga sebagai pembantu ejen hartanah dalam sebuah agensi hartanah. Bila perunding hartanah jual rumah, komisyen akan dibahagi antara perunding hartanah dan agensi mengikut peratusan (%) yang dipersetujui. Peratusan komishen seorang perunding hartanah berbeza mengikut tawaran agensi. Tapi, asasnya yang dibenarkan oleh LPPEHPH ialah 40% kepada perunding hartanah.
Untuk menjadi REN mudah sahaja. Hanya perlu sertai dan hadir kursus Negotiator Certification Course (NCC) selama 2 hari sahaja. Selepas peroleh sijil NCC, boleh mendaftar dengan LPPEHPH, bernaung dibawah sebuah agensi dan boleh mulakan langkah menguruskan jualan “client”. Selepas itu fokus dan bina pendapatan seberapa banyak yang mungkin.
Bilamana seorang perunding hartanah itu mula memasang impian dan cita-cita untuk miliki agensi hartanah sendiri, maka mereka perlu melalui satu fasa pembelajaran yang saya kenali sebagai fasa akademik. Selepas lulus fasa ini, boleh daftar dengan LPPEHPH untuk menaiki tangga seterusnya iaitu Ejen Hartanah Percubaan.
2. EJEN HARTANAH PERCUBAAN / PROBATIONARY ESTATE AGENT (PEA)
Apabila mendaftar dengan LPPEHPH sebagai seorang PEA, anda akan dapat no PEA anda. No REN anda sebelum ini secara automatik terhapus selepas anda menerima no PEA.
Untuk fasa karier ini, ia bergantung kepada anda untuk teruskan sekiranya masih bersemangat dengan cita-cita untuk memiliki agensi hartanah sendiri.
Ada beberapa perkara yang perlu anda lakukan sepanjang dalam fasa karier ini. Iaitu:
i. 2 tahun diari kerja / “work diary”.
Iaitu catitan kerja harian anda sebagai seorang perunding hartanah selama 2 tahun. Perlu ditandatangani oleh penyelia anda iaitu seorang Ejen Hartanah Berdaftar.
ii. Rekod Pengalaman Kerja / Record of Experience (ROE)
Ia mengandungi penceritaan pengalaman anda selama 2 tahun dalam kerjaya sebagai perunding hartanah. Apa yang anda telah pelajari, warna warni pengalaman anda. Diakhirnya anda akan senaraikan semua fail “listing” yang pernah anda lakukan selama 2 tahun tersebut.
iii. Tugasan Kerja 1 & 2 / Task 1 & Task 2
Anda perlu menyediakan 2 kertas kerja ini untuk melayakkan anda menghadiri sesi temuduga dengan LPPEHPH.
TASK 1 – Mengisarkan penceritaan anda seluruh proses anda lalui dalam menguruskan satu “listing” sehingga akhir. Bermula dari sumber bagaimana anda mendapatkan “listing” anda itu sehinggalah ke penyerahan kunci “vacant possession”. Semua bukit perbualan, iklan, dokumen dan gambar dimasukkan secara terperinci didalam laporan tugasan ini.
TASK 2 – Mengandungi kertas kerja cadangan pemasaran / marketing proposal anda kepada pemaju untuk dapatkan lantikan kepada agensi anda untuk menjual projek tersebut. Ia mengandungi maklumat lengkap cadangan rangka kerja pemasaran anda kepada pemaju dalam meyakinkan semua unit yang dibina bakal terjual dengan melantik agensi anda.
iv. Menghadiri Temuduga Dengan LPPEHPH
Selepas semua dokumen diatas dihantar ke LPPEHPH, anda layak untuk menduduki temuduga. Temuduga tersebut biasanya akan mengambil masa diantara 2 ke 3 jam. Soalan temuduga merangkumi teknikal penyediaan Task 1 dan Task 2 anda dan separuh perjalanan temuduga lagi akan diisi dengan soalan berkaitan undang-undang hartanah dan bidang perundingan hartanah.
3. EJEN HARTANAH / REAL ESTATE AGENT (REA)
Selepas LULUS semua fasa diatas, dihari inilah semua impian yang dibina seorang perunding hartanah membina agensi hartanahnya sendiri menjadi kenyataan. LPPEHPH akan mengeluarkan satu surat rasmi menyatakan anda layak untuk membuka agensi hartanah anda sendiri.
Anda akan mula mendaftar dengan LPPEHPH untuk dapatkan nombor pendaftaran ejen hartanah anda (Registered Estate Agent No). Dapatkan kelulusan nama dan seterusnya buka syarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Selepas semuanya selesai, seorang ejen hartanah akan mula melakukan kerja merekrut perunding hartanah seramai 50 orang dibawahnya. Menyediakan latihan, kelas pendidikan dalam membantu perunding hartanah berdaftar dengannya memulakan dan meneruskan kerjaya mereka dengan jayanya.
Erman Taib
Kewangan & Hartanah

Rumah Idaman @ Bangi South, berdekatan tol PLUS Highway__________________*Penat menghadap jem, stress dengan berebut par...
09/07/2020

Rumah Idaman @ Bangi South, berdekatan tol PLUS Highway
__________________

*Penat menghadap jem, stress dengan berebut parking, tertekan dengan hiruk pikuk bandaraya Kuala Lumpur?

*Memiliki rumah ala "Hotel Mewah" di Bangi South merupakan pelaburan yang sangat baik. Yang Bestnya, rumah ini dah siap dan sedia diduduki🥰
*Rumah idaman dengan suasana yang tenang, udara yang bersih, fasilitis yang lengkap, keselamatan yang lebih baik dan berdekatan highway PLUS yang pasti memudahkan pergerakan ke tempat yang dituju dengan pantas.
*Rebutlah peluang keemasan untuk memilikinya saat ini dengan pelbagai tawaran yang sangat menarik🥰 :

*0% Down Payment
*CASHBACK : Bayaran Bank 8 bulan🤩

*JENIS : FREEHOLD
*FREE : Kabinet Dapur & Almari Baju setiap bilik

*Harga : RM3**,**
*FREE : SPA Legal Fees
*FREE : Loan Legal Fees
*FREE : MOT
*FREE : Stamp Duty
*Booking : RM500 sahaja

*KELUASAN : 893 sqft & 1,066 sqft
*3 Bilik Tidur & 2 Bilik Air
*PARKING : 2 Parking Percuma

KEMUDAHAN :
1) Security 24 jam
2) Kolam Renang Bersaiz Olimpik 50m
3) Surau
4) Gym
5) Dewan Serbaguna
6) Taman Permainan Kanak-kanak
7) Court Tenis
8) Court Serbaguna
9) Sky Lounge (Tingkat 17)
10) Taman Rekreasi
11) BBQ Area

:revolving_hearts:KELEBIHAN LAIN :
*Berhampiran Tol Lebuhraya PLUS KL-Seremban
*Berhampiran dengan pelbagai kemudahan seperti Bank, Kedai, Surau, Sekolah
*Berhampiran TESCO Bangi
*Berhampiran ke KUIS
*Berhampiran KTM Bangi
*Berhampiran Bangi Wonderland
*Berhampiran 3 Masjid
*Berhampiran 2 Stesen Minyak

Sebarang pertanyaan, tempahan atau sesi lawatan ke show house :

0182964258
http://www.wasap.my/60182964258/BangiSouth

TANAH LOT BANGLO SUNGAI MERAB UNTUK DIJUAL SEGERADETAILS TANAH :> SUNGAI MERAB> LEASEHOLD MALAY RESERVED 2073> SIZE TANA...
27/06/2020

TANAH LOT BANGLO SUNGAI MERAB UNTUK DIJUAL SEGERA

DETAILS TANAH :

> SUNGAI MERAB
> LEASEHOLD MALAY RESERVED 2073
> SIZE TANAH : 10,300 SQFT
> JENIS BANGUNAN
> GERAN INDIVIDU
> REZAB MELAYU
> RM55/KAKI
> CORNER LOT
> BERHAMPIRAN DATARAN IMAN

Lokasi

- 5km ke Putrajaya(5minit)
- 9km ke Alamanda(14 minit)
- 5km ke Bandar Baru Bangi (14 minit)
- 3km ke Maktab Perguruan Bangi (2 minit)
- 8.5km ke UNITEN (11 minit)
- 8.5 km ke plaza tol Kajang (11 minit)
- 6.5km ke UKM(9 minit)

======================
HARGA RM567K nego

Helmi Tan
REN 20853
Ireal Property Sdn bhd
http://wasap.irealty.my/helmi/tanahsgimerab

Apa cara nak pastikan pelaburan yang kita buat sentiasa jana untung?Selalu, kita akan tengok ilmu yang teknikal. Tapi se...
06/04/2020

Apa cara nak pastikan pelaburan yang kita buat sentiasa jana untung?

Selalu, kita akan tengok ilmu yang teknikal. Tapi sebenarnya, banyak ilmu common sense yang dilupakan pelabur, tak kira lama atau baru.

Bak kata pepatah yang semakin pop**ar sekarang ni :

“Common sense is not so common anymore”

Matt Faircloth daripada BiggerPockets.com ada kongsikan 10 rukun pelaburan yang wajib setiap pelabur turuti, jika tak mahu rugi teruk.

Tak nak rugi dalam pelaburan? Baca lagi
Yang pasti, rukun pelaburan ini tak lapuk zaman (bersifat “evergreen“). Namun, tak ramai yang mampu ikut peraturan ini, walaupun hakikatnya ia cukup mudah diikuti.

Tak ada siapa nak rugi dalam pelaburan. Setiap pelaburan, sudah pasti kita mahu untung, walaupun sedikit. Seperti yang Warren Buffett pernah katakan:

“Rule No.1 in investing is NEVER LOSE MONEY. Rule No.2 is, NEVER FORGET RULE NO.1”

Rukun pelaburan #1 : Apa objektif utama yang anda nak capai?
Semasa mahu mula melabur, kita boleh kaji dahulu bagaimana hendak mencapai objektif yang dituju.

Rangka soalan seperti berikut bagi merangka objektif yang baik:

1) Adakah kita mahu sewakan kepada orang?

2) Atau kita mahu lakukan “flipping?”

3) Apakah taraf ubahsuai rumah yang anda mahu buat?

4) Berapakah bajet yang anda mampu letak untuk perkara itu?

5) Apakah harga terakhir yang mahu dicapai jika mahu jual sebuah rumah?

6) Berapakah jumlah sewa bulanan yang anda mahu letak?

7) Berapakah aliran tunai (“cashflow”) yang anda mahukan untuk setiap pelaburan?

Jika tidak menetapkan objektif yang cukup jelas, kita akan mudah terlepas pandang kepada masalah yang ada.

Tiada siapa yang sanggup buang masa yang berharga dan akhirnya, tidak dapat p**angan yang baik.

Lebih teruk lagi, peratus untuk rugi adalah tinggi.

Rukun pelaburan #2 : Kekalkan tahap fokus yang tinggi
Agak mudah untuk hilang fokus dalam bidang ini.

Kawan kepada Faircloth gelarkan golongan ini sebagai “chasing shiny nickels” (mereka yang terlalu asyik mengejar untung yang belum pasti).

Tak dinafikan, ada banyak peluang untuk buat banyak duit di luar sana. Ada peluang yang benar-benar menguji dan menggoda para pelabur, dek kerana potensi p**angan yang menggiurkan.

Namun, tak semua akan berikan p**angan seperti janji-janji manis yang ditabur. Kebanyakannya, ia bakal hampakan kita.

Lebih baik kita fokus buat satu perkara dalam satu masa. Ada banyak kes seperti ini yang terjadi. Adalah bagus belajar daripada pengalaman buruk orang lain, agar kita tidak bertindak mengulanginya.

Rukun pelaburan #3 : Pelaburan jangka masa panjang berbanding jangka masa pendek?
Ada banyak strategi bagi mendapatkan p**angan pelaburan berganda dalam masa yang singkat.

Perkara ini tidaklah salah. Tetapi ia tidak digalakkan kerana ia tidak membina kekayaan untuk jangka masa panjang. Pelabur yang baik lebih s**a tumpu perhatian kepada bentuk pelaburan ini.

Ini tidak bermakna mereka tidak s**a ceburkan diri kepada pelaburan masa singkat. Sudah tentu mereka tidak s**a ambil mudah kepada sebarang peluang yang ada. Cuma, mereka lebih s**a fokus kepada pelaburan jangka masa panjang.

Ini kerana mereka tetapkan fokus bagi mengukuhkan keuntungan yang panjang, walaupun ia sekadar untung yang kecil pada permulaannya. Kata kunci untuk perkara ini adalah sabar.

Jika kita lakukannya bersama pelan tindakan yang baik, sudah pasti ia akan beralih hasilkan untung berlipat kali ganda di masa hadapan.

Rukun pelaburan #4 : Elak diri dari jadi mangsa emosi
Faircloth juga mengaku, beliau kerap kalah dalam mengawal emosi. Beliau dengan jelas membuktikan bahawa pengaruh emosi amat besar dalam kehidupan seharian seorang manusia.

Faircloth nasihatkan supaya belajar strategi dan cara bagi mengawal emosi secara efisyen. Ini kerana, emosi bertindak mengganggu kita buat keputusan yang jelas dan baik.

Sudah tentu kita tidak mahu menyesal dengan keputusan yang telah kita buat kemudian hari.

Berikan perhatian kepada jenis emosi seperti:

1) Takut.

2) Marah.

3) Tamak.

4) Teruja.

5) Putus asa.

Emosi seperti ini akan berikan kesan ketika mahu buat sesuatu keputusan yang tepat. Jika sedang beremosi, ambil masa seketika dan tarik nafas panjang.

Teknik ini bertindak menyalurkan oksigen kepada otak kita agar berfikir secara lebih jelas.

Rukun pelaburan #5 : Mahirkan diri bermain dengan nombor
Bidang pelaburan hartanah kerap bermesra dengan nombor setiap kali. Jadi, tidak salah untuk katakan nombor sebagai makanan ruji bagi industri ini.

Jelas sekali matematik memainkan peranan penting dalam dunia pelaburan hartanah. Bahkan lain-lain bentuk pelaburan yang ada di muka bumi ini.

Adalah digalakkan menimba ilmu kira-kira sebagai persediaan awal sebelum bergiat aktif dalam bidang ini.

Ia tidak pernah merugikan. Bahkan akan menjadikan kita lebih peka dan melakukan ramalan secara logik dalam bahagian keuntungan dan sebagainya.

Siapa yang mahu memperjudikan keuntungan kepada nasib semata-mata? Ilmu ini akan buat kita lebih berhati-hati dan mengawasi gerak-geri pelaburan dengan munasabah serta lebih jelas.

Rukun pelaburan #6 : Kekalkan sikap positif dalam diri
Lumrah dunia pelaburan. Ada masa kita capai puncak. Ada masa muka tersembam ke tanah.

Kerap kali kita bertindak menyalahkan diri sendiri apabila mengalami kerugian. Namun hakikatnya, ia bukanlah berpunca daripada kita. Ia adalah norma dunia pelaburan.

Anggap dunia pelaburan sebagai refleksi kehidupan sebenar kita di dunia ini. Tidak logik untuk katakan kehidupan seharian kita tidak pernah ditimpa musibah, bukan?

Perkara ini jelas membuktikan pentingnya mentaliti yang baik, agar kita berpantang jatuh seperti tiada hari esok dan peluang baru dalam hidup.

Fokus kepada objektif yang mahu dicapai dan hasilkan penyelesaian secara kreatif kepada masalah yang menimpa. Teruskan usaha sehingga berjaya capai matlamat kita. Berputus asa tidak akan menjadikan kita insan yang lebih baik.

Rukun pelaburan #7 : Jangan kelam-kabut. Nanti makan diri sendiri
Ada pengajaran yang berharga daripada pepatah melayu ini:

“Yang dikejar tak dapat, yang dikendong jatuh berciciran.”

Adalah perkara biasa jika sudah dapatkan beberapa pencapaian dalam pelaburan, akan timbul rasa tidak sabar untuk meningkatkan taraf pelaburan kita.

Selalunya, ia berpunca daripada aspek keuntungan yang akan berlipat ganda.

Maju itu bagus. Cuma ia perlu dikawal dengan baik. Kebanyakan pelabur kerap melangkaui kapasiti mereka kerana tidak sabar dan terlalu tergopoh-gapah.

Adalah bagus melabur bagi mengukuhkan infrastruktur pelaburan demi kesenangan masa hadapan.

Lebih banyak kita melabur kepada kapasiti perniagaan atau pelaburan, lebih baik. Jika tidak, kemungkinan besar pelaburan atau bisnes kita tinggi potensinya untuk lingkup.

Rukun pelaburan #8 : Buru tawaran yang terbaik
Kita mungkin akan ambil tawaran yang “biasa-biasa” jika tiada peluang lain. Namun, jika ada pilihan, sudah pasti kita akan pilih tawaran yang “terbaik.”

Sudah pasti ada beza ketara antara tawaran yang “biasa-biasa” dan tawaran yang “terbaik.”

Pelaburan “biasa-biasa” yang dimaksudkan merujuk kepada peluang yang tidak menepati ciri-ciri keuntungan yang kita mahukan. Tambahan p**a, ia jauh berisiko daripada biasa.

Jika ada sebarang masalah semasa menguruskan pelaburan ini, peratus terjerumus dalam masalah lebih besar adalah tinggi. Saya jamin, anda tidak mahu ini berlaku.

Bagus untuk sentiasa bersedia bagi menghadapi segala kemungkinan yang akan mendatang. Strategi yang terbaik adalah dengan meneliti setiap tawaran dan menguruskan risiko yang ada.

Rukun pelaburan #9 : Bantu-membantu amalan mulia?
Ini adalah asas “networking” 101.

Sentiasa ringankan tangan bantu pelabur lain dengan ambil tahu perkara atau objektif yang mereka mahu capai. Jauh lebih baik jika kita boleh bantu mereka sehingga berjaya capai objektif yang mereka mahukan.

Dengar seperti mudah, namun tidak ramai yang mengamalkan perkara ini.

Walaupun kita baru libatkan diri dalam sesuatu industri, pasti ada perkara yang kita boleh tambah nilai kepada kehidupan orang lain. Sudah tentu ia akan buat si penerima menghargai segala usaha dan jasa kita.

Dengan komited memberikan nilai serta bantu pelabur lain capai objektif mereka, ia akan beri impak positif kepada bisnes anda.

Pada masa yang sama, ia bina kepercayaan dan kukuhkan hubungan bersama pelabur lain.

Rukun pelaburan #10 : Belajar dengan mentor atau guru yang betul
Mentor adalah orang yang sudah hadapi perjalanan sebelum kita. Mereka juga adalah orang yang sudah berada di tempat yang kita mahu berada dan boleh bantu kita capai objektif yang kita mahukan.

Setiap orang pasti ada mentor dalam hidup mereka, tidak kira secara sedar atau tidak sedar.

Mereka bagaikan seorang guru yang pegang rotan di tangan, dan tunggu masa untuk melibas agar kita bergerak ke arah objektif kita. Mereka juga berfungsi sebagai bekal semangat yang kita perlukan untuk berjaya.

Jangan terkejut jika kita lebih cepat berjaya dengan adanya bantuan mentor. Kejayaan akan lebih mudah dihidu serta dicapai dengan adanya bantuan dan tunjuk ajar daripada mereka.

Hubungan antara mentor dan murid boleh ditingkatkan menjadi rakan kongsi. Sentiasa jaga hubungan baik dengan mereka. Tidak mustahil akan ada peluang besar dan rezeki yang tidak disangka-sangka.



Tok percaya, tidak mustahil rukun-rukun ini boleh selamatkan pelaburan yang kita lakukan.

Ilmu ini tak terhad kepada mereka yang sudah lama melibatkan diri dalam dunia pelaburan. Yang pasti, ia akan bantu kita capai objektif yang selama ini kita impikan.

Ilmu ni bermanfaat untuk korang? Tolong Tok SHARE kat kawan-kawan korang yang baru nak mulakan pelaburan hartanah tu. Ilmu macam ni pasti dapat bantu mereka.

https://gilahartanah.com/10-rukun-pelaburan-power/

Mesti korang pernah dengar pepatah “Common sense is not so common anymore,” kan?

*TAMAN WARISAN PUTRA, JENDERAM NEAR EXIT (PLUS) SOUTHVILLE*HARGA END LOT RM 665K (sebelum REBATE 10%  & 1###x diskaun)TI...
04/04/2020

*TAMAN WARISAN PUTRA, JENDERAM NEAR EXIT (PLUS) SOUTHVILLE*

HARGA END LOT RM 665K (sebelum REBATE 10% & 1###x diskaun)

TINGGAL 1 UNIT END LOT & 1 UNIT INTERMEDIATE

HARGA INTERMEDIATE RM 4xx,### ONLY

FASA 3

RUMAH TERES – DUA TINGKAT
*SAIZ BINAAN YANG LUAS*

PENDAHULUAN
RM3000.00

PERCUMA
+ SALES & PURCHASE AGREEMENT
+LOAN AGREEMENT
+MOT & LOAN STAMP DUTY
+CASH REBATE

JENIS TANAH
REZAB MELAYU – FREEHOLD

BILIK
4 BILIK TIDUR
3 BILIK AIR

KELUASAN
LUAS TANAH – 1924 SQF (lebihan tanah tepi 664 sqft)

LUAS BINAAN – 1916 SQF

LOKASI * TEPI JALAN BESAR*
-5MIN KE PEKAN DENGKIL
-5MIN KE LEBUHRAYA PLUS
-10MIN KE CYBERJAYA
-12MIN KE KIPMALL
-15MIN KE BANDAR BARU BANGI
-20MIN KE KLIA 2

*Projek di jangka siap pertengahan tahun 2020
*Jumlah 39 unit

BAKI UNIT TERHAD!!😱😱😱

📞📞📞SILA HUBUNGI📞📞📞

Helmi
+6013-6937765
http://wasap.irealty.my/helmi/TWPDENGKIL

12/12/2019

Tanah Pertanian @ Tanah Dusun Mantin

Affordable price

Green area

Not far from Kuala Lumpur City Centre

=============
Detail
=============

Freehold
Rezab Melayu
1.1 ekar @ 47916 sqft
100'x479' (lebih kurang)

Jalan masuk 'crusher run' - sudah ada jalan berbatuan, bukan tanah merah.
Laluan masuk berhampiran kemudahan seperti kedai runcit dan rumah sewa.
Tanah sebelah menyebelah sudah diusahakan oleh pemilik sebagai dusun dan kebun buah-buahan.

---------------------------------
Accessibility & Nearby Facilities
---------------------------------

400 m @ 2 minit ke SK Sungai Machang
400 m @ 2 minit ke Klinik Desa Sungai Machang
3.5 km @ 5 minit ke Pasaraya Zemart Mantin
5 km @ 7 minit ke Pekan Mantin
8 km @ 12 minit daripada EXIT Highway LEKAS-MANTIN (Inbound Tol Plaza Mantin)
15 km @ 21 minit ke Semenyih
20 km @ 24 minit ke Seremban
25 km @ 30 minit ke Salak Tinggi
38 km @ 39 minit ke Bangi
59 km @ 59 minit ke Ampang, Kuala Lumpur

-------------------------------------------------------------------------
This is just a perfect orchid for pensioners and younger generations!
-------------------------------------------------------------------------

Asking price : RM290k slim nego

For more details and viewing plese contact:

MASH*TAH IBRAHIM
Registered Real Estate Negotiator
IREAL PROPERTY SDN BHD
018-2964258
wasap.irealty.my/mash*tah

Address

Putrajaya
62050

Telephone

+60182964258

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Helmi Tan Property posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Helmi Tan Property:

Share

Category