24/08/2026
22/08/2026 - Sabtu
🇲🇾 SEMANGAT MERDEKA, SEMANGAT KOMUNITI! 🇲🇾
Alhamdulillah, satu lagi kenangan indah tercipta bersama warga KRT Fasa 12 Blok E, Presint 9 Putrajaya. ❤️
Bersempena sambutan Bulan Kebangsaan, warga Blok E berganding bahu, berkongsi tenaga, idea dan masa untuk menjayakan Arca KLCC Versi Presint 9 Fasa 12 Blok E. 🏙️🇲🇾
Mungkin arca ini tidak sebesar KLCC yang sebenar, tetapi semangat gotong-royong, perpaduan dan kerjasama yang terhasil jauh lebih besar nilainya. 🤝❤️
Terima kasih kepada semua penduduk yang turun padang dan menyumbang tenaga. Inilah wajah sebenar komuniti — bila kita bersatu, tiada yang mustahil! 💪
❤️ Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga kami ucapkan kepada Pengurusan Pasaraya Darussalam, Presint 9 atas sokongan dan keprihatinan terhadap program serta komuniti KRT Fasa 12 Blok E.
Sumbangan dan perhatian yang diberikan amat kami hargai dan pastinya menambahkan lagi keceriaan serta semangat para peserta sepanjang program berlangsung. 🤝❤️
Terima kasih kerana turut bersama-sama menyokong usaha dan aktiviti komuniti setempat. Semoga hubungan baik dan kerjasama ini terus terjalin pada masa akan datang. 🙏❤️
🇲🇾 Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati
🤝 Jiran Sepakat, Komuniti Hebat!
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN Yang Ke-69 daripada kami, warga KRT Fasa 12 Blok E, Presint 9 Putrajaya! 🇲🇾❤️