Hartanah Mampu Milik

Hartanah Mampu Milik Bank loan & LPPSA
Lawyers provided

- urusan penjualan hartanah baru & subsale
- urusan sewa rumah
- urusan khidmat pinjaman bank/LPPSA
- urusan guaman untuk pembelian hartanah
- membuat semakan nilai semasa hartanah anda

29/09/2025

Encik A beli sebuah apartmen di Kuala Lumpur berharga RM550,000. Bayaran bulanan lebih kurang RM2,500, tetapi hasil sewaannya mampu cecah RM3,500 kerana dia kreatif, apartment asal 3 bilik diubahsuai jadi 5 bilik, lengkap dengan perabot.

Cashflow positif RM1,000 setiap bulan.

Bagi dia, hartanah adalah alat kewangan, bukan sekadar tempat tinggal. Orang yang tak faham akan cakap dia kapitalis lah !

Pada dia, so what !

Encik B p**a jenis yang memburu peluang luar bandar sedikit, seperti di Nilai atau Rawang. Rumah lelong atau rumah “busuk” itulah sasarannya.

Harga biasanya 30% hingga 40% di bawah pasaran. Renovasi boleh makan belanja RM50,000 hingga RM100,000.

Tetapi bila siap dan dijual semula, untung bersih berpotensi RM100,000 hingga RM150,000. Ini bukan untuk semua orang, nak “main” dalam game yang sebegini perlukan ilmu, pengalaman, dan network yang kukuh.

Silap perkiraan, memang sakit. Tapi ramai juga kawan-kawan yang kelihatan berjaya dengan strategi ni.

Encik C lain ceritanya. Dia cuma mahu sebuah rumah yang dekat dengan tempat kerja, selesa untuk didiami, dan menjadi ruang membina keluarga.

Tiada niat nak flip atau sewakan. Apa yang dicari hanyalah kedamaian, sebuah rumah yang benar-benar boleh menjadi sakinah, mawaddah dan rahmah untuk isteri dan anak-anaknya.

Dia just go with the flow. Tenang- tenang mencari damai kehidupan.

Akhirnya, setiap pembelian hartanah ada objektif berbeza. Ada yang kejar aliran tunai, ada yang kejar capital gain, ada yang kejar ketenangan hidup.

Yang membuatkan setiap transaksi itu unik ialah niat dan tujuan di sebaliknya.

Ps : Semua kisah A,B dan C adalah kisah benar ☺️

22/07/2025

Rumah cantik je masa viewing, lepas serah kunci terus jadi rumah hantu.

Real case saya sendiri.
Uruskan satu rumah owner ni. Dia jual rumah arwah ayah. Nak jual sebab nak guna duit untuk pindah ke perak & bayar deposit rumah baru.

Saya bantu iklankan. Alhamdulillah dalam 2 minggu je dah dapat buyer. Pasangan muda, rumah pertama excited sangat masa tengok rumah.
Owner pun janji nak jual “as is”, tinggal barang je ambil.

Semua proses smooth…
Sampailah ke fasa akhir duit hasil jualan nak disburse ke owner.

Owner desak tiap minggu nak duit cepat.
Lepas serah kunci, saya pun bawa buyer final viewing…

TERKEJUT. TERDIAM. TAK TAHU NAK CAKAP APA.
Rumah gelap, panas, kotor.
Kipas? Takda. Tombol pintu? Hilang. Suis lampu pun ghaib. Dengan leaking kat bumbung. Adui. Padahal haritu masa viewing elok je keadaan rumah, siap wallpaper bagai.

Buyer dah tak happy, tanya saya:
"Kenapa rumah dah jadi macam ni?"

Saya terus call lawyer minta hold dulu pembayaran hasil jualan ke owner.

Owner mengamuk.

Saya explain:
“Maaf encik, sekarang buyer dah tak happy bila condition rumah dah macam rumah tinggal, encik perlu repair semula jadi keadaan boleh diduduki dan condition sama seperti viewing kali pertama”

Katanya “bagilah duit dulu, nanti saya repair semula.”
Maaf cakap, saya tak yakin. Dia dah jauh kat Perak.

Akhirnya, kami tolak kos repair & pampasan dari hasil jualan, masukkan ke akaun buyer, baki baru disalur ke owner.

Apa buyer tengok masa viewing itu yang dia bayar.
Kalau condition berubah, buyer boleh batal atau minta pampasan.

Jadi, macam mana nak elak benda ni berlaku?
✔ Buyer & agent kena catat betul-betul apa yang owner janji nak tinggal.
✔ Ambil gambar semasa viewing sebagai rujukan.
✔ Masukkan semua dalam SNP (Sales & Purchase Agreement). dari lampu, kipas, sampai ke almari dinding. Jangan main cakap mulut je.

Dokumen tu lah senjata paling kuat kalau berlaku salah faham.






Address

Jalan P8G
Putrajaya
62250

Opening Hours

Monday 08:00 - 21:00
Tuesday 08:00 - 21:00
Wednesday 08:00 - 21:00
Thursday 08:00 - 21:00
Friday 08:00 - 21:00
Saturday 08:00 - 21:00
Sunday 08:00 - 21:00

Telephone

+60129118119

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hartanah Mampu Milik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Hartanah Mampu Milik:

Share

Category