21/06/2020
Catatan Ringkas Kos-kos Pecah Sempadan Tanah Lot Geran Individu
TAHAP PERTAMA
1.Juruukur - Penyediaan pelan topografi
2. Perancang Bandar (Townplanner) - Permohonan Kelulusan Pecah Sempadan
3. Jurutera Konsultan (M&E) - Permohonan pelan kerja tanah, infrastruktur - jalan, parit, telekomunikasi, dll
4. Majlis Daerah/Perbandaran - Bayaran Permohonan dan Proses Kelulusan
TAHAP KEDUA (selepas kelulusan Majlis)
1. Bayaran ISF - Majlis; Caruman kubur & parit
2. Caj Pembangunan - Majlis ; 30% dari perbezaan nilai kenaikan hartanah sebelum (pertanian) dan selepas (bangunan kediaman)
3. Penilai Berdaftar - Bayaran penilaian hartanah
4. Deposit Kerja Tanah - Majlis
5. Juruukur - Pre-Computation Plan : ukur sempadan lot, permohonan pecah geran kepada Pejabat Tanah, bayaran kepada Lembaga Jurukur Tanah (LJT), tanda lot dan tanam batu sempadan
6. Premium Tukar Syarat Tanah Pertanian kepada Bangunan Kediaman - Pejabat Tanah : 15% dari nilai tanah bangunan kediaman.
7. Bayaran penyediaan geran individu - Pejabat Tanah
TAHAP KETIGA (selepas ada geran)
Kos-kos berkaitan infra seperti pembersihan tanah, pemotongan lot, bina jalan dan parit