PPAM Seruling Presint 5 Putrajaya

PPAM Seruling Presint 5 Putrajaya Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Seruling, No 2, Jalan Seruling P5A/5, Presint 5, 62200 Putra

TAWARAN TENDERPerkara : PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN DI PPAM SERULINGTEMPOH KONTRAK - 12 BULANTARIKH BUKA IKLAN - 13...
18/09/2025

TAWARAN TENDER

Perkara : PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN DI PPAM SERULING

TEMPOH KONTRAK - 12 BULAN
TARIKH BUKA IKLAN - 13 SEPTEMBER 2025 (SABTU)
TARIKH TAMAT IKLAN - 27 SEPTEMBER 2025 (SABTU)
MASA TUTUP IKLAN - 12:00 TENGAH HARI
HARGA DOKUMEN - RM50 (RINGGIT MALAYSIALIMA PULUH SAHAJA)

Perbadanan Pengurusan PPAM Seruling dengan ini mempelawa syarikat-syarikat
yang berkelayakan untuk menyertai tender bagi Perkhidmatan Kawalan Keselamatan
di PPAM Seruling, Presint 5, Putrajaya bagi tempoh dua belas (12) bulan bermula 1
November 2025. Syarat Penyertaan Petender mestilah berdaftar dengan Suruhanjaya
Syarikat Malaysia (SSM), Kementerian Kewangan Malaysia (M*F) dalam kod bidang
berkaitan perkhidmatan kawalan keselamatan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN)
dengan lesen sah di bawah Akta Agensi Persendirian 1971 serta memiliki rekod
prestasi yang baik dalam perkhidmatan keselamatan.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengurus Bangunan – En. Khairil (017-
8543250). Dokumen yang lengkap hendaklah diserahkan ke Pejabat Pengurusan,
PPAM Seruling sebelum atau pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Sebarang
dokumen yang diterima selepas tarikh dan masa tersebut tidak akan dipertimbangkan.

31/08/2025
HEBAHAN RASMI - Kepada semua penduduk PPAM SerulingDimaklumkan bahawa pagi ini pihak MC dan MO telah mengadakan sesi per...
21/08/2025

HEBAHAN RASMI - Kepada semua penduduk PPAM Seruling

Dimaklumkan bahawa pagi ini pihak MC dan MO telah mengadakan sesi perjumpaan dan perbincangan bersama pihak Dover berhubung aduan lif yang dikemukakan oleh penduduk.

Tujuan perjumpaan adalah untuk:

1. Mendapatkan penjelasan teknikal terus daripada pihak Dover.
2. Membincangkan langkah penyelesaian segera bagi isu lif; dan
3. Menetapkan tindakan susulan bagi menjamin keselamatan dan keselesaan penduduk.

Perkembangan lanjut serta keputusan hasil perbincangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Kerjasama dan kesabaran semua penduduk amat dihargai sementara pihak pengurusan berusaha menyelesaikan isu ini.

Sekian, terima kasih.
Pejabat Pengurusan PPAM Seruling

Salam. Bagi memastikan kesejahteraan serta keselesaan semua penduduk PPAM Seruling, Jawatankuasa Pengurusan Infra dan Te...
18/08/2025

Salam.

Bagi memastikan kesejahteraan serta keselesaan semua penduduk PPAM Seruling, Jawatankuasa Pengurusan Infra dan Teknikal Perbadanan Pengurusan PPAM Seruling sesi 2025/2026 sedang merancang pelbagai inisiatif penambahbaikan seperti penjimatan tenaga elektrik, penjimatan bil air dan meningkatkan kemudahan infrastruktur. Sehubungan itu, kami amat menghargai sekiranya tuan/puan dapat mengemukakan cadangan, pandangan atau idea. Segala cadangan yang dikemukakan akan dikaji dan dipertimbangkan demi meningkatkan kualiti hidup dan kemudahan untuk semua penduduk. Kerjasama dan maklum balas daripada pihak tuan/puan amat kami hargai.

Bagi memastikan kesejahteraan serta keselesaan semua penduduk PPAM Seruling, Jawatankuasa Pengurusan Infra dan Teknikal Perbadanan Pengurusan PPAM Seruling sesi 2025/2026 sedang merancang pelbagai inisiatif penambahbaikan seperti penjimatan tenaga elektrik, penjimatan bil air dan meningkatkan kemuda...

𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐈𝐒𝐔 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐔𝐍𝐆𝐊𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐌𝐏𝐀𝐇 & 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐋𝐈𝐅  Assalamualaikum & Salam Sejahtera,Pihak pengurusan ingin menegaskan b...
18/08/2025

𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐈𝐒𝐔 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐔𝐍𝐆𝐊𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐌𝐏𝐀𝐇 & 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐋𝐈𝐅

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Pihak pengurusan ingin menegaskan beberapa isu yang sedang berlaku melibatkan pembungkusan sampah serta penggunaan lif di kawasan kediaman:

1. Pembungkusan Sampah Tidak Kemas
Didapati terdapat sampah yang dibungkus secara longgar dan tidak kemas, menyebabkan air sampah bocor serta mengotorkan kawasan, corridor, lobi dan dalam lif.

2. Penggunaan Lif Penumpang Biasa
Beberapa pemilik/penyewa juga dikesan menggunakan lif penumpang biasa untuk membawa sampah yang kotor dan dalam jumlah besar. Tindakan ini mencemar kebersihan lobi/dalam lif serta boleh menyebabkan kerosakan lif dan mengganggu keselesaan pengguna lif lain.

3. Isu Kebersihan & Keselamatan
Tumpahan air sampah bukan sahaja mencemarkan kawasan lobi dan koridor, malah menimbulkan risiko keselamatan seperti lantai licin dan bau tidak menyenangkan.

Teguran & Tindakan:

✅ Pemilik atau penyewa unit dinasihatkan untuk:
- Membungkus sampah dengan kemas dan kukuh (gunakan plastik sampah berkualiti dan diikat rapi).
- Tidak menggunakan lif penumpang biasa untuk pembuangan sampah.
- Gunakan lif servis (lif Bomba) untuk aktiviti seperti membawa sampah, barang berat atau sampah pukal.

✅ Pihak kontraktor kutipan sampah juga diingatkan untuk:~

- Memastikan kebersihan semasa dan selepas operasi dijalankan.
- Bertanggungjawab menjaga kawasan lobi dan lif agar sentiasa bersih.
- Tindakan denda atau disenarai hitam akan diambil jika didapati masih berlaku.
Kerjasama semua pihak amat dihargai demi menjaga kebersihan, keselamatan dan keselesaan bersama.

Terima kasih.
Pejabat Pengurusan Perbadanan Pengurusan PPAM Seruling

📢 HEBAHAN PENTING KEPADA SEMUA PENDUDUKNasihat Kepada Anak-Anak – Lindungi Harta AwamDimaklumkan bahawa pihak pengurusan...
15/08/2025

📢 HEBAHAN PENTING KEPADA SEMUA PENDUDUK

Nasihat Kepada Anak-Anak – Lindungi Harta Awam

Dimaklumkan bahawa pihak pengurusan telah menerima aduan berhubung kerosakan harta awam di kawasan perkarangan lif dan koridor tingkat, dipercayai akibat aktiviti bermain bola dan permainan kasar.

Sehubungan itu, kami memohon kerjasama semua penduduk untuk:

✅ Menasihati anak-anak supaya tidak bermain bola atau melakukan aktiviti lasak di kawasan lif dan koridor.

✅ Menggunakan kawasan permainan atau padang yang disediakan untuk aktiviti sukan dan riadah.

✅ Memastikan anak-anak tidak merosakkan kemudahan awam seperti dinding, pemadam api, lampu, tombol pintu, lif, kamera CCTV, dan lain-lain.

Harta awam adalah tanggungjawab bersama. Sebarang kerosakan akan melibatkan kos penyelenggaraan tinggi dan menjejaskan keselesaan semua penduduk.

⚠ Tindakan peringatan atau denda akan dikenakan kepada pihak yang terlibat sekiranya kerosakan berulang.

Kerjasama dan keprihatinan anda amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Pejabat Pengurusan PPAM Seruling

15/08/2025

MAKLUMAN PENUTUPAN ZON KUNING
PPAM SERULING

Dimaklumkan bahawa kerja-kerja penaiktarafan (premix) di kawasan pintu keluar/masuk Tempat Letak Kenderaan (TLK) telah selesai dilaksanakan.

Sehubungan itu, pengaktifan Zon Kuning kini kembali beroperasi seperti biasa, namun penggunaannya adalah DIBENARKAN HANYA pada jam 10.00 malam hingga 8.00 pagi sahaja.

Tindakan mengunci tayar akan dikenakan terhadap mana-mana kenderaan yang didapati melanggar peraturan ini.

Sekian, terima kasih.

Pejabat Pengurusan PPAM Seruling

13/06/2025

📣JOM SERTAI PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO PUTRAJAYA BANDAR RENDAH KARBON!!!📣

Anda ada bakat dalam seni reka bentuk? Mari sertai dan tunjukkan kreativiti anda dalam Pertandingan Mencipta logo Putrajaya Bandar Hijau Rendah Karbon.
Pertandingan ini juga merupakan salah satu inisiatif bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai inisiatif rendah karbon dan kepentingan amalan hijau dalam usaha menangani perubahan iklim.

Rujuk syarat pertandingan untuk keterangan lanjut (https://ppj.my/syaratlogoLCC).

Tempoh pertandingan : 20 Jun - 20 Julai 2025 (11:59pm)

Terbuka kepada : Individu (komuniti dan warga kerja Putrajaya sahaja)

Hadiah wang tunai: Tempat Pertama RM3,000; saguhati RM800 (5x)

Reka logo paling kreatif dan menangi hadiah lumayan berupa wang tunai! Karya anda mungkin akan menjadi logo rasmi logo Putrajaya Bandar Rendah Karbon!

Pertanyaan lanjut:
Unit Bandar Hijau Putrajaya
Seksyen Pembangunan Mampan
Bahagian Pembangunan Mampan dan Perumahan
Jabatan Perancangan Bandar
Perbadanan Putrajaya



Assalamualaikum / Salam Sejahtera,Pihak Perbadanan Pengurusan PPAM Seruling berbesar hati ingin menjemput kontraktor/ven...
05/05/2025

Assalamualaikum / Salam Sejahtera,

Pihak Perbadanan Pengurusan PPAM Seruling berbesar hati ingin menjemput kontraktor/vendor yang
berkelayakan dan berminat serta berpengalaman untuk mengemukakan sebut harga yang berpatutan
bagi kerja-kerja penambahbaikan terhadap fasiliti di PPAM Seruling.

Address

Putrajaya
62200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PPAM Seruling Presint 5 Putrajaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to PPAM Seruling Presint 5 Putrajaya:

Share