16/11/2023
Anda Ada hutang negative? Jika ada, anda perlukan juga hutang yang positive. Izinkan saya bagi huraian mengapa.
=================================
Hutang Negative
➖➖➖➖➖➖➖
1. Kereta
2. Personal loan
3. Rumah untuk kegunaan sendiri
4. Credit card
Hutang Positive
➖➖➖➖➖➖
1. Rumah untuk pelaburan
2. ASB Financing
➖Hutang negative tidak mendatangkan keuntungan, 100% bergantung kepada pendapatan anda untuk membayarnya tanpa sebarang option. Jika tiada pendapatan atau tidak mencukupi, anda dalam bahaya.
➕Hutang Positive sesuatu yang membawa keuntungan dan komitmennya boleh hilang melalui pendapatan sewa dan dividen yang diperolehi, Jika tiada pendapatan sekalipon, ia tidak terjejas.
________________________________________
Jika anda menghadapi masalah dalam servis Hutang negative, Hutang positive ini adalah penyelamat anda. Contoh anda ada Hutang negative selepas 5 tahun Dan hadapi masalah kewangan:
1. Kereta = RM500 (baki pinjaman RM20K)
2. Personal loan = RM400 (baki pinjaman RM15K)
3. Rumah Untuk kegunaan sendiri = RM1000
4. Credit Card = RM8000 (kegunaan) x 5% = RM400 (komitmen minimum)
🔘Hutang positive 1: Rumah pelaburan yang 5 tahun lepas dibeli dengan harga RM100K kini bernilai RM150K . Jual rumah tersebut dengan baki pinjaman RM90K, anda dapat cash RM60K.
RM60K - (20K Kereta + 15K PL + 8K CC) = RM17K (baki cash)
RM17K boleh cover installment Rumah untuk tempoh 17 bulan. Hutang 1,2,4 habis dibayar.
@
🔘Hutang positive 2 : buat pembiayaan ASB 5 tahun lepas RM200K tempoh pembiayaan 25 tahun, bayar tahun pertama sahaja, dividend guna bayar installment (TEKNIK PENGUBAHAN ASB GENIUS) Cancel pinjaman 5 tahun dapat total cash RM37,000.
Total komitment bulanan 1,2,3,4 Hutang negative = RM2300
Cash RM37,000 / RM2300 = 16 bulan komitmen bulanan anda dapat diselamatkan.
________________________________________
Bayangkan anda tiada Hutang Positive ini dalam keadaan anda terdesak. Apa yang anda akan buat?
1. Refinance rumah yang diduduki (tambah Hutang Negative)
2. Jual kereta (silap-Silap tambah duit) atau Bagi orang 3rd party sambung bayar.
3.Jual rumah yang duduk dan menyewa.
4. Jumpa AKPK
Bila Ada negative, anda perlukan positive untuk ia jadi neutral. Ini mungkin menjadi talian hayat anda . Share Jika bermanfaat.
*kalau tiada hutang langsung lagi bagus
-kredit for KEY-