15/08/2022
KENAPA STUDENT PERLU SIMPAN EMAS?
Soalan ni menarik. Saya dapat soalan ni, apabila ada seorang junior saya yang masih menuntut di sebuah universiti awam tanya saya pasal simpanan emas.
Saya tanya kat dia, awak ada PTPTN atau JPA? Dia cakap dia ada JPA.
Saya tanya dia, tiap kali duit JPA dapat berapa ringgit yang dia dapat simpan sebagai simpanan masa depan.
Dia cakap, takde.
Saya tanya lagi, "Sebab apa?"
"Mungkin sebab tak kawal belanja?" Jawab dia lagi.
"Ya, tak kawal sampai belanja pun dekat kopi Starbucks, Mc Donald, KFC, Subway, Baju, Seluar, Wayang dll kan?"
Dia cakap, "Ya. Tapi Starbucks tu jarang lah. Hehehe."
"Belanja tak salah, yang salah tak simpan. Kita bukan simpan lepas belanja tapi belanja lepas simpan. Kalau tak, nanti bila habis belajar, sementara nak tunggu dapat kerja, nak guna duit mana? Nak pinjam duit mak ayah? Duit adik-beradik?"
Dia pun fikir panjang. Diam je.
Saya cakap kat dia, "Kita kena belajar simpan duit. Simpan kat tempat kita susah ambil."
"Saya ada sorang kawan. Dulu belajar takde JPA, tak ambil PTPTN, harapkan kerja part-time, zakat Maidam je. Tu pun zakat dapat masa tahun akhir."
"Habis belajar dia ada simpanan RM5000 lebih. Hasrat dia, duit tu nak buat beli cincin, nak kahwin."
Dia tanya, "Macam mana dia buat?"
"Dia kerja part-time, ada duit lebih je dia simpan."
"Awak beruntung, dapat JPA. Tak payah dah fikir mana nak dapat duit bulan-bulan bayar itu ini. Cuma kena atur je macam mana nak urus macam mana nak simpan dengan berkesan."
"Pandangan abang Abu, nak simpan kat mana paling sesuai?"
"Cuba awak simpan guna emas. Sebab kalau simpan duit dalam bank, nak keluar, bukan main senang, sebab ATM merata, internet banking hujung jari."
"Kalau emas, walaupun mudah nak jual, jaminan beli-balik emas 100% tapi sifatnya beku. Nak cairkan mesti kita fikir panjang dulu sebab apa nak cairkan emas aku ni."
"Alah. Mesti mahal. Sebulan mana mampu saya nak beli rantai emas. Mahal tu." Celahnya.
"Saya tak cakap kena beli rantai emas. Saya cakap simpan emas. Dengan RM100 sebulan pun kita dah boleh beli emas."
"Ohhh. Iya ke? Macam mana?"
Saya pun terang panjang lebar pada dia pasal GAP, pasal EPP.
Lepas dengar, dia ada kesedaran, tapi macam biasalah, belum tergerak nak mula simpan lagi hari tu. Tapi, dua hari lepas tu, dia mesej semula, dia cakap dia nak mula simpan emas.
Mak dia cakap simpan emas bagus untuk masa depan.
Saya sangat gembira kalau junior-junior saya makin sedar bagaimana urus kewangan dengan baik. Saya teruja bila diorang tak ulang apa yang pernah saya buat zaman belajar dulu. Selalu saya kata pada diorang,
"Kematangan menguruskan wang, ukurannya bukan pada umur, tapi pada mindset.
Mindset orang berjaya, dia kurang berhutang, dan dia banyak menyimpan." ๐
Kredit Abu Hasan
Simpan lah walaupun RM100, tak perlu simpan setiap bulan, jika nk daftar akaun, boleh klik pinned message di atas dan ikut je step2 nya
Bagi yg nk kan penjelasan, boleh wassap sy, ramai dah pelajar yang mula sedar kepentingan simpan emas.
www.wasap.my/60173835433/DaftarAkaunGAP
Jika dah 800 ribu orang buat cara akaun GAP, takkan kita tak boleh. Start your action to get the result.