06/02/2023
BAYAR PRINCIPAL UNTK KURANGKAN INTEREST
Ada 5 jenis loan rumah:-
1. Pinjaman Kadar Tetap (Fixed Rate Loan)
2. Pinjaman Jangka Asas (Basic Term Loan)
3. Pembiayaan Islamik (Islamic Financing)
4. Pinjaman Separa Flexi (Semi-Flexi Loan)
5. Pinjaman Penuh Flexi (Full-Flexi Loan)
Loan Rumah Yang Boleh Buat Pembayaran Principal Untuk Kurangkan Interest-
1. PINJAMAN SEPARA FLEXI (Semi-Flexi Loan)
2. PINJAMAN PENUH FLEXI (Full-Flexi Loan)
Untuk 2 jenis loan rumah ini, anda boleh kurangkan FAEDAH/INTEREST pinjaman dengan membuat bayaran lebih berbanding ansuran bulanan pinjaman yang telah ditetapkan.
Untuk orang ISLAM, anda boleh memilih loan rumah ISLAMIC FINANCING SEMI FLEXI atau ISLAMIC FINANCING FULL FLEXI supaya anda boleh kurangkan interest (atau dinamakan profit caj/profit payment dalam loan islamic).
Sebelum sign loan rumah, semak berkali-kali dengan banker anda (bukan ejen rumah yeaa). Pastikan loan rumah anda:-
1. ISLAMIC Financing (islamic loan)
2. Semi flexi atau full flexi
Pastikan loan rumah anda dari kategori 2 jenis loan - semi flexi atau full flexi) kerana ia ada kemudahan pembayaran principal utk pengurangan interest dan pendekkan tempoh loan.
3. Semak lock-in period
Lock-in period = tempoh minima yg kita wajib berada dalam loan tersebut. Biasanya lock-in period utk loan rumah adalah 5 tahun. Maksudnya dalam 5 tahun pertama, kita tak boleh settelkan loan rumah lebih awal dari lock-in period, nanti kena penalty. Namun ada juga Semi Flexi loan yang tiada lock-in period.
4. Semak dgn pegawai bank samada jika anda nak buat pembayaran principal untuk pengurangan interest dan pendekkan tempoh- boleh kah dilakukan secara online atau kena pergi kaunter.
So far, CIMB dan RHB boleh buat bayaran pengurangan principal secara online.
5. Sebaiknya jangan ambil tempoh yang terlalu panjang seperti 25-35 tahun.
Cuba request tempoh loan paling pendek mengikut kelayakan anda. Jika boleh pilih 15-20 tahun agar INTEREST yg dikenakan tidak terlalu banyak.
Iya, jika anda request pendekkan tempoh loan, bulanan akan lebih tinggi. Jika gaji anda sedap dan empuk, better ambil tempoh loan yg pendek.
Jika gaji haluihhhh, iyaaa anda terpaksa akur dengan tempoh loan 25-35 tahun.
BANK ofkos s**a tempoh loan panjang = untung lebihhhhh maaaa. Hahaha... 😂
6. Once anda sudah berada dalam SISTEM HUTANG BANK, anda boleh berusaha untuk tamatkan riwayat loan rumah dengan segera. Guna DUIT BONUS, DUIT KWSP, DUIT KERJA PARTTIME, DUIT seperti icitra isinar, DUIT KUTU untuk bayar principal. (Ini pilihan bukan paksaan. Ikut planning masing-masing.)
"Jika saya dah lama sign loan rumah, macan mana yek?"
Jika loan rumah anda SEPARA FLEXI atau PENUH FLEXI, anda boleh buat pembayaran principal untuk pengurangan interest dan pendekkan tempoh.
Namun, sila semak dengan bank masing-masing terlebih dahulu (double confirmkan). Call HQ BANK anda. No tel HQ BANK cari kat google.
"Jika loan rumah saya bukan SEPARA FLEXI atau PENUH FLEXI macam mana yek?"
Eerrr admin pun tak tahu solusinya. Mungkin kena REDHO jelah dgn takdir. Sebab bayar ikut jadual atau bayar extra, ia tidak mengubah apa-apa pun. Wallahualam. 😔
"Macam mana nak tahu loan rumah saya jenis apa?"
a) Semak surat loan rumah (letter offer) dari bank masa mula-mula beli rumah.
b) Jika baca letter offer tapi still tak faham (sbb bank guna term mereka tersendiri), call jer HQ BANK dan tanya, "Loan rumah saya ni jenis apa yek? Flexi loan ke bukan flexi?"