Surau Nurul Iman Residensi LV

Surau Nurul Iman Residensi LV SURAU NURUL IMAN RESIDENSI LV
LOCATED : BLOK A LV
2021

Surau LV mengucapkanSelamat Hari Raya AidilfitriMaaf Zahir dan BatinSemoga Syawal ini membawa keberkatan,menguatkan sila...
23/03/2026

Surau LV mengucapkan

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Semoga Syawal ini membawa keberkatan,
menguatkan silaturrahim,
dan mengisi hati kita dengan ketenangan serta keikhlasan.

Program Nuzul Al-Quran & Iftar Perdana Surau LVAlhamdulillah, program Nuzul Al-Quran dan Berbuka Puasa Perdana bersama k...
10/03/2026

Program Nuzul Al-Quran & Iftar Perdana Surau LV

Alhamdulillah, program Nuzul Al-Quran dan Berbuka Puasa Perdana bersama komuniti Islam LV telah berlangsung dengan penuh keberkatan dan ukhwah.

Ahli kariah berkumpul dalam suasana Ramadan yang indah bersama menghayati peristiwa turunnya Al-Quran, berbuka puasa, serta mengeratkan silaturahim sesama jiran dan keluarga.

Terima kasih kepada semua yang hadir serta para sukarelawan yang membantu menjayakan program ini. Semoga setiap usaha kecil ini menjadi amal jariah yang berterusan dan diberkati Allah SWT.

🤲 Surau LV amat mengalu-alukan sumbangan daripada para jemaah dan komuniti bagi menyokong penganjuran program-program keagamaan dan aktiviti komuniti pada masa akan datang.

Sekiranya tuan/puan ingin menyumbang, bolehlah menyalurkan sumbangan ke Tabung Surau LV.

Semoga setiap sumbangan menjadi saham akhirat yang berpanjangan, insyaAllah.

Bismillahirrahmanirrahim Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Surau Nurul Iman Legendview akan menganjurkan satu program be...
01/03/2026

Bismillahirrahmanirrahim

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Surau Nurul Iman Legendview akan menganjurkan satu program bersempena Nuzul Al-Quran seperti berikut:

🗓 Tarikh: 7 Mac 2026 (Sabtu)
📍 Tempat: Surau Nurul Iman Legendview
🕰 Masa: 7.00 malam
🌇 Berbuka puasa pada waktu Maghrib

Sempena program ini, kita akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan seluruh komuniti Islam dijemput hadir untuk bersama-sama memeriahkan majlis.

🍽 Makluman jamuan:
• Hidangan utama disediakan oleh pihak surau.
• Juadah ringan secara potluck amat dialu-alukan untuk tuan/puan yang berhajat menyumbang.

📖 Turut diadakan kuliah khas bersempena Nuzul Al-Quran bagi menghayati keberkatan Ramadan.

Marilah kita bersama-sama mengimarahkan surau dan meraih keberkatan bulan yang mulia ini.

Jemput hadir beramai-ramai. Terima kasih.

Solat Terawih & Moreh di Surau LV 🤍🌙Alhamdulillah, Ramadhan kembali menyatukan kita di Surau LV (Musola Nurul Iman Lagen...
27/02/2026

Solat Terawih & Moreh di Surau LV 🤍🌙

Alhamdulillah, Ramadhan kembali menyatukan kita di Surau LV (Musola Nurul Iman Lagendview).

Jom kita sama-sama mengimarahkan surau dengan Solat Terawih berjemaah setiap malam. Semoga setiap langkah kita ke rumah Allah menjadi asbab keampunan dan keberkatan buat diri serta keluarga.

Dalam masa yang sama, setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyumbang moreh. Semoga setiap ringgit dan setiap juadah yang dikongsi menjadi amal jariah yang berterusan pahalanya.

Bagi yang berhajat untuk menyumbang moreh pada malam-malam seterusnya, boleh isikan nama di dalam group WhatsApp Komuniti Islam LV untuk tujuan penyelarasan.

Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna, lebih dekat dengan Allah dan lebih erat ukhuwah sesama kita 🤲🏻✨

Solat Terawih, Moreh & Infak Ramadhan di Surau LV 🤍🌙

Alhamdulillah, Ramadhan kembali menyatukan kita di Surau LV (Musola Nurul Iman Lagendview).

Jom kita sama-sama mengimarahkan surau dengan Solat Terawih berjemaah setiap malam. Semoga setiap langkah kita ke rumah Allah menjadi asbab keampunan dan keberkatan buat diri serta keluarga.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyumbang moreh. Semoga setiap juadah yang dikongsi menjadi amal jariah yang berpanjangan.
Bagi yang berhajat untuk menyumbang moreh pada malam seterusnya, boleh isikan nama di dalam group WhatsApp Komuniti Islam LV untuk tujuan penyelarasan.

Bagi yang ingin turut serta dalam Infak Ramadhan, sumbangan boleh disalurkan ke:

Musola Nurul Iman Lagendview
Bank Rakyat
No. Akaun: 1102590831

Semoga setiap infak, setiap langkah ke surau, dan setiap kebaikan yang kita lakukan sepanjang Ramadhan ini diterima Allah dan digandakan ganjarannya 🤲🏻✨

Program Gotong Royong Surau LV , tahlil & Jamuan makan tgh hrAlhamdulillah 🤍Semalam, Surau LV telah mengadakan gotong-ro...
09/02/2026

Program Gotong Royong Surau LV , tahlil & Jamuan makan tgh hr

Alhamdulillah 🤍

Semalam, Surau LV telah mengadakan gotong-royong, diikuti dengan solat berjemaah, majlis tahlil serta jamuan makan tengah hari bersama penduduk.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan menyumbang tenaga, masa serta rezeki.
Terima kasih khas kepada para penyumbang juadah makanan, semoga menjadi amal jariah dan diberkati Allah SWT 🤲✨

Semoga Surau LV terus hidup dengan ibadah, ilmu dan silaturahim.

CERAMAH ISTIMEWA ISRAK MIJRAJAlhamdulillah 🤍Surau LV baru-baru ini menganjurkan Ceramah Istimewa Israk Mikraj bersama Us...
21/01/2026

CERAMAH ISTIMEWA ISRAK MIJRAJ

Alhamdulillah 🤍

Surau LV baru-baru ini menganjurkan Ceramah Istimewa Israk Mikraj bersama Ustaz Saiful, mantan Imam Masjid Batu 16.

Israk Mikraj mengingatkan kita tentang perjalanan agung Nabi Muhammad ﷺ serta kepentingan solat lima waktu sebagai hubungan langsung hamba dengan Allah SWT.

Terima kasih kepada semua jemaah yang hadir dan memeriahkan majlis.
Semoga program seperti ini mengeratkan silaturahim antara penduduk LV dan Surau LV terus hidup dengan majlis ilmu 🤲✨





Address

BLOK A, RESIDENSI LEGENDVIEW
Rawang
48000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Nurul Iman Residensi LV posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category