07/06/2023
WAJIB DIPATUHI SEPANJANG MENGINAP DI HOMESTAY ADAM REMBAU
⚠️⚠️⚠️
1️⃣ *Waktu Check-in 2.00 petang & Waktu Check-out 12:00 tengahari*
‼️Sila patuhi masa check out yang betul & maklumkn setengah jam sebelum check out
‼️Sekiranya tiada pelanggan baru yang ingin check-in, masa check-out boleh dilanjutkan bergantung kpd persetujuan budi bicara
2️⃣ *Deposit RM100/malam untuk "block date"* khusus untuk pengunjung yang benar-benar ingin membuat tempahan
‼️Deposit akan dipulangkan 24 jam selepas check out sekiranya tiada sebarang kerosakan pada homestay
‼️Deposit tidak akan dipulangkan sekiranya pengunjung membatalkan dalam *tempoh 7 hari drpd Tarikh* tersebut
3️⃣ *"Bayaran Penuh" mesti dibuat sebelum check-in* baru kunci akan diserahkan. Pembayaran secara Online amat digalakkan
4️⃣Tetamu adalah terdiri daripada *kaum keluarga yang mempunyai hubungan mahram* atau kumpulan rakan yang sama jantina. ‼️Pasangan yang bukan mahram tidak dibenarkan sama sekali
5️⃣ Binatang peliharaan TIDAK DIBENARKAN menginap bersama
6️⃣Bahan-bahan yang salah dari segi undang-undang dan dilarang oleh Pihak Berkuasa seperti bahan letupan, bom, peluru, dadah & lain-lain tidak dibenarkan sama sekali.
7️⃣Menjaga kebersihan dalam dan luar rumah. Buang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan. ‼️Pastikan sampah dibuang ke tong luar sebelum check out
8️⃣Sila cuci/basuh semua pinggan mangkuk dan peralatan memasak yang telah digunakan dan susun semula di tempat asalnya.
9️⃣Menjaga adab-adab kejiranan /Menghormati hak-hak penduduk tetap di sekitar homestay/berkelakuan sopan dan tidak membuat bising hingga mengganggu kejiranan
1️⃣0️⃣ Meletakkan kenderaan dengan berhemah dan tidak mengganggu penghuni lain ‼️Garaj depan homestay bukan milik kami
1️⃣1️⃣ Menggunakan kemudahan yang disediakan di homestay dengan cara berhemah dan tidak membazir
‼️Tutup suis lampu, suis kipas dan paip air sekiranya keluar atau tidak digunakan. ‼️Tutup tingkap sebelum meninggalkan homestay
1️⃣2️⃣Memastikan semua peralatan dan perabot yang ada di dalam homestay ini digunakan dengan sebaiknya dan tidak dibawa keluar
‼️Dilarang mengalih perabot sesuka hati anda
‼️Sekiranya berlaku kerosakan maka perlu bayar ganti rugi mengikut nilai yg sesuai
1️⃣3️⃣ Sila masukkn semula Toto yg telah digunakan ke dlm bekas & letak di atas katil ‼️ Bantal extra @ Selimut extra dilipat & letak atas katil selepas guna
1️⃣4️⃣Jangan buang bahan buangan (terutama tuala wanita dan lampin bayi) ke dalam mangkuk tandas untuk mengelakkannya daripada tersumbat
1️⃣5️⃣ Jangan tinggalkan sebarang barang berharga di dalam homestay
‼️Pastikan pintu dan gril homestay dikunci apabila meninggalkan homestay. Dalam tempoh penginapan, pihak homestay tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan barang berharga anda
1️⃣6️⃣Mohon kerjasama untuk memberitahu kepada pihak kami sekiranya ada terdapat sebarang kerosakan peralatan rumah atau pun sebarang "kejadian" kecil yang tidak diingini berlaku sepanjang menginap di homestay kami.
1️⃣7️⃣ Pengurus/tuan rumah berhak memasuki homestay pada bila-bila masa SEKIRANYA PERLU dengan persetujuan bersama
❌ SEKIRANYA BERLAKU PERKARA YG DILARANG SEPERTI DI ATAS ⬆️, MAKA PEMILIK HOMESTAY BERHAK UNTUK :
⚠️MENGAMBIL TINDAKAN YG SESUAI
⚠️ TIDAK MEMULANGKAN DEPOSIT
⚠️MENGENAKAN GANTI RUGI (JIKA BERLAKU KEROSAKAN) MENGIKUT NILAI YG SESUAI
↔️ BOLEH TERUSKAN UTK BOOKING SEKIRANYA TELAH BACA & FAHAM PERKARA 1️⃣ HINGGA 1️⃣7️⃣
📢 Sebelum Check Out, mohon ambil gambar keluarga di ruang tamu @ kawasan sekitar Homestay bagi tujuan promosi di page FB HOMESTAY ADAM REMBAU 💚💚💚