13/06/2026
PIBG SK Bukit Ridan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Majlis Daerah Rompin dan semua pihak yang terlibat atas usaha menambah baik aspek keselamatan dan kelancaran lalu lintas di hadapan SK Bukit Ridan melalui penyediaan petak kuning larangan parkir kenderaan yang telah dilaksanakan baru-baru ini.
Inisiatif ini amat bermakna kepada warga sekolah kerana ia membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas, meningkatkan tahap keselamatan murid, ibu bapa dan kakitangan sekolah, serta memastikan pergerakan kenderaan lebih teratur khususnya pada waktu puncak persekolahan.
Pihak PIBG SK Bukit Ridan amat menghargai keprihatinan dan kerjasama yang diberikan oleh Majlis Daerah Rompin dalam memastikan persekitaran sekolah yang lebih selamat dan kondusif untuk semua.
Terima kasih atas komitmen dan sokongan yang berterusan demi kesejahteraan komuniti setempat.
YDP