09/09/2022
TUGAS SEORANG EJEN HARTANAH KENA MEMBERI KESEDARAN KEPADA ORANG-ORANG YANG BELUM TAHU , KETIKA INGIN MEMBELI RUMAH.
KES 1 : ISU LEASEHOLD/FREEHOLD
Freehold - Pegangan kekal selama-lamanya
Leasehold - Pegangan tidak kekal ada tempoh pajakan
“ Nda mau la sa kalau leasehold , susah nant sa beli rumah ni , sebab 99tahun saja pajakannya, nah lepas 99 thun habis la rumah saya d ambil krajaan “ 😅
Jawapan: Jangan risau, jika habis tempoh pajakan boleh sahaja sambung premium , di Sabah majoriti perumahan adalah leasehold. Kalau perumahan di Semenanjung memang kebanyakan Freehold, Freehold pun walaupun pegangan kekal, namun sekatan kepentingan ya..🤗
TIADA PEGANGAN KEKAL DI DUNIA NI. Jadi beli sahaja mana2 rumah leasehold / freehold pun ok.. 🤗
JANGAN DISEBABKAN, ISU LEASEHOLD DAN FREEHOLD ANDA TIDAK MILIKI RUMAH SENDIRI.
Yang lagi tak boleh blah tu 🫠🫠
KES 2 : ISU PEMILIKAN BUMILOT/NON BUMI
“Sy mau bumilot ms , nda mau non bumi”
Seandainya mereka tahu non bumi paling lakuuu kalau dijual satu hari nanti sebab kenapa ?
✅Bumi lot - dapat dibeli / dijual kepada Bumiputera Sabah sahaja yang tersenarai . Penduduk dari Semenanjung , Sarawak, Cina, India tidak dapat beli bumilot melainkan, dia benar2 berminat rumah tu boleh buat pemohonan tapi melibatkan kos yang banyak ya.. 💸💸🫠
Di Sabah, membeli rumah bumilot pastikan ada pengesahan bumiputera daripada Mahkamah Anak Negeri. Agak Leceh.
✅Non bumi - dapat dibeli / dijual Siapa-siapa saja orang Melayu , India , Cina, Sarawak, Semenanjung, Penduduk luar negara pun boleh beli.
🤗🤝
Bah, dapat sesuatu ilmu hari ni ??
Kalau faham. Komen
“ WOW… ”