26/04/2025
Apa itu!!!
[MRTT/MRTA vs MLTT/MLTA]
MRTT/MRTA
🔘 MRTT = Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT). MRTA = Mortage Reduced Term Assurance (MRTA). Ini adalah takaful/insurans untuk menyelesaikan baki pinjaman perumahan jika peminjam meninggal dunia @ hilang upaya kekal.
🔘 Apabila kita nak membeli rumah, pegawai bank biasanya akan masukkan MRTT/MRTA dalam pinjaman perumahan kita.
🔘 MRTT/MRTA bertujuan untuk melindungi pihak bank jika peminjam meninggal dunia @ hilang upaya kekal. Jadi MRTT/MRTA akan bantu selesaikan baki tertunggak pinjaman perumahan kita.
🔘 Contohnya jika peminjam membuat pinjaman perumahan berjumlah RM300,000 selama 35 tahun. Pada tahun ke-10, peminjam ditakdirkan meninggal dunia & mempunyai baki tertunggak berjumlah RM260,000. MRTT/MRTA akan selesaikan baki tertunggak itu & waris peminjam akan dapat rumah tanpa perlu waris sambung bayar ke bank.
MLTT/MLTA
🔘 MLTT = Mortgage Level Term Takaful. MLTA = Mortage Level Term Assurance. Ini adalah takaful/insurans yang melindungi peminjam. Beza dengan MRTA/MRTT melindungi bank supaya bank dapat semula bayaran pinjaman tertunggak.
🔘 Contohnya peminjam membuat pinjaman perumahan berjumlah RM300,000 selama 35 tahun. Pada tahun ke-10, peminjam ditakdirkan meninggal dunia & mempuyai baki tertunggak berjumlah RM260,000.
🔘 MLTT/MLTA akan membantu membayar RM260,000 kepada bank bagi menyelesaikan baki tertunggak pinjaman dan RM40,000 akan diberikan kepada waris.
🔘 Dengan MLTT/MLTA, waris akan mendapat rumah & duit. Dengan MRTT/MRTA, waris cuma akan dapat rumah sahaja.
Semoga bermanfaat.