FELDA Pemanis 01 - RASMI

FELDA Pemanis 01 - RASMI Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from FELDA Pemanis 01 - RASMI, Real Estate, Segamat.

🌙 SALAM MAAL HIJRAH 1448H 🌙1 Muharram 1448H | 2026Semoga tahun baharu Hijrah ini membawa keberkatan, kedamaian, kesihata...
17/06/2026

🌙 SALAM MAAL HIJRAH 1448H 🌙
1 Muharram 1448H | 2026

Semoga tahun baharu Hijrah ini membawa keberkatan, kedamaian, kesihatan dan kejayaan buat kita semua.

Marilah kita bersama-sama memperbaiki diri, memperkukuhkan ukhuwah serta melangkah dengan penuh harapan menuju kehidupan yang lebih baik.

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H 🤲



12/06/2026

Anda lelaki warganegara Malaysia, sihat tubuh badan dan aktif bersukan?

Jom sertai pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (ATSNJ)!
Peluang terbuka kepada anak muda Johor yang berdisiplin, aktif dan bersemangat tinggi untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai anggota ATSNJ, selain berpeluang menyertai barisan perkhidmatan di bawah naungan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Permohonan kini dibuka bagi pengambilan Perwira dan Perajurit Muda ATSNJ bagi sesi kemasukan 1 Ogos 2026.
📍 Lokasi temu duga:
▪️ 6 Jun 2026 – Dataran Segamat
▪️ 7 Jun 2026 – Stadium Bandar Penawar

Bagi calon yang berminat, pastikan anda membawa dokumen asal yang diperlukan, hadir dengan berpakaian sukan lengkap serta berada dalam keadaan mental dan fizikal yang cergas sepanjang sesi temu duga dijalankan.

Ini merupakan peluang terbaik untuk anak muda Johor membina kerjaya dalam pasukan beruniform, di samping menabur bakti kepada negeri dan negara menerusi perkhidmatan yang penuh disiplin, terhormat dengan masa depan yang lebih terjamin.

Untuk maklumat lanjut, ikuti laman Media Digital Johor serta saluran Telegram Johor Military Forces.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor











05 Jun 2026 | 19 Zulhijjah 1447HFELDA Pemanis 01Alhamdulillah, telah selesai Majlis Pengagihan Bakul Kasih Johor di Dewa...
05/06/2026

05 Jun 2026 | 19 Zulhijjah 1447H
FELDA Pemanis 01

Alhamdulillah, telah selesai Majlis Pengagihan Bakul Kasih Johor di Dewan Semai Bakti FELDA Pemanis 01 yang disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Hj Anuar Bin Abd Manap, wakil kepada YAB Menteri Besar Johor, kepada para penerima yang telah berdaftar.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada Kerajaan Negeri Johor, pihak FELDA, serta seluruh jawatankuasa pelaksana yang terdiri daripada Ketua-ketua Blok JKKR, GPW, MBFM, Koperasi Rancangan, KRT dan semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

Semoga sumbangan yang disalurkan ini dapat meringankan beban dan memberi manfaat kepada para penerima serta keluarga mereka. Mudah-mudahan segala usaha kebajikan yang dilaksanakan ini terus mendapat keberkatan daripada Allah SWT dan menjadi pemangkin kepada semangat kebersamaan,keprihatinan serta kesejahteraan masyarakat.




01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah,

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 01 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Sembah takzim daripada Pengurusan dan warga FELDA Segamat.




🌙 Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H 🌙Pada hari yang penuh keberkatan ini, marilah kita menghayati nilai pengorbanan, kei...
27/05/2026

🌙 Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H 🌙

Pada hari yang penuh keberkatan ini, marilah kita menghayati nilai pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang sesama insan.

Semoga segala amal ibadah kita diterima dan dikurniakan rahmat serta keberkatan yang berpanjangan.

✨ Salam Aidiladha, Maaf Zahir & Batin ✨

SELAMAT HARI GURU 2026Terima kasih wahai guru sejati, Segala bakti kekal abadi, Moga Allah merahmati hidupmu nanti.
15/05/2026

SELAMAT HARI GURU 2026

Terima kasih wahai guru sejati, Segala bakti kekal abadi,
Moga Allah merahmati hidupmu nanti.

01/05/2026

Semua warga FELDA dijemput hadir memeriahkan acara di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur bersempena Karnival 60 Tahun MARA
SEMUA DIJEMPUT HADIR!

1–5 MEI 2026

Masuk adalah PERCUMA!
Jangan lepaskan peluang singgah ke reruai Usahawan FELDA Kedai GFV, FELDA Travel, Pameran Kereta B100 (Biodiesel)
• Pameran Kumpulan FELDA
• Jualan oleh Usahawan FELDA
• Seminar Usahawan dan Koperasi Peneroka FELDA




Selamat Menyambut Hari Pekerja!Semoga setiap keringat menjadi asas kejayaan bermakna. Terima kasih atas dedikasi dan kom...
01/05/2026

Selamat Menyambut Hari Pekerja!

Semoga setiap keringat menjadi asas kejayaan bermakna. Terima kasih atas dedikasi dan komitmen dalam memacu kemajuan organisasi, masyarakat dan negara.




27/04/2026

Address

Segamat
85000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FELDA Pemanis 01 - RASMI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category