Pusat Latihan Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan - CIAST Segamat

Pusat Latihan Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan - CIAST Segamat Membangunkan kepimpinan profesional dalam Pendidikan dan Latihan Vokasional (TVET) bagi mentadbir urus institusi TVET.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT HARI MALAYSIA 2026! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พTanggal 16 September menjadi detik bersejarah yang menyatukan kita sebagai sebuah bangs...
15/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT HARI MALAYSIA 2026! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
Tanggal 16 September menjadi detik bersejarah yang menyatukan kita sebagai sebuah bangsa dalam semangat perpaduan, keharmonian dan kecintaan terhadap tanah air. Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dan pembentukan Malaysia dengan terus memelihara nilai kebersamaan, saling menghormati serta menghargai kepelbagaian yang menjadi kekuatan negara.

Warga CIAST Segamat mengucapkan Selamat Hari Malaysia 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia. Semoga semangat patriotisme terus mekar dalam diri kita dan menjadi pemangkin untuk bersama-sama membina Malaysia yang lebih maju, sejahtera dan harmoni. Bersama Memacu Malaysia Madani!

Daripada seluruh warga CIAST Segamat.



#๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ

11/09/2026

Majlis Penutup Minggu Suaikenal Pelajar TVET-i Sesi 2/2026 CIAST Segamat

11/09/2026

MAJLIS PENUTUP MINGGU SUAI KENAL PELAJAR TVET-I SESI 2/2026

09/09/2026

๐Ÿ“š TAKLIMAT IBU BAPA PELAJAR TVET-I SESI 2/2026

Selesai sesi pendaftaran pelajar baharu bagi Program Diploma Pengajaran TVET-I Sesi 2/2026 pada 9 September 2026, CIAST Segamat turut mengadakan sesi taklimat kepada ibu bapa pelajar. Taklimat ini telah disampaikan oleh Pengarah CIAST Segamat, Ts. Mohd Rizal bin Ahmad@Manap, sebagai wadah untuk memberikan penerangan serta gambaran yang lebih jelas berkaitan program serta keperluan dan perjalanan pengajian pelajar.

Sesi ini turut menjadi ruang untuk mengeratkan hubungan antara pihak CIAST Segamat bersama ibu bapa, di samping membina keyakinan serta persefahaman dalam memastikan kebajikan, pembelajaran dan pembangunan sahsiah para pelajar sentiasa diberi perhatian. Harapan CIAST Segamat agar 52 orang pelajar baharu TVET-I Sesi 2/2026 mampu meniti perjalanan mereka dengan semangat dan jati diri yang tinggi sebagai bakal pendidik TVET yang kompeten dan berdaya saing. โœจ





KURSUS AI BERSAMA KOMUNITIKursus AI Bersama Komuniti telah berjaya dilaksanakan dalam 2 sesi, masing-masing pada 28 Ogos...
04/09/2026

KURSUS AI BERSAMA KOMUNITI

Kursus AI Bersama Komuniti telah berjaya dilaksanakan dalam 2 sesi, masing-masing pada 28 Ogos 2026 dan 2 September 2026, dengan melibatkan penyertaan komuniti setempat. Program ini menjadi platform perkongsian ilmu dan pendedahan kepada peserta mengenai penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam memudahkan tugasan serta menghasilkan bahan yang kreatif dan informatif.

Sepanjang kursus, peserta didedahkan kepada penggunaan ChatGPT bagi menghasilkan poster serta NotebookLM untuk menghasilkan infografik. Melalui pendekatan pembelajaran secara praktikal dan interaktif, peserta berpeluang meneroka potensi AI sebagai teknologi yang dapat meningkatkan kreativiti, produktiviti dan kecekapan dalam pelbagai keperluan seharian. Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan oleh komuniti serta menjadi pemangkin kepada pembudayaan teknologi digital dalam kehidupan dan pekerjaan komuniti setempat.





PENYERTAAN CIAST SEGAMAT DALAM KARNIVAL DINAMIKA AKADEMIK SMK DATOโ€™ BENTARA DALAM27 Ogos 2026, Segamat - CIAST Segamat t...
02/09/2026

PENYERTAAN CIAST SEGAMAT DALAM KARNIVAL DINAMIKA AKADEMIK SMK DATOโ€™ BENTARA DALAM

27 Ogos 2026, Segamat - CIAST Segamat telah berkesempatan memenuhi jemputan untuk menyampaikan ceramah serta mengadakan pameran kerjaya sempena Karnival Dinamika Akademik SMK Datoโ€™ Bentara Dalam. Program ini menjadi platform yang bermakna dalam memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai laluan pendidikan dan kerjaya, khususnya dalam bidang TVET sebagai tenaga pengajar TVET.

Penyertaan ini turut menjadi ruang untuk memperkenalkan peranan, peluang serta laluan kerjaya berkaitan TVET kepada pelajar-pelajar sekolah tersebut dan sekitarnya, di samping menyemai minat dan kesedaran terhadap kepentingan kemahiran dalam membina masa depan yang lebih cerah. Terima kasih diucapkan kepada pihak SMK Datoโ€™ Bentara Dalam atas jemputan dan kerjasama yang diberikan. Semoga jalinan kerjasama ini dapat terus diperkukuh demi memperkasakan agenda TVET dan melahirkan generasi berkemahiran tinggi.





31/08/2026

Sambutan Hari Kemerdekaan ke 69
Daerah Segamat bersama Kontijen CIAST Segamat

๐ŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL ๏ทบ ๐ŸŒ™Seluruh warga CIAST Segamat mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh umat Islam. ...
25/08/2026

๐ŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL ๏ทบ ๐ŸŒ™

Seluruh warga CIAST Segamat mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh umat Islam. Marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan memperbanyakkan selawat, menghayati sirah Baginda serta meneladani akhlak mulia dan sifat kasih sayang yang menjadi contoh sepanjang zaman.

Semoga sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini menjadi titik tolak untuk kita terus memperkukuh kecintaan kepada Rasulullah SAW, mengamalkan sunnah Baginda dan membentuk insan yang berakhlak, berilmu serta penuh dengan nilai ihsan. Salam Maulidur Rasul 1448H daripada seluruh warga CIAST Segamat. ๐Ÿคโœจ





Address

CIAST Segamat, Jalan MP4, Taman Molek Perdana, Batu Anam
Segamat
85100

Telephone

+6079681000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Latihan Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan - CIAST Segamat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pusat Latihan Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan - CIAST Segamat:

Shortcuts

Share

Category