07/08/2026
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐โผ๏ธ
Dalam seminggu ini, 2 pemilik rumah mengadu yang rumah mereka bakal dilelong September nanti. Kasihan memang kasihan. Tapi saya hanya mampu mendengar dan mengajak mereka bersabar dan anggaplah itu sebagai ujian dan pengalaman hidup. Bukan tak ada penyelesaiannya. Bila saya bagitau cuba buat itu cuba buat ini. Semuanya tak boleh. Nampaknya memang betulยฒ kena berserah pada takdirlah jawabnya.
Sebenarnya apabila kita diisytihar muflis, secara automatik segala harta atas nama kita AKAN jadi bukan hak kita lagi. Segala harta kita yang bukan hak kita akan diletakkan di bawah pengurusan Jabatan Insolvensi Malaysia. Masa ni banyak sekatan undang-undang dan hak kewangan terpaksa dihadap yang bertujuan untuk memastikan pemiutang mendapat pampasan mereka.
Antara kesan muflis kepada kita ialah semua akaun bank kita akan dibekukan. Tinggal satu akaun bank saja yang dibenarkan untuk kita guna iaitu akaun untuk kita menerima bayaran gaji. Selain itu, gaji kita akan dipotong untuk membayar hutang kita kepada pemiutang pada kadar yang telah ditetapkan dan segala harta yang kita miliki atas nama kita akan disita dan dilelong untuk membayar hutang kita.
Kesan muflis ini bukan sahaja memberi kesan kepada kewangan, bahkan sesetengah jawatan profesion terlucut jika jatuh muflis. Contohnya profesion perundangan, kewangan, perbankan, malah agen hartanah sekalipun diingatkan berkaliยฒ, kawal kewangan jangan sampai muflis.
Orang yang muflis juga tidak boleh jadi pengarah syarikat. Apatah lagi mengurus perniagaan atau jadi rakan kongsi sesuatu perniagaan. Kasihan kan...
Lagi parah, orang yang muflis dihalang melakukan perjalanan ke luar negara. Passport akan dibatalkan. Jika ingin lakukan perjalanan juga, kita wajib mendapatkan kebenaran insolvensi dan mahkamah.
Jadi nasihat saya kepada anakยฒ muda. JADILAH INSAN MATANG. Elak diri dari perangkap hutang jahat. Jangan sikitยฒ buat hutang tanpa hala tuju. Buanglah gaya hidup 'macam orang kaya' kamu tu. Simpanlah duit untuk tabung kecemasan 6 bulan ke depan. Jika merancang nak beli rumah di masa depan, simpanlah duit khusus untuk persediaan beli rumah. Jangan sikitยฒ ingat nak full loannnn saja. Apa kamu ingat full loan tu bulanan rendahkah? Ingat, beli kereta mahal, bergaya macam orang kaya sekalipun, kamu takkan jadi orang kaya selagi kamu tidak pandai mengawal kewangan sendiri. Semoga tulisan saya ini dapat memberi kesedaran kepada manusia yang bekerja cari duit. Amin
Psst! Kalau terasa, jangan p**a marah ya. Kalau s**a tulisan sebegini, jangan lupa komen dan follow ๐