16/04/2025
Pengalaman saya berurusan dengan jual beli rumah. Kebanyakan owner rumah tidak tahu kos-kos yang perlu dikeluarkan untuk penjualan rumah.
Nak tahu? Sila teruskan bacaan untuk pastikan tuan puan faham kos dalam penjualan rumah dan dapat buat perancangan. Saya akan bagi contoh pengiraan juga.
1. Legal Fees โ SPA & Dokumen Penjualan
Untuk urusan peguam siapkan dokumen jual beli.
Anggaran: RM2,000 โ RM5,000 (bergantung pada harga rumah).
---
2. RPGT โ Real Property Gains Tax
Cukai keuntungan bila jual rumah.
Contoh Kiraan:
Harga beli (2019): RM400,000
Harga jual (2024): RM550,000
Keuntungan kasar: RM150,000
Tolak kos dibenarkan penolakan (anggaran):
Legal + SPA beli: RM5,000
Legal jual: RM3,000
Komisen ejen: RM16,500
Renovation dibuktikan: RM10,000
Jumlah kos dibenarkan: RM34,500
Keuntungan bersih = RM150,000 โ RM28,000 = RM115,500
RPGT rate tahun ke-5 (2024 โ 2019 = 5 tahun) = 15%
Cukai RPGT = 15% x RM115,500 = RM17,325
> Jika rumah dipegang lebih 6 tahun, RPGT untuk warganegara = 0%
---
3. Discharge of Charge (DOC) โ Jika rumah ada loan
Kos untuk uruskan pelepasan gadaian daripada bank.
Anggaran: RM1,000 โ RM3,000 (ikut bank & peguam).
---
4. Professional Fee Ejen Hartanah (Jika Guna Ejen)
Standard Malaysia: 3% daripada harga jualan + 8% SST
Harga jualan: RM550,000
Komisen 3%: RM550,000 ร 3% = RM16,500
SST 8% atas komisen: RM16,500 ร 8% = RM1,320
Jumlah Professional Fee + SST = RM16,500 + RM1,320 = RM17,820
---
5. Tunggakan Caj / Cukai (Jika Ada)
Cukai pintu, cukai tanah
Yuran penyelenggaraan (rumah strata)
Semua perlu dijelaskan sebelum pindah milik.
---
6. Kos Baik Pulih Rumah (Optional)
Untuk naikkan nilai pasaran / tarik pembeli.
Contoh: cat semula, baiki kebocoran, cuci rumah.
Kos bergantung pada keadaan rumah.
------------------------------------------------
Saya harap info dapat membantu tuanpuan dalam membuat keputusan sebelum menjual rumah.
Nak saya bantu mudahkan urusan jual beli rumah anda?
Saya sedia bantu anda. Klik link whatsapp di bawah: