06/12/2025
Ramai yang rasa beli rumah ni rumit dan memeningkan, tak tahu nak mula dari mana. Sebenarnya, jika kita faham setiap langkah, proses beli rumah jadi lebih mudah!
Untuk bantu anda tidak lagi keliru, berikut adalah panduan lengkap beli rumah di Malaysia. Dengan panduan ni, proses beli rumah jadi mudah dan lancar. Simpan artikel ini untuk bantu anda buat tindakan dengan lebih yakin.
Panduan Lengkap Proses Pembelian Rumah di Malaysia :
1. Tentukan Bajet & Kemampuan Pinjaman
Fahami kewangan anda dan tentukan jumlah ansuran bulanan yang mampu dibayar. Anda boleh guna kalkulator pinjaman atau rujuk pihak bank untuk mengetahui anggaran kelayakan pinjaman.
2. Pilih Rumah yang Sesuai
Tentukan jenis rumah berdasarkan keperluan dan gaya hidup, sama ada rumah landed atau condo. Lokasi juga penting, sana ada nak dekat tempat kerja atau kawasan yang ada akses pengangkutan.
3. Semak Harga Pasaran
Buat kajian harga di kawasan yang anda minat, supaya tidak terbeli rumah yang harganya terlalu tinggi. Anda boleh guna laman web hartanah atau tanya ejen hartanah untuk tahu harga semasa.
4. Hubungi Ejen Hartanah / Pemaju
Dah jumpa rumah yang berkenan? Hubungi ejen atau pemaju untuk uruskan lawatan rumah. Pada tahap ni, anda boleh tanya segala maklumat berkaitan rumah tersebut. Kalau betul-betul s**a, boleh terus tandatangan Borang Tempahan (Booking Form)
5. Mohon Pinjaman Perumahan (Loan Application)
Setelah jumpa rumah idaman, gunakan booking form untuk memohon pinjaman daripada beberapa bank. Bandingkan kadar faedah dan pilih pelan pinjaman yang terbaik untuk anda. Selepas itu, tandatangan LO (Letter of Offer).
6. Tandatangan Perjanjian Jual Beli (SPA)
Apabila pinjaman diluluskan, langkah seterusnya adalah tandatangan Sales and Purchase Agreement (SPA) bersama ejen anda. Periksa terma perjanjian dengan teliti, sebaiknya rujuk peguam untuk penjelasan.
7. Bayar Duti Setem, Yuran Guaman, MOT & Loan Legal
Selepas tandatangan, anda perlu bayar duti setem (Stamp Duty), yuran guaman (Legal Fees), yuran tukar hak milik (MOT), dan Loan Legal. Ini semua adalah kos wajib pembelian rumah, jadi pastikan anda bajetkan siap-siap. (Untuk rumah baru, sesetengah pemaju mungkin tanggung kos ni).
8. Tandatangan VP (serah rumah) dan Terima Kunci
Selepas rumah dah dapat CCC, pemaju akan panggil semua pemilik kediaman untuk tandatangan VP (Vacant Possession) dan serah kunci. Ada juga pemaju yang minta pemilik kediaman untuk tandatangan VP lebih awal walaupun rumah masih belum siap sepenuhnya (belum pasang DB, semua suis dan kepala paip). Penting untuk tahu, tarikh DLP bermula daripada anda tandatangan VP.
9. Periksa Kualiti Rumah DLP
Bila rumah siap, buat pemeriksaan untuk pastikan tiada kecacatan. Jika ada masalah, anda boleh minta pemaju betulkan dalam tempoh 2 tahun secara PERCUMA (DLP - Defect Liability Period).
10. Pindah ke Rumah Baru!
Selepas semua proses selesai, tahniah, anda kini pemilik rumah baru! π
Panduan ini wajib ada untuk semua pembeli rumah di Malaysia, dari mula pilih rumah sehingga serah kunci, jelas dan praktikal. π‘ Dengan rujukan ni, beli rumah dah tak perlu pening! Sama ada untuk pelaburan atau duduk sendiri, senarai ni akan membantu anda bersedia dengan baik.
πΈ No idea on how to inspect defects for your new home?
πΆ Not competent to identify defects?
πΆ Hassle and no time to inspect by your own?
*STAY CALM* β
ππLet us be your assistant and inspect your new home. π‘ Ask us for quotation & π Set an appointment with us.
Klik pautan di bawah untuk dapatkan bantuan perkhidmatan inspection rumah baru anda!
https://wa.link/twy3dz
https://wa.link/twy3dz
https://wa.link/twy3dz
https://wa.link/twy3dz
https://wa.link/twy3dz
SELANGOR, LEMBAH KLANG dan NEGERI SEMBILAN