08/04/2025
Sepanjang syawal ni, saya mendengar banyak cerita.
Contohnya, seorang ibu berjawatan executive. Pagi- pagi mempersiapkan anak-anak untuk sekolah. Kerja yang tak pernah habis. Penat di ofis, penat di rumah.
Dah macam rutin, setiap hari benda yang sama. Letih.
Kerja, rumah, anak-anak… semuanya menanti.
Saya teringat masa di kampung tempohari. Saya meniti sebuah jambatan kayu lama. Papan-papannya dah reput, goyang bila dipijak. Tapi sebab tiada jalan lain, saya tetap melangkah. Perlahan-lahan, sambil berharap selamat tiba ke seberang.
Masa tu saya sedar… hidup pun begitu.
Kita semua sedang menyeberangi jambatan dalam diri sendiri.
Ada bahagian yang retak. Emosi yang berat, hati yang sunyi, hubungan yang renggang, kewangan yang sempit.
Tapi kita terus berjalan… kononnya nanti akan pulih sendiri.
Hakikatnya, jambatan tak akan pulih tanpa tindakan.
Kitalah yang perlu berhenti seketika, lihat ke dalam diri dan mula membaiki, satu bahagian demi satu bahagian.
Kita bukan mahu jadi sempurna, tapi kita mahu jadi lebih baik setiap hari.
Ini sangat relate bagaimana nak manage dan lead diri kita sendiri
Self management adalah tentang bagaimana kita mengurus emosi, tenaga, masa, dan pilihan harian kita.
Self leadership p**a adalah kemampuan untuk memimpin diri, walaupun tiada siapa yang melihat.
Kerana hanya bila kita mampu pimpin diri, barulah kita boleh pimpin perkara yang lebih besar:
Keluarga. Tanggungjawab. Hidup. Bahkan dunia.
Charlie Munger (rakan kongsi Warren Buffett) mempop**arkan konsep Inversion Thinking
"Invert" berasal daripada bahasa Inggeris yang bermaksud membalikkan, menukar arah, atau melihat dari sudut yang bertentangan.
Dalam konteks pemikiran dan pembangunan diri, "invert" membawa maksud:
Melihat sesuatu bukan dari cara biasa (bagaimana nak capai kejayaan), tetapi dengan cara berbeza. Iaitu mengenal pasti apa yang perlu dielakkan supaya tidak gagal.
Contoh:
Daripada bertanya:
“Macam mana nak jadi bahagia?”
Kita tanya:
“Apa yang aku sedang buat sekarang yang menjauhkan aku daripada bahagia?”
Ia sangat powerful kerana:
Kadang-kadang kita tak tahu apa yang perlu kita buat. Tapi kita tahu apa yang patut kita elakkan.
Bila kita elakkan apa yang menyakitkan, kita sedang mencipta ruang untuk kebahagiaan muncul.
Jadi… bagaimana kita secara tak sedar sedang menjauh dari kebahagiaan?
Dan bagaimana kita boleh mula memimpin diri kembali ke arah yang lebih baik?
Kita selalu fikir bahagia datang bila hidup berubah.
Bila dapat kerja baru, pasangan ideal, rumah besar, atau income bertambah. Tapi jarang kita diajak untuk lihat ke dalam:
Adakah cara kita hidup setiap hari membantu kita untuk bahagia?
Kepimpinan diri (self leadership) bukan hanya tentang disiplin dan perancangan. Ia tentang membuat pilihan kecil setiap hari yang menguatkan emosi, fizikal dan mental kita.
Cuba lihat senarai ini:
Bagaimana untuk Tidak Bahagia (Unhappy):
• Duduk dalam rumah sepanjang hari
• Elakkan pergerakan atau senaman
• Belanja lebih dari pendapatan
• Asyik membandingkan diri dengan orang lain
• Elak masalah dan s**a salahkan orang
• Banyak mengeluh, jarang senyum
• Sukar dipercayai dan sering lewat
Dan sebaliknya, jika kita mahu bahagia...
Inilah kepimpinan diri yang sebenar:
• Pilih untuk keluar rumah, walau hanya untuk berjalan pagi
• Gerakkan badan: menari, bersenam, berjalan kaki
• Belanja ikut kemampuan, bukan ikut emosi
• Hargai proses hidup sendiri tanpa membanding
• Hadapi masalah dengan tenang dan tindakan
• Jadi orang yang menyebarkan kata positif dan semangat
• Konsisten dan boleh diharap – kerana itu tanda integriti
"Kita tak boleh kawal semua benda dalam hidup, tapi kita boleh urus diri sendiri."
Ramai orang nak jadi pemimpin yang hebat. Tapi lupa yang self leadership bermula dengan benda paling asas:
• Bangun pagi dan pilih untuk bergerak, bukan duduk diam.
• Belajar daripada orang berjaya, bukan cemburu.
• Cipta kebahagiaan, bukan tunggu ia datang.
• Jadi orang yang boleh diharap, bukan yang asyik beri alasan.
Self management bukan pasal jadi perfect.
Ia tentang kesedaran. Tentang membuat pilihan yang lebih baik setiap hari.
Kalau nak bahagia, kadang kita cuma perlu "invert" tabiat kita.
Langkah kecil, tapi impaknya luar biasa.
1. Duduk di rumah sepanjang hari
vs
Keluar dan hirup udara segar walau sekejap
Cahaya matahari dan dunia luar boleh ‘reset’ emosi kita. Bila terperap terlalu lama, kita hilang tenaga dan semangat.
Kadang kita fikir, duduk diam di rumah itu ‘healing’. Tapi bila hari-hari tanpa cahaya matahari, tanpa angin luar, kita sebenarnya perlahan-lahan rasa mati dalam hidup.
Keluar sekejap. Lihat dunia. Itu juga sebahagian dari merawat hati.
2. Tidak bergerak langsung
vs
Bergerak walau 10 minit – jalan kaki, regangan, senaman ringan
Pergerakan tubuh adalah terapi. Bila badan mula aktif, minda lebih tenang, dan emosi lebih stabil.
Badan kita ciptaan yang Allah fitrahkan untuk bergerak. Bila terlalu lama diam, bukan saja fizikal jadi lemah, emosi pun makin suram.
Self leadership bermula dengan “bergerak” — walau 10 minit sehari.
3. Belanja ikut emosi
vs
Berbelanja dengan sedar dan ikut kemampuan
Self leadership adalah keupayaan mengawal keinginan jangka pendek demi kestabilan jangka panjang.
Shopping boleh jadi pelarian. Tapi bila barang sampai, masalah masih ada. Dan akaun bank p**a makin surut. Pemimpin tahu beza antara keperluan dan kehendak hati yang luka.
4. Banding diri dengan orang lain
vs
Raikan perjalanan hidup sendiri
Setiap orang ada ‘jam’ masing-masing. Bila kita fokus pada orang lain, kita lupa hargai diri sendiri.
Kita tengok IG orang, hidup dia nampak teratur. Kita rasa tertinggal.
Tapi self leadership adalah bila kita mula tanya: "Apa satu perkara yang aku boleh buat hari ini untuk hidup aku sendiri?"
5. Elak masalah, s**a salahkan orang
vs
Berani hadapi dan belajar menyelesaikan dengan sabar
Senang salahkan cuaca, pasangan, bos.
Masalah tak akan hilang kalau kita terus lari. Kadangkala, kunci ketenangan datang bila kita hadap, bukan elak.
Tapi makin kita tangguh, makin kita terperangkap.
6. Mengeluh dan susah untuk bersyukur
vs
Latih diri sebut ‘alhamdulillah’ walau dalam kesempitan
Syukur bukan bila semua sempurna, tapi bila kita sedar masih ada nikmat walau sedang diuji.
Bila hati sibuk mencari yang kurang, kita lupa menghargai yang ada.
Bahagia itu bukan bila semua sempurna. Tapi bila kita sedar, ada banyak perkara yang patut disyukuri sekarang.
7. Sukar dipercayai – janji tak ditepati
vs
Jadi individu yang konsisten dan boleh diharap
Self-leadership bermula apabila kita boleh pegang janji pada diri sendiri. Bila kita sendiri percaya pada kita, orang lain akan turut percaya.
Apa yang berlaku bila kita mula ubah?
• Kita rasa lebih ringan secara emosi
• Kita jadi lebih hadir dalam kehidupan
• Kita lebih menghargai proses hidup sendiri
• Kita bina hubungan yang lebih tulus
• Kita ada rasa sayang pada diri — bukan sekadar menjaga, tapi memimpin
Apa yang buat kita terus stuck?
• Kita terlalu sibuk hingga lupa diri sendiri
• Kita dah cuba, gagal, lalu hilang percaya
• Kita bandingkan hidup kita dengan orang lain
• Kita tunggu orang lain berubah, baru kita nak mulakan
• Kita tak sangka, perubahan kecil itu sebenarnya berkuasa besar
Tanya diri hari ini:
• Apa satu kebiasaan “unhappy” yang saya sedang buat tanpa sedar?
• Dari senarai “Invert for Happiness”, mana satu saya boleh mula sekarang?
Contoh:
• Keluar rumah sekejap dan tengok langit
• Bergerak walau 5 minit – regangan, berjalan
• Kurangkan bandingan, lebihkan syukur
• Tulis satu pujian untuk orang terdekat
• Ucap “alhamdulillah” untuk apa yang ada
Tak perlu ubah semua. Tapi bila satu perkara berubah… yang lain akan ikut perlahan-lahan.
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri."
(Surah Ar-Ra’d, 13:11)
"You must learn to lead yourself before you can lead others." - John C. Maxwell
“Ya Allah, bantu aku kenal bahagian dalam diriku yang sedang retak.
Beri aku kekuatan untuk membaikinya—perlahan-lahan, dengan sabar, dan dengan kasih sayang terhadap diri sendiri.”
Sempena Syawal ini…
Mungkin ini masa terbaik untuk hadiahkan sesuatu pada diri.
Bukan beg baru. Bukan baju baru. Tapi…
Hati yang lebih jujur.
Fikiran yang lebih tenang.
Diri yang lebih berani memimpin langkah baru.
Kerana Syawal bukan hanya tentang merayakan kemenangan.
Tetapi tentang keberanian untuk bangkit semula — dan membina hidup dengan lebih sedar.
Jambatan itu tidak akan membaiki dirinya sendiri. Tapi bila kita mula baiki satu papan, satu bahagian… ia mula kukuh semula.
Kebahagiaan bukan satu destinasi.
Ia adalah keputusan demi keputusan kecil yang kita buat setiap hari.
Dan setiap keputusan itu… adalah latihan untuk memimpin diri sendiri.
Cipta bahagia anda. Mulakan dengan satu langkah. Hari ini.
Dan kita pun, boleh mula melangkah dengan lebih yakin.
Mulakan hari ini. Bukan untuk sesiapa. Tapi untuk diri sendiri.
Insyaa Allah
Original posting disini ⤵️
https://www.facebook.com/share/p/1BmhtZSrZY/