Ixora Homestay

Ixora Homestay Alamat Homestay; 44, Jalan Ixora 1/21, Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang Selangor, RM200

Alamat Homestay; 44, Jalan Ixora 1/21, Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang Selangor,

25/11/2025
06/10/2025

Tips dari peguam kalau kereta anda dilanggar dari belakang . 'bole simpan untuk manfaat'

1. Jika ada orang langgar kereta anda dari belakang, jangan panik dan bawa bertenang.

2. Berhentikan kereta anda di tepi jalan di kawasan yang lapang dan selamat. Ini untuk mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas.

3. Selepas anda lihat kenderaan yang melanggar kereta anda juga memberhentikan kenderaannya, ambil telefon bimbit anda yang ada kamera dan keluar daripada kereta anda.

Ingat! Jangan ambil sebarang alatan yang merbahaya seperti stearing lock, parang, peralatan yang diperbuat daripada besi dan sebagainya, kerana anda mungkin boleh dituduh cuba untuk melakukan serangan dan kecederaan kepada orang lain dan harta benda awam.

4. Ambil gambar plat dan cukai jalan kenderaan yang langgar anda tadi.

5. Apabila pemandu kenderaan yang langgar anda tadi keluar daripada kenderaannya, sapa lah dia dengan baik. Kalau pun anda tak mampu nak senyum dengannya, tetapi janganlah terus maki hamun kepadanya.

6. Tanyakan kepadanya dengan baik kenapa dia langgar kereta anda tadi? Kebiasaannya dalam situasi sebegitu masing-masing akan cuba menyalahkan satu sama lain.

Kawal kemarahan anda, jangan bertengkar, bergaduh dan berbalah di situ kerana ianya takkan menyelesaikan masalah tetapi hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan mengganggu pengguna jalan raya yang lain.

7. Kalau boleh minta tengok daripada pemandu yang langgar kereta anda tadi kad pengenalan atau lesen memandunya. Ambil gambar kad pengenalan atau lesen memandunya.

8. Jika dia tidak mengaku bersalah melanggar kereta anda, jangan paksa dia mengaku atau paksa dia bayar wang kepada anda. Bagitahu kepadanya, dari segi undang-undang, sekiranya sesuatu kenderaan melanggar kenderaan lain daripada belakang, kecuaian adalah disebabkan oleh kenderaan yang melanggar itu.

9. Jika dia mengaku bersalah, minta dia menanggung kos pembaikan kereta anda. Sekali lagi sy ingatkan, tak perlu mintak wang daripadanya. Terus ajak dan bawa dia ke bengkel yang anda biasa berurusan untuk menilai berapakah kerosakan kereta anda.

Kalau boleh terus pergi, jangan tangguh-tangguh walaupun anda ada urusan lain. Lagi cepat anda selesaikan perkara tersebut lagi bagus.

10. Jangan lupa ambil nombor telefonnya atau bisnes kadnya supaya mudah anda menghubunginya nanti.

11. Jika dia berkeras tak mahu mengaku bersalah dan tidak mahu tanggung kos pembaikan kereta anda, tak mengapa, jangan serang atau melakukan sesuatu yang boleh dianggap sebagai kesalahan jenayah terhadapnya. Biarkan saja dia pergi. Ini kerana anda telah dapat segala info berkenaan kenderaan dan dirinya.

12. Terus pergi buat report polis di balai polis berhampiran.

13. Dengan report polis tadi pergi ke JPJ dan lakukan carian kenderaan untuk mengetahui syarikat insuran kenderaan yang langgar kereta anda tadi.

14. Pergi terus ke bengkel panel syarikat insurans tersebut dan mintak mereka uruskan 3rd parti claim untuk membaiki kerosakan kereta anda tersebut.

Mudah bukan?? Tak perlu gaduh-gaduh dan melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah anda dan boleh mendedahkan anda kepada perlakuan jenayah. Negara kita kan ada undang-undang.
Patuhilah undang-undang yang telah ditetapkan!

01/08/2025

Tip hilangkan kulat dinding:
Bahan-bahan: Air + cuka πŸ‘

Cara-caranya:
Campurkan air dengan cuka. Cuka sama banyak dengar air. Gunakan kain untuk lap. Selamat mencuba ✌

SumberπŸ“·: Zue Razak

Selain itu cara-cara lain yang boleh cuba:
πŸ‘‰ Bersihkan dan lap dengan dettol antiseptic disinfectant (warna coklat). Pakai yang jenis spray tu pun boleh juga.
πŸ‘‰ Letak dehumidifier (Contoh Thirsty Hippo atau Daiso Dehumidifier atau apa2 jenama lain)

Info berkenaan dengan aliran trafik sempena Asean Summit 2025
21/05/2025

Info berkenaan dengan aliran trafik sempena Asean Summit 2025

03/05/2025

Jenis Asap Kereta dan Puncanya πŸ’¨πŸ’¨

1. Asap Putih
β€’ Punca: Head gasket yang bocor, cylinder head retak, atau blok enjin rosak membenarkan coolant masuk ke ruang pembakaran.

2. Asap Biru
β€’ Punca: Piston, engine valve, atau dinding cylinder block yang haus membenarkan minyak enjin masuk ke ruang pembakaran.

3. Asap Hitam
β€’ Punca: Pembakaran bahan api yang tidak sempurna disebabkan oleh bahan api berkualiti rendah, penapis udara tersumbat, Spark plug rosak, injector rosak. Nozzle Upgrade & ECU Remap

4. Asap Kelabu
β€’ Punca: Penggunaan minyak enjin berlebihan, injap PCV (Positive Crankcase Ventilation) yang rosak, kebocoran minyak transmisi (pada kereta automatik), atau turbocharger yang gagal berfungsi.

Habis tu apa asap yang normal p**a?
Asap yang ok atau normal adalah asap yang tak kelihatan atau hanya sedikit wap putih nipis ketika enjin sejuk (pada waktu pagi atau cuaca sejuk). Ini adalah wap air yang terhasil daripada pemeluwapan, bila enjin panas maka wap itu akan hilang.

24/04/2025
Aircond problem di bilik master time raya pertama dugaan di bln syawal. Raya ke 3 baru ada tecnichan koje
02/04/2025

Aircond problem di bilik master time raya pertama dugaan di bln syawal. Raya ke 3 baru ada tecnichan koje

27/10/2024

Address

44, Jalan Ixora 1/21, Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi
Sepang
43900

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ixora Homestay posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ixora Homestay:

Share