30/06/2021
Seorang kawan beli rumah baru dan staff tolong uruskan pinjaman rumah dia.
▪️Staff pun suruh customer sediakan document seperti slip gaji dan document lain lain submit kepada Bank A.
▪️1minggu kemudian,bank A reject pinjaman ini, staff juga submit kepada bank B & bank C. Mana tahu bank B & bank C juga reject pinjaman ini.
▪️Staff juga submit kepada Bank D,E,F,G ,jumlah lebih 7 buah bank . Semua bank reject pinjaman ini.
▪️Lepas itu kawan call saya dan beritahu isu ini, saya juga check profile kawan ini. Rupa rupanya dalam ctos kawan ini ada blacklist SAA( Special Attention Account) ,hutang tak banyak cuma RM2,000. Lepas settle hutang RM2,000 SAA akan hilang dalam ctos report.Profile dah cantik .
▪️Tapi masalah ialah agent staff dah submit banyak bank sebelum ini,Dalam masa dekat ini tidak boleh submit bank yang sama. Sebab ada rekod rejection dalam system dalam bank.Akhirnya kawan ini terpaksa cancel rumah ini.
****************
📌Di sini saya nak bagi sikit nasihat kepada kawan kawan, sebelum beli rumah kita kena semak ctos report sendiri dulu,pastikan nama tidak ada blacklist atau tidak ada tunggakan hutang .
📌Semasa submit pinjaman kepada bank, kalau bank reject kena cari sebab pinjaman kena reject.
📌Jangan guna cara ini Bank A reject, cepat cepat submit kepada bank B & C tanpa cari sebab.
📌Saya selalu akan semak profile kleint saya dulu, pastikan profile ok baru submit kepada bank. in case loan kena reject ,mesti cari sebab apa kena reject. Baiki balik profile baru submit kepada bank Ke2.
Hubungi saya untuk bantuan semak kelayakan secara percuma.