19/02/2023
2 Perbezaan CCRIS & CTOS Serta Cara Semak Blacklist Di Malaysia!
Kita sebagai rakyat Malaysia kena prihatin tau dengan CCRIS dan CTOS sendiri, lagi-lagi kalau memang ada rancangan nak buat pinjaman perumahan.
Jadi, teruskan membaca supaya kami boleh tolong hilangkan kekeliruan yang anda ada tentang topik ni ye!
Ada Apa Dengan CCRIS?
CCRIS (Central Credit Reference Information System, atau Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit) ni datang dari Bank Negara Malaysia (BNM).
Semua laporan kredit CCRIS disediakan dan diuruskan oleh Biro Kredit BNM. Di sinilah semua maklumat kredit dari pelbagai syarikat kewangan di Malaysia terlibat, seperti bank, broker insuran, dan ada juga pihak swasta seperti syarikat telekomunikasi.
Di dalam laporan CCRIS tu ada pelbagai info yang membantu institusi kewangan seperti bank untuk buat keputusan atas setiap permohonan pinjaman perumahan. Info yang mereka boleh tengok dalam laporan CCRIS tu adalah:
Semua pinjaman/kredit tertunggak
Akaun perhatian khusus yang mana akaun dipantau rapat oleh institut kewangan
Permohonan pinjaman kredit yang dah lulus atau sedang diproses dalam tempoh 12 bulan
Ramai yang ingat bila rekod tak cantik je, CCRIS boleh blacklist seseorang tu, tapi itu sama sekali tidak benar.
Sebabnya, CCRIS ni hanya menyediakan info dan data yang diperlukan oleh institusi kewangan untuk membuat keputusan.
Anda kena ingat yang CCRIS tak ada kuasa untuk blacklist sesiapa, dan info yang mereka sediakan bukan setakat benda buruk je, benda baik pun ada dalam tu.
Antaranya, ialah sejarah pembayaran semula yang bagus dan pemohonan pinjaman perumahan yang dah lulus.
Macam Mana P**a Dengan CTOS?
CTOS (CTOS Data Systems Sdn Bhd) adalah organisasi persendirian atau syarikat swasta yang juga menyediakan report kredit.
Ia digunakan secara meluas oleh bank dan institusi kewangan di Malaysia untuk tentukan kelayakan kredit pemohon, sama ada individu atau syarikat.
Selalunya, memang institusi kewangan akan gunakan lebih dari satu laporan kredit untuk tau macam mana sebenarnya keadaan kredit dan keupayaan pemohon untuk bayar balik hutang.
Info dalam CTOS p**a datang dari pelbagai sumber awam seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM), notis dari akhbar, penerbitan prosiding undang-undang, dan warta kerajaan.
Antara info yang institusi kewangan boleh semak dari report CTOS adalah:
Status muflis
Tindakan undang-undang
Status kes
Pemilikan dan info perniagaan
Sama juga macam CCRIS, yang CTOS ni hanya sediakan fakta je dan tak ada kuasa untuk blacklist mana-mana individu, atau bagi komen dan pandangan tentang laporan tu.
Bacaan lanjut:
https://www.propertyguru.com.my/bm/panduan-hartanah/ccris-ctos-apa-yang-berbeza-macam-mana-nak-tau-kalau-diblacklist-15481