31/12/2025
Perutusan Tahun Baru 2026 – Ricco SD Group Management
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Alhamdulillah… Terima kasih buat tahun 2025 yang penuh dengan cabaran, pelajaran dan kejayaan bersama. Dan selamat datang 2026 – tahun yang kita percaya akan menjadi lebih gemilang, lebih bermakna dan lebih luar biasa buat kita semua! 🎉
Terima kasih kepada semua agent Ricco SD Group kerana sentiasa ada, sentiasa memberikan komitmen dan sumbangan terbaik dalam membentuk sebuah team yang berjaya dan hebat. Tanpa anda, tiadalah kekuatan dan kejayaan yang kita kecapi hari ini.
Semoga tahun 2026 ini membawa lebih banyak peluang, lebih banyak jualan, lebih banyak pencapaian dan lebih banyak momen kejayaan yang dapat kita raikan bersama.
Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
Kerana apabila kita melangkah sebagai satu pasukan, tiada apa yang mustahil untuk dicapai! 💪🔥
Kami di pihak Ricco SD Group Management amat mengharapkan tahun 2026 menjadi tahun yang lebih cemerlang untuk kita semua. Kami sentiasa berdoa supaya anda semua dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan dan semakin ramai agent akan berjaya mencapai target individu dan target team seperti yang disasarkan.
Selamat Tahun Baru 2026!
Mari kita mula tahun ini dengan semangat baharu dan keinginan untuk menang besar! 🚀✨
Ricco SD Group – We Grow, We Rise, We Rich Together!