Mohd Fauzrin Network

Mohd Fauzrin Network "I will help u to get your dream home"
Real Estate • Negeri Sembilan Memberi nasihat & tips2 mudah berkaitan hartanah.

Juga menjual rumah baru di Taman Bandar Senawang, N9.

5yrs data is here. Do something or do nothing..
05/11/2024

5yrs data is here. Do something or do nothing..

**Cara-Cara Penting Sebelum Beli Rumah**Membeli rumah adalah satu keputusan besar dan penting dalam hidup. Sebelum anda ...
26/08/2024

**Cara-Cara Penting Sebelum Beli Rumah**

Membeli rumah adalah satu keputusan besar dan penting dalam hidup. Sebelum anda membuat keputusan, pastikan anda mengambil langkah-langkah berikut untuk memastikan pelaburan anda berbaloi:

1. **Tentukan Kewangan Anda**
Semak keadaan kewangan anda dengan teliti. Pastikan anda mempunyai deposit yang mencukupi dan tetapkan bajet untuk pembelian rumah.

2. **Dapatkan Kelayakan Pinjaman**
Hubungi bank atau institusi kewangan untuk mendapatkan kelayakan pinjaman. Ini akan membantu anda memahami jumlah pinjaman yang boleh anda dapatkan.

3. **Pilih Lokasi yang Sesuai**
Pertimbangkan lokasi rumah berdasarkan faktor seperti jarak ke tempat kerja, kemudahan awam, dan keselamatan kawasan.

4. **Periksa Keadaan Rumah**
Lakukan pemeriksaan menyeluruh terhadap keadaan fizikal rumah. Pastikan tiada kerosakan besar atau masalah yang memerlukan kos pembaikan tinggi.

5. **Semak Dokumen Perundangan**
Pastikan semua dokumen berkaitan hartanah adalah sah dan lengkap. Ini termasuk hak milik, geran, dan cukai.

6. **Fahami Kos Tambahan**
Ambil kira kos tambahan seperti cukai harta, kos pemeliharaan, dan bayaran guaman.

7. **Pertimbangkan Masa Depan**
Fikirkan tentang keperluan masa depan, seperti kemungkinan pertambahan ahli keluarga atau perubahan dalam gaya hidup.

Dengan langkah-langkah ini, anda boleh membuat keputusan yang lebih bijak dan mengelakkan masalah di kemudian hari. Selamat membeli rumah!

Ada orang kaya pesan kat saya, kalau s**a pantai jangan beli rumah di tepi pantai. Kalau s**a bukit, jangan beli rumah d...
24/06/2024

Ada orang kaya pesan kat saya, kalau s**a pantai jangan beli rumah di tepi pantai. Kalau s**a bukit, jangan beli rumah di puncak bukit. Kalau s**a mandi kolam, jangan buat kolam di dalam rumah.

Keseronokan sesuatu itu kita akan hilang apabila kita mula memiliki. Dia kongsikan pengalaman hidupnya kepada saya. Katanya dulu sebelum ada rumah di tepi pantai, dia s**a lepak² ambil angin pantai, main buai, mandi laut, masak² dan bakar ikan. Saking seronoknya, suatu hari isterinya ajak dia beli rumah tepi pantai. Lalu dia beli tanah dan bina banglo mewah dua tingkat.

Sebulan pertama, dia rasa seronok, masuk bulan kedua dia rasa hambar, bulan ketiga dia rasa jemu. Kemudian lama² nikmat itu hilang. Dia jadi tak ghairah sepertimana dulu². Akhirnya dia bgtau, saya dah 3 tahun tak pergi pantai. Dah tak seronok. Dah takde nikmat.

Keseronokan hilang setelah kita memiliki. Dia pesan, kalau s**a sesuatu, sewa sahaja dua atau tiga hari. Nanti cuti sekolah akan datang, pi sewa lagi. Seronok itu akan kekal.

Ramai orang hendak buat kabinet, tetapi tidak tahu membezakan material ketika berurus niaga.Akibatnya, samaada dit1pu at...
28/05/2024

Ramai orang hendak buat kabinet, tetapi tidak tahu membezakan material ketika berurus niaga.

Akibatnya, samaada dit1pu atau salah faham dengan pembelian. Difikir lain terimanya lain.
Kadang salah sendiri, tetapi orang lain p**a disalahkan.

Saya ini tidaklah begitu arif tetapi dengan ilmu sedikit yang ada ini, saya kongsikan kefahaman kepada kalian.

Apa beza material seperti MDF, MELAMINE, BLOCKBOARD dan PLYWOOD biasa? Jom kita fahamkan asas / sifat material tu sebelum kita pilih. Ni kategori ASAS ya yang selalu dipilih pengguna. ( Harg4 mampu milik)

MDF

Apa itu MDF? MDF nama panjangnya adalah Medium Density Fibreboard. MDF selalu disalah ertikan seperti melamine. Ada sedikit perbezaan.
MDF dihasilkan lebih halus kerana prosesnya menggunakan habuk papan. Terdapat bahan seperti resin, lilin dan kayu di dalamnya.

Ia boleh datang dalam pelbagai saiz yang dikeluarkan dari pelbagai kilang. Kelebihannya ia adalah bahan kitar semula yang lebih mesra pada alam semulajadi. Kayunya juga lembut jadi mudah dip0t0ng. Di bahagian tepi kelihatan mampat.

Art craft juga banyak menggunakan MDF sebagai 'base' kerja. Ia juga ada spek tersendiri.

Kelemahan MDF ni mudah rosak jika tidak dijaga betul. Jika mulai rosak atau gelembung, sememangnya tidak dapat dibaik pulih lagi.

Agak tidak berapa bagus juga jika ia mula terhakis kerana ia mudah mengeluarkan serpihan habuk kayu halus yang boleh memudaratkan masalah kesihatan respirat0ri terutama yang allergi. Selain itu, ia tidak berapa baik dalam melawan haba secara berterusan.

MDF juga boleh membebaskan sedikit formaldehid sekiranya ia sudah rosak.Walaupun formaldehid adalah sangat minimum, kesan bagi masa panjang masih ada.

Penggunaan skru bila kita dril p**a cepat haus apabila dilubangkan kerana kemampatan MDF hanya dari habuk kayu.

Kebanyakan kabinet h4rg4 murah menggunakan bahan ini.

MELAMINE ( CHIPBOARD)

Melamine - chipboard p**a terhasil daripada cip cip kayu yang dimampatkan atau mudah kita panggil 'compressed wood'. Dari sisi akan nampak lubang lubang kayu.
Kebanyakan syarikat kabinet menggunakan material ini untuk asas kabinet kerana permintaan. H4rg4 juga mampu milik. Dengan penjagaan yang betul, ia mampu juga bertahan lama.

Dari segi kebaikan, ia agak tahan dengan kesan calar dan haba. Daya tahan terhadap kekotoran juga agak baik. Agak mudah dibersihkan kerana itu sering digunakan terutama untuk bahagian 'wardrobe' bilik kerana jauh dari penggunaan air atau lembap.

Kelemahannya sama seperti kayu kompres yang lain agak bermusuh dengan kelembapan dan air. Ia mudah membengkak atau kembang.Jika tiada sokongan ia juga mudah meleding akibat beban berterusan.

Design kayu dan bahan material yang lebih menarik. Ada beberapa pilihan warna dan alur kayu.

Digunakan kebanyakan Designer, Kontraktor mahupun Pakar Kabinet kerana permintaan yang tinggi berdasarkan bajet mampu milik pengguna itu sendiri.

BLOCKBOARD

Lebih kuat, tidak mudah lendut dan lebih tahan terutama daripada serangan air.

Lebih baik daripada chipboard dan selalunya kita guna di bahagian bawah sinki atau tempat yang berkemungkinan hampir dengan saluran air.

Terhasil dari susunan kayu blok dan dilekatkan pada suhu berketahanan tinggi.

Ada bajet lebih boleh saja pakai base blockboard untuk lebih tahan lama.

Juga menjadi pilihan campuran buat Designer dan Kontraktor. Pilihan baik.

PLYWOOD

Terhasil dari banyak lapisan kayu yang dihiris nipis kita namakan veneer. Dilekatkan pada permukaan plywood untuk ketahanan dan terutama dari anai anai. K0snya lebih murah dan mudah diproses. Juga strukturnya kuat.

Kelemahannya veneer yang tersalut akan mudah terkopek dan meninggalkan kesan tajam dan keras pada permukaan sekiranya ketika proses tidak dilakukan dengan baik.

Bak kata sahabat saya juga, bahayanya proses laminate yang dilekat ke plywood juga menghasilkan toksid dari gam dan boleh menyebabkan kanser.

Jadi dengan sedikit info ini anda lebih faham tentang kualiti, kebaikan , kelemahan dan perbezaan harga antara satu sama lain.

Bahan lebih atas dan tahap tinggi daripada Melamine mestilah ada. Kita kupas di lain waktu.

Buat masa ini, fahamkan dahulu material asas yang anda ambil atau pilih. Ia menentukan k0s pembuatan dan penghasilan secara total.

[𝗡𝗘𝗪] 𝟮 𝗦𝘁𝗼𝗿𝗲𝘆 𝗧𝗲𝗿𝗿𝗮𝗰𝗲 𝗣𝘂𝗻𝗰𝗮𝗸 𝗪𝗮𝗿𝗶𝘀𝗮𝗻 @𝗞𝘂𝗹𝗮𝗶 - 𝗞𝗼𝘁𝗮 𝗧𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶 ========================𝗨𝗡𝗜𝗧 𝗣𝗥𝗜𝗖𝗘 : 𝟯𝟵𝟭𝗸(𝘿𝙞𝙨𝙘𝙤𝙪𝙣𝙩 & 𝙍𝙚𝙗𝙖𝙩𝙚 𝘼...
21/05/2024

[𝗡𝗘𝗪] 𝟮 𝗦𝘁𝗼𝗿𝗲𝘆 𝗧𝗲𝗿𝗿𝗮𝗰𝗲 𝗣𝘂𝗻𝗰𝗮𝗸 𝗪𝗮𝗿𝗶𝘀𝗮𝗻 @𝗞𝘂𝗹𝗮𝗶 - 𝗞𝗼𝘁𝗮 𝗧𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶

========================
𝗨𝗡𝗜𝗧 𝗣𝗥𝗜𝗖𝗘 : 𝟯𝟵𝟭𝗸
(𝘿𝙞𝙨𝙘𝙤𝙪𝙣𝙩 & 𝙍𝙚𝙗𝙖𝙩𝙚 𝘼𝙫𝙖𝙞𝙡𝙖𝙗𝙡𝙚)
========================

𝑾𝒉𝒂𝒔𝒕𝒂𝒑𝒑 : https://wa.me/601110022026

𝗣𝗛𝗔𝗦𝗘 : SERI EMBUN

𝗣𝗥𝗢𝗣𝗘𝗥𝗧𝗬 𝗗𝗘𝗧𝗔𝗜𝗟𝗦 :
Type : 2 Storey Terrace
Room : 4
Bath : 3
Size : 20 x 70
Built-up : 1600 sf
Land Title : Leasehold

𝗙𝗘𝗔𝗧𝗨𝗥𝗘𝗦 :
- Extra 200sf land at porch for gardening / carpark extension
- Open Living Space. Kitchen, living & dining
- Family Area at 1st Floor

𝗬𝗘𝗔𝗥 𝗖𝗢𝗠𝗣𝗟𝗘𝗧𝗜𝗢𝗡 :
- 2027

𝗙𝗔𝗖𝗜𝗟𝗜𝗧𝗜𝗘𝗦 :
- Club House
- Swimming Pool
- Central Lake Garden (retention pond)
- Gymnasium
- Jogging Track
- Kids Playground

𝗔𝗠𝗘𝗡𝗜𝗧𝗜𝗘𝗦 :
- Hypermarket
- Shop Office
- Petrol Stations

𝗔𝗖𝗖𝗘𝗦𝗦𝗜𝗕𝗜𝗟𝗜𝗧𝗬 :
- PLUS Highway
- 1.1km to Kolej Yayasan Pelajaran Johor
- 3.8km to Orchard Golf & Country Resort
- 10.4km to Masjid Jamel Al-Sharif
- 10.5km to Putuo Village (Tourist attraction)
- 18.5km AEON Mall Kulai
- 18.3km Lanchara De Malayos Village
- 24.7km Y&L Hobbyfarm
- 27.9km Senai Airport
- 28.6km Kota Tinggi Firerfly Park

[𝙋𝙞𝙣𝙟𝙖𝙢𝙖𝙣 𝙋𝙚𝙧𝙪𝙢𝙖𝙝𝙖𝙣 & 𝙋𝙚𝙜𝙪𝙖𝙢 𝙆𝙖𝙢𝙞 𝘼𝙠𝙖𝙣 𝙐𝙧𝙪𝙨𝙠𝙖𝙣]

𝗙𝗮𝘂𝘇𝗿𝗶𝗻 : 𝑰𝑸𝑰 𝑰𝑹𝒆𝒂𝒍𝒕𝒚
𝑾𝒉𝒂𝒔𝒕𝒂𝒑𝒑 : https://wa.me/601110022026

(https://www.iqiglobal.com/agent/mohd-fauzrin)

𝐉𝐔𝐀𝐋 | 𝐁𝐄𝐋𝐈 | 𝐒𝐄𝐖𝐀 : 𝑹𝑼𝑴𝑨𝑯 & 𝑻𝑨𝑵𝑨𝑯

** 𝑷𝑬𝑴𝑰𝑳𝑰𝑲 𝑯𝑨𝑹𝑻𝑨𝑵𝑨𝑯 𝒅𝒊𝒑𝒆𝒓𝒔𝒊𝒍𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒎𝒆𝒏𝒚𝒆𝒏𝒂𝒓𝒂𝒊𝒌𝒂𝒏 𝒉𝒂𝒓𝒕𝒂 𝒕𝒂𝒏𝒂𝒉 𝒂𝒏𝒅𝒂 𝒌𝒆𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒌𝒂𝒎𝒊 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒅𝒊𝒋𝒖𝒂𝒍 / 𝒅𝒊𝒔𝒆𝒘𝒂.

[𝗡𝗲𝘄] 𝟮 𝗦𝘁𝗼𝗿𝗲𝘆 𝗦𝗲𝗺𝗶 𝗗 | 𝟮 𝗦𝘁𝗼𝗿𝗲𝘆 𝗕𝘂𝗻𝗴𝗮𝗹𝗼𝘄 @𝗧𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗦𝗵𝘂𝗸𝗼𝗿, 𝗔𝗺𝗽𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻, 𝗡𝟵Unbelievable! Unit yang sangat nice dan bilik yang ...
08/05/2024

[𝗡𝗲𝘄] 𝟮 𝗦𝘁𝗼𝗿𝗲𝘆 𝗦𝗲𝗺𝗶 𝗗 | 𝟮 𝗦𝘁𝗼𝗿𝗲𝘆 𝗕𝘂𝗻𝗴𝗮𝗹𝗼𝘄 @𝗧𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗦𝗵𝘂𝗸𝗼𝗿, 𝗔𝗺𝗽𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻, 𝗡𝟵

Unbelievable! Unit yang sangat nice dan bilik yang besar!

👍Show Unit Ready
👍New Freehold Open Title Landed in Ampangan Only RM7xxK❗️❗️
👍Booking RM 1000
👍Have your own Dream House

✅2 STOREY BUNGALOW (5+1 Bedrooms)
Land Size : 5880 sqft - 6760 sqft
Built up : 4337 sqft

✅2 STOREY SEMI DETACHED (5+1 Bedrooms)
Land Size : 3370 sqft - 4670 sqft
Built Up : 2546 sqft - 2730 sqft

𝑪𝒐𝒏𝒕𝒂𝒄𝒕 : https://shorturl.at/avxFW

🎁FREEHOLD, FULLY COMPLETED
🎁CCC READY
🎁FREE LOAN AGREEMENT & STAMP DUTY
🎁FREE LEGAL FEES FOR SPA & MOT

Price From:
2 Storey SemiD : RM713,925
2 Storey Bungalow: RM1,154 250

𝑪𝒐𝒏𝒕𝒂𝒄𝒕 : https://shorturl.at/avxFW

31/08/2023

1) Pening nak tuntut hutang tidak melebihi RM5,000 tapi tak mampu hire peguam?

2) Jangan risau. Kami bocorkan rahsia bagaimana nak buat 🙂 Sila scroll senyap-senyap!

3) Anda boleh buat prosedur tuntutan kecil di Mahkamah Majistret di kawasan anda. Prosesnya mudah sahaja dan MURAH!

4) Dapatkan borang tuntutan kecil (writ dan pernyataan tuntutan - Borang 198) dari kaunter pendaftaran sivil Mahkamah Majistret.

5) Lengkapkan borang tersebut seperti nama, alamat, jumlah tuntutan, tarikh masa dan asas tuntutan. Tahniah! Anda kini bergelar seorang Plaintif dan orang yang anda nak tuntut itu adalah Defendan.

6) Failkan 4 salinan borang tersebut di kaunter pendaftaran Mahkamah Majistret. Bayaran fi yang dikenakan cuma lah RM20 sahaja.

7) Dapatkan resit bayaran dan borang yang telah dicop rasmi oleh Mahkamah. Jika Mahkamah Majistret tersebut mempunyai sistem e-filing, hanya cuma failkan 1 salinan sahaja dan tunggu emel jawapan dari Mahkamah.

😎 Serahkan borang tersebut kepada Defendan. Jika diserah secara peribadi, pastikan terdapat tandatangan akuan penerimaan dari Defendan. Kalau Defendan tak nak terima saman anda baling je ke muka dia sambil kenyit mata dan buat flying kiss 😘

9) Boleh juga serahkan melalui pos berdaftar ke alamat terakhir Defendan yang diketahui.

10) Selepas serahan pastikan anda kembali ke Mahkamah Majistret dan buat afidavit penyampaian. Failkan di Mahkamah dan bayaran cuma RM8.00 sahaja.

11) Hadir ke Mahkamah pada tarikh perbicaraan yang sudah ditetapkan oleh Puan Majistret tu. Kalau cun tolong ejas untuk admin.

12) Sila bawa semua dokumen asal dan salinan untuk pihak Mahkamah dan juga pihak Defendan. Maka berentaplah dalam Mahkamah tu. Sila rajin sikit tengok series The Firm atau The Suit untuk dapat semangat Harvey Specter.

13) Kalau Plaintif menang, sila failkan penghakiman di kaunter pendaftaran Mahkamah Majistret. Bayaran cuma RM20 sahaja.

MACAM MANA KALAU DEFENDAN MASIH TAKNAK BAYAR?

14) Selepas masa diberikan untuk Defendan bayar ganti rugi masih juga tidak berjaya, Plaintif hendaklah ke Mahkamah Majistret dan isi borang Notis Tunjuk Sebab (Borang 208).

15) Lengkapkan borang tersebut dan bayar RM20. Mahkamah akan p**angkan borang tersebut yang telah dicop rasmi.

16) Serahkan Borang 208 ini kepada Defendan tersebut dimana dia harus hadir ke Mahkamah untuk Mahkamah mengakses keupayaan Defendan untuk membayar balik hutang.

17) Mahkamah boleh mengeluarkan arahan untuk Plaintif menyita dan menjual harta Defendan, atau Defendan membuat bayaran ansuran bulanan.

18) Mahkamah juga boleh memerintahkan Defendan dimasukkan ke dalam penjara dengan syarat jika Plaintif bersetuju menanggung kos pemenjaraan (kau kena sponsor dia masuk jail la p**ak haih).

19) Jika Defendan masih gagal hadir selepas menerima Borang 208, waran tangkap boleh dikeluarkan.

20) Ha senang kan? Kos tak sampai RM200 pun. Sila share dan park di wall mana tahu satu hari nanti anda perlu untuk buat tuntutan kecil di Mahkamah 😉



It's sad but it's so true. Dari 15 tahun lepas dah perasan kenaikan harga yg kadang² tu tak munasabah. Jaga financial. H...
06/06/2023

It's sad but it's so true. Dari 15 tahun lepas dah perasan kenaikan harga yg kadang² tu tak munasabah. Jaga financial. Having a high income does not necessarily equate to being wealthy.

22/03/2023

Perfection Of Transfer (POT)
- Antara pemaju & pemilik

Perfection Of Charge (POC)
- Antara bank & pemilik

UNDANG-UNDANG TANAHLesen Pendudukan Sementara (Temporary Occupational License) T.O.L
25/12/2022

UNDANG-UNDANG TANAH

Lesen Pendudukan Sementara (Temporary Occupational License) T.O.L

Address

Seremban
70450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mohd Fauzrin Network posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mohd Fauzrin Network:

Share