01/09/2026
TERIMA KASIH ACTAM (ANAK CUCU TOK AYAH MAT)
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kami ucapkan kepada seluruh warga ACTAM (Anak Cucu Tok Ayah Mat) kerana telah memilih Tarun Residence Motocamp (TRMC) sebagai lokasi untuk mengadakan Program Hari Keluarga.
Kami amat berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada momen istimewa ini, di mana ahli keluarga dapat berkumpul, mengeratkan silaturahim, mencipta kenangan bersama serta meluangkan masa dalam suasana yang santai dan penuh kemesraan.
Lebih bermakna buat kami apabila warga ACTAM turut mengimarahkan Surau Al-Kareem TRMC dengan mengadakan majlis tazkirah dan pengisian kerohanian. Kehadiran dan aktiviti sebegini amat kami hargai kerana ia bukan sahaja mengeratkan hubungan kekeluargaan, malah turut menyuburkan nilai keagamaan dan kebersamaan dalam kalangan keluarga.
Semoga program yang berlangsung meninggalkan kenangan manis buat semua ahli ACTAM dan menjadi kenangan yang terus dikenang bersama. Semoga ikatan kekeluargaan yang terjalin sentiasa dipelihara, dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan keberkatan serta kebahagiaan buat seluruh keluarga.
Terima kasih ACTAM atas kepercayaan dan kunjungan anda ke TRMC.
Kami amat mengalu-alukan kedatangan anda kembali pada masa akan datang.
Tarun Residence Motocamp (TRMC)
Private Stay • Family Exclusive • Corporate Retreat