13/05/2022
BERITA DARI BANK NEGARA!!!
UMUM OPR DINAIKKAN..
OPR DARI 1.75% NAIK KEPADA 2.00% ❗
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
Nanti ada yang tanya, OPR ni apa dia yea❓okey.
Ia adalah Kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR)
(Overnight Policy Rate)yang diumumkan Bank Negara. Abam guna bahasa yang senang paham lah..
BAHASA MUDAH, Interest rate naik 0.25%..
Kalau sebelum ni, interest loan korang 3.25%, bila OPR naik 0.25%, maka loan korang sekarang interest jadi 3.5%. Paham❓
Kalau belum paham.. Meh abam tunjuk sedikit pengiraan..
Contoh Loan sekarang ni RM200,000
✅ Interest 3.25%
✅ Tempoh loan 35tahun
✅ Bulanan adalah RM797
KALAU NAIK 0.25%, maka 👇
✅ Interest baru 3.5%
✅ Tempoh loan 35tahun
✅ Bulanan adalah RM 826 😂
Apa yang akan terjadi kalau kita abaikan BERITA ni, dan bayar ansuran bulanan macam biasa sahaja, tanpa TOPUP BAYARAN 👇
1️⃣ LOAN korang lambat habis
2️⃣ Mungkin suatu masa nanti, jumlah baki
loan, lagi tinggi dari pinjaman jumlah yang asal. Contoh pinjam 100k, dah bayar 10tahun, baki ada lagi RM120K 😂
3️⃣ Berlaku tunggakan dalam report CCRIS BANK NEGARA
4️⃣ Tempoh loan bertambah panjang
5️⃣ Amount pinjaman dah tak selari dengan jumlah coverage takaful.
6️⃣ Dan banyak lagi lah...
Bagus ke tak bagus OPR ni naik sebenarnya?
✅ OPR naik bila ekonomi tengah rancak. Dan ekonomi dah mula nak stabil balik.
✅ Bila ekonomi dah stabil, maka kadar dividen, bonus, atau pulangan, kebiasannya @ mungkin akan lebih tinggi dari tahun-ii sebelum ni.
✨ Nak cakap OPR naik ni, benda yang tak best, tak betul jugak.. Tapi tu lah, ansuran bulanan kat bank naik, tapi gaji tak naik-ii kan❓So, boleh la fikir mcm mana nak urus kita punya kewangan balik, supaya tak bleeding gaji setiap bulan 😊.