Residensi Jaya - Rumah Selangorku

Residensi Jaya - Rumah Selangorku Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Residensi Jaya - Rumah Selangorku, Real Estate, Seri Kembangan.

Musim PRU, berbagai janji di tabur, tapi hakikatnya yang terus menjadi mangsa ialah rakyat marhaen seperti kita.Kisah ka...
06/11/2022

Musim PRU, berbagai janji di tabur, tapi hakikatnya yang terus menjadi mangsa ialah rakyat marhaen seperti kita.

Kisah kami bermula sekitar tahun 2018 dan sehingga kini tidak ada jalan penyelesaiannya. Kami sebagai pembeli rumah pertama telah membuat bayaran deposit untuk rumah kami melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor - LPHS dan dijanjikan rumah akan siap pada hujung tahun 2021. Namun pada penghujung tahun 2019, kami dimaklumkan pihak pemaju tersebut telah muflis dan projek rumah kami terbengkalai begitu sahaja. Pihak pemaju yang telah disaring oleh LPHS muflis begitu sahaja? Siapa lagi yang perlu dipercayai jika projek di bawah kerajaan negeri selangor pun tidak ada jaminan projek akan siap dan akan diserahkan kepada pembeli.

Saban tahun, beberapa siri perbincangan telah diadakan bersama LPHS, namun sehingga kini tidak ada sebarang langkah proaktif. Exco Perumahan pun telah bertukar orang namun tidak ada sebarang jalan penyelesaian.

Semua figura politik kami telah berjumpa bagi menyelesaikan masalah ini, namun semua hanya janjikan bulan dan bintang, malah kami telah bertemu dengan PM Ismail Sabri Yaakob ketika beliau menjadi Ketua Pembangkang, dijanjikan isu ini akan dibawa ke Parlimen namun senyap begitu sahaja. Masalah kami ini disebutkan juga di dalam Sidang DUN Selangor namun senyap sunyi begitu sahaja selepas itu.

Kini pemaju bersuka ria dengan wang deposit kami, dan kami masih berjuang mencari wang deposit kami hasil titik peluh kami. Impian rumah pertama lebur begitu sahaja, nak beli rumah lain patah tulang keringat kami hendak kumpul semula wang deposit.

Update terkini yang kami dapat, pihak liquidator majukan permohonan kepada kerajaan negeri Selangor untuk kecualikan title rumah Selangorku dari tanah perumahan kami bagi memudahkan urusan mereka untuk jual tanah tersebut dan hasil jualan tersebut dipulangkan semula wang deposit kami. Namun sehingga kini tidak ada respon terhadap permintaan tersebut.

MB Amirudin Shari tolonglah tengokkan isu ini sama, kami tahu MB sibuk di Gombak sekarang, namun jangan lupa kami juga rakyat negeri Selangor yang dianaiya oleh projek rumah Selangorku.

Tolonglah kami sebabkan inilah masanya YB sekalian akan mendengar suara rakyat, selepas 19 Nov belum tentu.

Tentera Troll Kebangsaan Malaysia LANDO Zawawi - Brotherhood Malaysia PEMUDA UMNO MALAYSIA Pemuda PAS Selangor Siakap Keli Isu Politik Semasa Reezal Merican Naina Merican PAS BANGI Pemuda PAS Bangi PAS Selangor FOCUS Online Politik Malaysiakini BM Media Selangor Kerabu Bersuara Group

Address

Seri Kembangan

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Residensi Jaya - Rumah Selangorku posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category