31/01/2023
5 JENIS LOAN RUMAH YANG KITA PERLU TAHU
1. PINJAMAN KADAR TETAP (Fixed Rate Loan)
Kadar faedah pinjaman yang ditetapkan adalah untuk keseluruhan tempoh dan pihak bank pada kebiasaannya menawarkan pakej ini di bawah pinjaman Islam.
Kadar faedah untuk pinjaman perumahan jenis ini adalah lebih tinggi daripada pinjaman konvensional.
Mereka yang membuat keputusan untuk memilih pakej ini selalunya adalah golongan yang prihatin terhadap kadar faedah yang berubah-ubah mengikut OPR yang ditetapkan Bank Negara Malaysia.
Kadar faedah pinjaman yang berubah-ubah walaupun rendah, akan merugikan peminjam.
2. PINJAMAN JANGKA ASAS (Basic Term Loan)
Pakej ini adalah yang paling popular dan asas yang ditawarkan oleh mana-mana institusi kewangan atau bank untuk pinjaman pembiayaan perumahan.
Ramai pembeli rumah memilih pakej konvensional ini kerana ianya lebih mudah dan sederhana. Kita akan membayar sejumlah ansuran tetap sepanjang tempoh pinjaman anda TANPA mempunyai kemudahan atau fleksibiliti untuk mengurangkan pinjaman pada bila-bila masa.
Ini bermaksud, apabila kita membayar amaun yang lebih untuk ansuran bulanan, ianya TIDAK AKAN MENGURANGKAN kadar faedah dan tempoh bulanan pinjaman anda.
Awas! Jangan terlalu awal ingin menyelesaikan hutang rumah dalam masa 2-5 tahun pertama bagi pakej ini, bank akan mengenakan penalti 3% terhadap kita.
3. PEMBIAYAAN ISLAMIK (Islamic Financing)
Pinjaman Islamik mengguna pakai konsep Murabahah di bawah PRINSIP SYARIAH di mana wujud LARANGAN untuk mengenakan FAEDAH atau RIBA. Hihihihi...
Akan tetapi, pembiayaan Islamik berfungsi melalui perjanjian Jual Beli atau Perkongsian Bersama di mana bank membeli rumah dan menyewakannya kepada kita secara ansuran dalam satu tempoh masa.
Perkara ini dapat difahami melalui pembiayaan Islamik jenis Musyarakah Mutanaqisah. Sebagai contoh:
“ Anda memohon pembiayaan perumahan dari bank dengan 10% deposit. Bank pada mulanya mempunyai pegangan 90% ke atas harta itu. Tetapi selepas beberapa lama anda membayar ansuran pembiayaan perumahan anda, bank akan menurunkan pegangan sahamnya, turun kepada 80%, 70% dan seterusnya sehingga titik di mana jumlah pembiayaan dibayar sepenuhnya.”
Pakej pembiayaan Islamik yang lain adalah jenis Bai Bithaman Ajil. Ini berlaku di mana bank membeli hartanah tersebut dan menjual kembali kepada kita pada harga yang dipersetujui bersama. Kebiasaannya, harganya adalah lebih mahal.
4. PINJAMAN SEPARA FLEXI (Semi-Flexi Loan)
Jika kita dalam proses mencari pakej yang terbaik untuk pinjaman perumahan, kita disarankan untuk mengambil pakej semi flexi loan ini.
Hal ini kerana, pakej ini membolehkan FAEDAH PINJAMAN DIKURANGKAN jika kita membuat bayaran lebih berbanding ansuran bulanan pinjaman yang telah ditetapkan.
Kita sebagai peminjam dapat mengurangkan wang dan masa untuk pembiayaan perumahan. Akan tetapi, kita tidak dapat menarik balik wang pendahuluan yang telah dibayar untuk kegunaan kecemasan.
Jika kita berkeras untuk melakukannya, berkemungkinan besar kita akan dikenakan penalti oleh pihak bank.
5. PINJAMAN PENUH FLEXI (Full-Flexi Loan)
Ciri-ciri pinjaman ini adalah lebih kurang sama dengan pinjaman separa flexi. Akan tetapi melalui pakej ini, kita mampu menarik balik / mengguna semula bayaran pendahuluan dan tidak dikenakan sebarang bayaran tambahan mahu pun penalti oleh pihak bank.
Kita juga mampu MENGURANGKAN JUMLAH FAEDAH pinjaman perumahan mengikut bajet.
Sebagai misalan, jika faedah pinjaman rumah adalah RM300,000 dan kita ingin membayar secara lump sum sebanyak RM100,000 ke atas pinjaman tersebut; melalui pakej ini, faedah pinjaman kita telah dikurangkan dan jumlah faedah pinjaman terkini adalah RM200,000 dan bukan lagi RM300,000.
Banyak penjimatan kita akan perolehi, bagus untuk mereka yang baru dapat bonus dan ingin singkatkan tempoh pembayaran balik.
Jangan terkejut jika kita diberikan buku cek untuk mengeluarkan wang pendahuluan pada bila-bila masa dengan kemudahan yang diberikan ini. Sungguhpun begitu, sekiranya kita menggunakannya, faedah akan dikenakan seperti biasa.
Akan tetapi, pakej pinjaman Full-Flexi Loan ini TIDAK banyak yang ditawarkan oleh pihak bank pada hari ini. Kebanyakan hanya menawarkan pakej Semi-Flexi Loan sahaja.
Sumber: MAJALAH LABUR