17/12/2024
BERHARTA TAPI TIDAK BERKAHWIN, APA AKAN JADI KEPADA HARTA PUSAKA MEREKA
1. Harta pusaka si mati yang tidak berkahwin akan diwarisi oleh ibu dan bapanya yang masih hidup;
2. Harta pusaka si mati yang tidak berkahwin akan diwarisi oleh ibu dan adik beradiknya (lelaki dan perempuan) jika bapa dan datuknya telah meninggal dunia terlebih dahulu;
3. Harta pusaka si mati yang tidak berkahwin akan diwarisi oleh adik beradiknya (lelaki dan perempuan) jika ibu dan bapanya dan ke atas telah meninggal dunia telebih dahulu;
4. Harta pusaka si mati yang tidak berkahwin akan diwarisi oleh waris fardu tetapi jika tiada waris asabah, baki harta pusakanya akan jatuh kepada Baitulmal;
5. Harta pusaka si mati yang tidak berkahwin akan diwarisi oleh Baitulmal jika sekiranya langsung tiada waris fardu dan asabah;
6. Harta mereka yang tidak berkahwin boleh diwakafkan sebahagiannya semasa hidup sebagai bentuk sedekah jariah yang manfaatnya akan mengalir kepada pewakaf sehingga hari kiamat;
7. Harta mereka yang tidak berkahwin boleh dihibahkan kepada waris-waris semasa hidup sebagai bentuk pemberian yang disunatkan untuk mengekalkan hubungan silaturrahim dalam keluarga;
8. Harta mereka yang tidak berkahwin boleh diwasiatkan sebahagiannya sebagai bentuk kebajikan selepas meninggal dunia dan akan diberikan ganjaran oleh Allah SWT; dan
9. Berkahwinlah kerana ia adalah sunnah Rasulullah SAW. Hadis daripada Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang hamba telah berkahwin ia telah menyempurnakan setengah dari agamanya maka hendaklah ia bertaqwa untuk yang setengah lagi.” (Riwayat Al-Baihaqi)
Layari laman web www.mais.gov.my untuk perancangan dan pembahagian harta anda.
P/S: Walaupun info ini telah berusia setahun, ia masih kekal relevan.