07/11/2024
LEGAL FEE PENJUAL MASIH KENA BAYAR
Dalam urusan jual beli rumah, penjual dan pembeli masing-masing boleh dikenakan legal fee atau yuran guaman untuk transaksi tersebut.
Bukan bermakna jika penjual "tumpang peguam" dengan pembeli sebab nak jimat kos, penjual tersebut langsung tidak akan dikenakan legal fee oleh peguam bagi pihak pembeli tadi.
Urusan yang akan dijalankan oleh peguam pembeli adalah berbeza dengan urusan yang dijalankan untuk pihak penjual.
Dalam kes jual-beli, jika penjual nak juga tumpang peguam pembeli, penjual boleh dikenakan legal fee untuk urusan-urusan berikut:
1) permohonan kebenaran pindahmilik (consent) sekiranya hartanah ada sekatan kepentingan,
2) pelepasan gadaian dengan bank sekiranya hartanah ada bebanan,
3) penyerahan borang CKHT ke LHDN,
4) Carian kebankrapan / Penggulungan Syarikat,
5) Mendapatkan Letter of Confirmation sekiranya hartanah masih di bawah Master Title,
6) Perfection of Transfer and Charge sekiranya Geran Individu telah dikeluarkan tetapi masih atas nama Pemaju
Dan macam-macam lagi bergantung kepada status hartanah.
Jadi, jangan fikir bila anda "tumpang peguam" dengan pembeli, anda boleh jimat kos. TAK SEMESTINYA macam tu!
Tak faham, jom tanya lawyer.. 😉
Klik LINK di bawah jika anda ada sebarang pertanyaan berkaitan undang-undang hartanah:
www.wasap.my/60176897904
WhatsApp Messenger: More than 2 billion people in over 180 countries use WhatsApp to stay in touch with friends and family, anytime and anywhere. WhatsApp is free and offers simple, secure, reliable messaging and calling, available on phones all over the world.