30/07/2017
Sumber : eliayeshamzah.wordpress.com
Topik yang tidak asing dalam dunia hartanah, lokasi lokasi lokasi.
Ramai yang bertanya kat mana nak beli rumah ni?
mana lokasi yang hot utk invest?
Jadi kali ni secara umumnnya aku akan share macam mana korang nk mulakan pencarian hartanah korang. Simpan nota ni elok2 supaya nnti tak payah aku nk menjawab banyak kali..hehe.
Ada 4 perkara (booster) yang bagi aku penting dalam pencarian hartanah:
1.Sekolah/universiti
02
kawasan perumahan yang berdekatan dengan universiti terutamanya menjadi tumpuan semua investor2 hartanah. Ini kerana dengan adanya lambakan pelajar universiti ini maka sudah tentu wujudnya demand kepada rental market.
tapi harus juga diingat jika terlalu b*k rumah di kawasan itu maka demand kepada rental market tidaklah begitu memberangsangkan.
so kat mana nak beli ni?tengok harga semua da melambung naik.
kenalah rajin buat homework skit. b*k new universities sedang dlm construction skang ni dan ada yg baru siap. Jangan malas cari.
Xiamen University
Manipal University
UiTM Dengkil
Nilai University
2.Pusat Komersial/pejabat
BJC2
Antara tarikan pelabur sudah tentu juga hartanah yang berdekatan dengan pusat komersial mega. Aku tak cerita pasal satu row rumah kedai sebagai pusat komersial ok.
yang aku maksudkan project2 besar macam MidValley, KLCC, Pavillion dan sebagainya.
Kan mahal2 rumah dekat kawasan tu?
memang la mahal, ada ke aku suruh beli kat situ?
cari la upcoming projects pasal shopping mall ni.
-The Two (rawang)
-Pavillion 2 (bukit jalil)
-KSL mall (klang)
-Fox studios (genting)
3.LRT/MRT
Dengan adanya kemudahan pengangkutan yg baik, demand terhadap hartanah sepanjang jajaran laluan MRT/LRT juga meningkat.
kita ambil contoh MRT yang hampir siap sekarang ni, b*k flat2 lowcost yang terletak berhampiran station MRT ni mengalami kenaikan harga yg mendadak.
Walaupun berstatus lowcost, tetapi lokasinya yg strategik mampu menarik minat golongan pelabur2 baru.
untuk projek2 kemudahan pengangkutan awam yg bakal dilancarkan tak lama lagi, korang boleh la mula kaji kawasan2 yg berpotensi disepanjang jajaran projek tersebut.
LRT3
MRT2
BRT
4.Kemudahan akses ke lebuhraya
graphic_6_new_highwayzz_heza_020714_english(1)
untuk pelabur baru mungkin tak berapa nk paham kenapa lebuhraya ni jadi poin penting.
Lebuhraya ni tujuannya adalah untuk mengurangkan masa perjalanan dan juga mengurankan kesesakan.
Jadi dengan adanya lebuhraya baru, hartanah yang terletak dilaluan keluar masuk lebuhraya akan dapat kesan positif.
Ini secara tidak langsung akan wujudnya demand dan sekaligus akan meningkatkan rental market di kawasan itu.
Ada beberapa highway baru yg bakal menjadi booster besar.
SUKE (Sungei Besi-Hulu Klang Expressway),
DASH (Damansara-Shah Alam Elevated Expressway),
EKVE (East Klang Valley Expressway)
Kidex (Kinrara-Damansara Expressway)
WCH (West-Coast Highway)
———————————————————————————————————
Ok,last aku cerita skit pasal pengalaman aku dengan booster2 ni.
Aku dulu duduk kat Kampung Kerinchi (tak pasti korang tahu ke tak tempat ni). Boleh dikatakan 25tahun lepas kawasan ni mmg tiada apa. Kawasan rumah lowcost dan setinggan. Sepanjang aku membesar di Kampung Kerinchi, b*k pembanguna yang aku nampak sehinnga kehari ini.
Booster pertama yang ada di Kampung Kerinchi adalah University Malaya. Bila kebanjiran pelajar merebak ke kampung kerinchi kerajaan mula bina projek putra LRT.
Projek ni masa tu mmg buat orang kampung semua teruja. Hari pertama pelancaran mmg penuh train. maklumlah free. Jadi LRT Putra merupakan booster ke-2 untuk penduduk kampung kerinchi.
Seterusnya, booster ke-3 adalah midvalley megamall. Dengan siapnya Midvalley, kawasan kampung kerinchi terus menjadi tumpuan b*k pihak. Peluang pekerjaan utk golongan bawah ini sedikit seb*k membantu penduduk kampung kerinchi. (aku pun dlu ada buat partime di starbucks midvalley, ye aku seorang barista)
Selang beberapa tahun(booster ke 4), kerajaan mula membina lebuhraya SPRINT, Kerinchi Link, NPE. Ini secara tidak langsung menjadikan Kampung Kerinchi lokasi yang sangat2 strategik.
KL-Gateway-Residences-Kuala-Lumpur
Sehinnga ke hari ini, pembangunan di Kampung Kerinchi (kini dikenali sebgai Bangsar South) tidak pernah habis. The Sphere,The Village,Capri,KLgateway, Pantai Sentral Park.
Rumah lowcost yang aku dan family duduk sudah tiada dan digantikan dengan Servis apartment yg baru bernilai hampir setangah juta. Dari rumah yg berharga kurang RM50k dan sekarang rata-rata rumah di Bangsar South tidak kurang RM500k dengan kenaikan 1000% aku rasa cukup berbaloi.
Tambahan p**a Rumah tersebut tidak lagi berstatus pinjaman. dan dengan adanya keempat-empat booster aku mampu tersenyum.
Credit goes to eliayeshamzah.wordpress.com