27/07/2018
FAKTOR YANG BOLEH MEMPENGARUHI NILAI PASARAN HARTANAH
Sebelum membuat pelaburan hartanah, pasti ada beberapa sebab atau faktor yang mendorong dan menarik minat si pembeli menilai hartanah tersebut.
Ini adalah beberapa faktor yang dapat mempengaruhi nilai pasaran sesuatu hartanah:
1. Geografi dan Lokasi
Geografi termasuk geologi, topografi dan iklim. Lokasi boleh membuatkan nilai hartanah meningkat dari segi kebolehcapaian, ketersediaan kemudahan, kawasan yang berkembang pesat, hab perniagaan dan sebagainya. Sekiranya terdapat banyak kemudahan di sekitar perumahan tersebut, nilai pasaran pasti akan meningkat
2. Tempoh pegangan (Freehold)
Pegangan bebas (Freehold) daripada pegangan pajakan (Leasehold). Hartanah pegangan bebas selalunya memepunyai nilai yang lebih baik kerana pegangan bebas bermakna pembeli mempunyai hak ke atas tanah tersebut untuk selama-lamanya. Hartanah pegangan pajak p**a bermakna pembeli boleh memiliki tanah tersebut selama tempoh pajakan, biasanya sehingga 99 tahun. Selepas tamat tempoh pajakan, hartanah tersebut hendaklah dip**angkan kepada pihak berkuasa, melainkan tempoh pajakan dilanjutkan dengan membuat bayaran premium. Oleh itu, nilai pasaran hartanah pegangan bebas biasanya lebih tinggi berbanding pegangan pajakan.
3. Pola Demografi
Faktor demografi berkait rapat antara saiz dan ciri pop**asi. Ciri-ciri pop**asi seperti struktur penduduk, pendapatan isi rumah, umur, kaum, tahap pendidikan dan sebagainya akan mempengaruhi keperluan penduduk dan menggalakan kadar penjualan. Peningkatan pop**asi menyebabkan peningkatan permintaan terhadap hartanah, terutamanya kawasan kediaman.
4. Reka Bentuk Rumah
Ciri-ciri fizikal (Reka bentuk) rumah termasuk butiran seni bina, ruang dan reka bentuk, umur bangunan dan penggunaan bahan turut membantu dalam penilaian harga sesebuah hartanah.
5. Keadaan dan Pembaikan (Repair)
Keadaan rumah yang baik akan mempunyai nilai yang lebih tinggi berbanding rumah yang mempunyai banyak kerosakan. Contohnya, jika rumah tersebut mempunyai sistem air dan elektrik yang berfungsi dengan baik, tiada keretakan pada rumah atau lantai yang masih dalam keadaan yang baik. Kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di dalam sesebuah bangunan juga akan turut mempengaruhi nilai harta benda.
6. Potensi Pembangunan
Potensi pembangunan di tanah kosong akan mempengaruhi nilainya. Untuk pembangunan yang telah sedia ada, potensi untuk berkembang, pengubahsuaian, penggunaan semula dan pembangunan semula akan memberi kesan kepada nilai hartanah tersebut. Selain itu, kawasan mewah yang mempunyai pembangunan berharga pada masa depan akan mempunyai nilai yang lebih tinggi. Contohnya, pengezonan semula tanah untuk kegunaan komersial daripada kegunaan industri. Oleh itu, lokasi ini akan melonjak setelah mengalami perubahan tersebut.
7. Kejiranan
Kawasan, lokasi dan keadaan kejiranan dari segi perkhidmatan awam dan kemudahan, kehadiran ruang terbuka dan taman, kewujudan dan kedekatan dengan kedai, sekolah, tempat ibadat, serta kemungkinan pembangunan masa depan dapat meningkatkan tahap harga.
8. Komunikasi & aksesibiliti
Kewujudan komunikasi dan akses yang baik sentiasa penting dalam mempengaruhi nilai harta benda. Kemudahan prasarana yang lengkap seperti bank, masjid, restoran, stesen minyak dan sebagainya akan melonjakkan nilai hartanah di samping mempunyai jalinan jalanraya dan lebuhraya seperti LDP dan KESAS yang menggalakkan kemudahsampaian ke sesuatu tempat. Kemudahan seperti stesen bas, LRT atau MRT dalam jarak berjalan kaki biasanya akan mendapat permintaan yang tinggi. Semua ini adalah kelebihan kepada cara komunikasi yang lebih baik.
9. Penggunaan Tanah & Bangunan
Penukaran penggunaan tanah & bangunan boleh mengakibatkan harga yang lebih tinggi kepada hartanah. Harta kediaman menukar penggunaan bangunan untuk kegunaan komersial akan mencerminkan nilai harta komersil.
10. Mudah dijual beli
Hartanah yang mudah dijual dan dibeli turut mempengaruhi harga hartanah. Harga akan dipengaruhi sekiranya urus niaga mengambil masa yang lama untuk diselesaikan.
11. Faktor Alam Sekitar
Nilai sesuatu hartanah turut di pengaruhi oleh suasana alam sekitar. Contohnya, risiko terhadap banjir atau berhampiran sumber pencemaran. Kawasan yang mempunyai landskap semula jadi menjadi pilihan kebanyakan pembeli. Oleh itu, nilai pasaran hartanah di kawasan tersebut akan meningkat apabila permintaan meningkat.
Anda ingin tahu lebih lanjut
Sila klik di bawah
www.wasap.my/601132710058/fasa3