23/04/2018
ISLAM DAN HARTANAH
Rumah adalah institusi asas dan harta yang perlu dimiliki oleh golongan muda ini untuk menjaga fungsinya sebagai tempat berlindung sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan Allah menjadikan bagi kamu rumah-rumah (yang kamu dirikan itu) tempat tinggal; dan Dia menjadikan bagi kamu daripada kulit binatang-binatang: khemah-khemah (tempat berteduh), yang kamu mendapatinya ringan (dibawa ke mana-mana) semasa kamu merantau dan semasa kamu berhenti; dan (Dia juga menjadikan bagi kamu) daripada berjenis-jenis bulu binatang-binatang itu, berbagai-bagai barang perkakas rumah dan perhiasan, (untuk kamu menggunakannya) hingga ke suatu masa (An-Nahl, 16:80).
Justeru adalah menjadi tanggungjawab semua pihak, baik kerajaan atau individu untuk menjaga kemaslahatan dan meningkatkan taraf ekonomi hidup masing-masing. Kerajaan juga perlu memainkan peranan yang penting bagi memupuk daya boleh memiliki rumah mampu milik dengan menyediakan skim bantuan kerajaan kepada golongan muda terutamanya yang menjadi majoriti pekerja di Malaysia.
Semoga bermanfaat.