Ilmu hartanah

Ilmu hartanah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Ilmu hartanah, Estate agent, Shah Alam.

09/03/2021

Kenapa LOAN KENA REJECT? Antaranya:
1) Financial scoring - low saving
2) Profile scoring - bidang pekerjaan

Walaupun gaji tinggi dan DSR pun cantik, tapi kalau BAKI AKAUN BANK ANDA SETIAP HUJUNG BULAN cuma tinggal 2 angka je.. scoring loan rumah anda memang akan terjejas.

Yang keduanya, walaupun transaksi bisnes anda mencecah puluhan ribu setiap bulan, tapi kalau bidang pekerjaan anda di bidang PERHOTELAN, AVIATION, PELANCONGAN dan bidang2 yg terkesan dengan PANDEMIK COVID, bank akan sangat berhati-hati utk luluskan loan anda sekarang.

Semoga bermanfaat

Zahid

09/03/2021

PENGECUALIAN DUTI SETEM UNTUK PEMBELIAN RUMAH RM 500,000 KE BAWAH
RAMAI bakal PEMBELI yang kurang faham tentang hadiah “BONUS’ yang diberi oleh kerajaan kepada pasaran hartanah negara.

Secara ringkasnya, PENGECUALIAN yang diberi adalah seperti berikut :

1. Untuk rumah PERTAMA sahaja;

2. Kalau pernah ada rumah, samada nama sendiri atau secara berpasangan, dah pernah beli tapi dah jual dan sekarang takde rumah, dah ada rumah yang diterima melalui perwarisan, MAKA pembelian yang akan datang tidak lagi dikira sebagai rumah PERTAMA;

3. Perjanjian jualbeli disempurnakan pada atau selepas 1/1/2021 dan tidak lewat dari 31/12/2025 ;

4. Harga tidak melebihi RM 500,000;

5. Nilai itu hendaklah berdasarkan nilai pasaran. Maksudnya kalau harga rumah itu ikut nilai pasaran ialah RM 550,000 atau RM 600,000 dan ada cubaan untuk “mark down” harga ke RM 500,000
untuk layak mohon PENGECUALIAN, duti setem tetap dinilai berdasarkan harga pasaran mengikut nilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta dan LHDN;

6. Ia perlu dipohon (diuruskan oleh Peguam pembeli);

7. Permohonan bagi pengecualian hendaklah disertakan dengan SURAT AKUAN berkanun;

8. Hanya untuk HARTA KEDIAMAN (iaitu rumah, kondominium,pangsapuri,rumah pangsa untuk diguna sebagai rumah kediaman);

9. Antara kandungan Surat Akuan PEMBELI/PEMOHON : -

9.1. Mengesahkan harga pembelian tidak melebihi RM500,000;

9.2 . Mengesahkan harta kediaman tidak termasuk SOHO,SOFO, SOVO dan Service Apartment;

9.3 . Tidak pernah memiliki apa-apa harta kediaman termasuk yang diperolehi secara perwarisan atau pemberian, dipegang samada secara individu atau bersesama;

9.4 . Jika akuan tidak benar, pengecualian akan ditarik balik dan tetakluk kepada peruntukan akuan palsu di bawah Akta Akuan Berkanun 1960.

10. Hanya untuk WARGANEGARA MALAYSIA;

11. Ia dibuat menurut kuasa Menteri Kewangan.

TERIMAKASIH dan semoga maklumat ini bermanfaat.

Credit :
Nazri Mustafa

Address

Shah Alam
40000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ilmu hartanah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category