22/10/2021
JENIS-JENIS HARTANAH DI MALAYSIA
Terdapat 4 jenis hartanah;
1) Residential
2) Commercial
3) Industrial
4) Agricultural
Cuma untuk penulisan ini, saya hanya nak tumpukan pada residential dan commercial sahaja sebagai gambaran asas.
RESIDENTIAL VS COMMERCIAL
✅ Residential adalah di mana orang tinggal di dalamnya. Tidak boleh melakukan aktiviti perniagaan (ada pengecualian). Maksimum margin loan (LTV) yang boleh dapat biasanya 90% dari harga rumah. Kategori kediaman ini dilindungi oleh Akta Pemajuan Perumahan (HDA).
✅ Commercial p**a adalah di mana orang melakukan aktiviti perniagaan. Maksimum margin loan (LTV) yang boleh dapat biasanya 85% dari harga property. Tidak boleh tinggal di sini dan anggap kediaman keluarga (kecuali jika di bawah HDA).
✔️Secara umumnya HARTANAH KEDIAMAN di Malaysia terdiri dari landed dan high-rise properties.
👉🏻JENIS-JENIS LANDED PROPERTIES
🔸Banglo- 1 rumah dikelilingi oleh sempadan tanah di sekelilingnya.
🔸Semi-detached (semi-d)- 2 buah rumah yg berkongsi 1 dinding dan rumah ini dibina sama bentuk dan strukturnya.
🔸Rumah Kluster(berkelompok)-4 rumah bercantum tepi dan belakang (semi-D hanya 2 rumah bercantum tepi).
Bermakna rumah ni takda lorong belakang macam rumah teres yang selalu kita lihat. Tapi setiap unit ada lorong tepi macam end lot atau corner lot.
🔸Townhouses -rekaannya bergaya teres dengan 2 atau 3 rumah disusun bertingkat dalam satu unit bangunan yang sama dengan pemilik yg berbeza.
🔸Rumah teres
-link biasa dlm saiz 20’x65’
-superlink rata2 dlm 34’x80’
👉🏻JENIS-JENIS HIGH-RISE PROPERTIES
🔸Flat (rumah kos rendah)
- tidak gated atau gaurded
-outdoor parking
- tiada kemudahan
-maksimum 5 tingkat (tiada lif).
🔸Apartment (kos rendah)
- Gated and guarded
-ada ruangan outdoor parking
- ada kemudahan asas seperti taman permainan shj.
- lebih dari 5 tingkat (ada kemudahan lif).
🔸Kondominium (high-end)
- Gated and guarded (high security)
-ruangan parking indoor/basement
- Kemudahan penuh.
-dibina di atas tanah lebih 1 ekar dgn title kediaman.
-HANYA untuk kediaman, bukan komersial.
🔸Serviced Apartments (lebih high-end, mewah)
- Gated and guarded (high security)
-ruangan parking indoor/basement
- Kemudahan penuh.
-dibina di atas tanah lebih 1 ekar dgn title commercial .
- Bercampur untuk kediaman dan commercial.
✔️Secara umumnya HARTANAH COMMERCIAL di Malaysia terdiri dari
🔸Rumah kedai (Shop House)- rangkaian rumah di mana terdapat lot kedai di bawah dan kediaman di tingkat atasnya.
🔸Lot retail- kedai di dalam pusat membeli-belah/shopping mall yg besar.
🔸Lot kedai(shoplot)-bangunan lot kedai di luar dan berada di kawasan komersial.
🔸Pembangunan bercampur(integrated development)- hartanah kediaman yg berintegrasi lebih besar dengan kawasan komersial, retail, entertainment dan juga kemudahan pengangkutan. Contoh TRX, Sunway City.
🔸Shop Office
- SoHo (Small Office Home Office)
Boleh digunakan sebagai rumah / office. Hanya shop office yg ada title Residential dilindungi di bawah Akta Pemajuan Perumahan (HDA).
- SoFo (Small Office Flexible Office) biasanya digunakan sebagai ruang pejabat/ kediaman atau kedua-duanya sekali. Ia dipanggil pejabat fleksibel kerana sesetengah unit mempunyai dinding yang boleh dipecahkan untuk mewujudkan ruang yg lebih besar.
- SoVo(Versatile)/SoVos(Versatile O Suite)
ialah pejabat kecil yang dilengkapi dengan kemudahan telekomunikasi dan infrastruktur yang dapat membolehkan permulaan perniagaan segera. Hanya untuk kegunaan office dibenarkan.