17/05/2024
KEPENTINGAN MENGENALI PEGUAM ANDA
Semalam team saya terima aduan dari salah seorang penduduk dikawasan perumahan di Selangor, mengenai urusan Perfection of Transfer and Charge. Mereka secara beramai-ramai melantik sebuah firma untuk menguruskan tukar nama dari developer kepada pemilik individu. Kerana mereka ditawarkan legal fee yang terlajak murah dari biasa, mereka semua bersetuju melantik firma tersebut.
Namun selepas setahun masih belum ada progress dan mereka sudah pun membayar sejumlah yuran guaman kepada firma tersebut, dan ada sesetengah dari mereka dah habis bayar. Namun masih tiada jawapan dari pihak peguam tentang progress file tersebut.
Lagi 1 kes kami hadapi tahun lepas juga sama. Mengenai Perfection of transfer and charge. Client kami owner rumah, mahu menjual rumah miliknya. Kami ialah peguam untuk urusan jualbeli ini. Bila process nak jual rupanya peguam yang dilantik sebelum ini untuk melakukan penukaran nama, tidak selesaikan penukaran nama itu walau pun sudah bertahun-tahun.
Itulah pentingnya melantik peguam yang anda kenali, walaupun tak kenal sekurang-kurangnya pergi ke pejabat peguam tersebut dan tahu kat mana pejabat dan dengan siapa anda berurusan, senang kalau ada apa-apa kemudian hari mudah untuk kita refer kepada mereka semula.
Sebab itu saya galakkan anakguam kami hadir sendiri ke pejabat kami.
Kali ini anakguam hadir bersama dengan adik-beradik dan keluarga untuk mendengar penerangan tentang proses jual beli rumah beliau di Batu Caves. Banyak soalan yang diterima dan banyak jawapan yang kami berikan utk pihak-pihak faham dan maklum tentang process dan timeline transaction ini.
Sempat juga pihak-pihak selit bertanyakan tentang isu yang saya kongsikan sebelum ini tentang keadaan geran yang telah dilamina yang dikira rosak di pejabat tanah. Haa ni mesti dah ‘laminate’ geran kan!
Apapun jangan terlalu cepat membuat keputusan melantik peguam yang berikan ‘quotation’ yang terlalu murah.
Peguam