15/07/2021
ππππππ πππ©π¨π«π γγγπππππππ !!
1. 2-3 tahun lepas eCCRIS ni baru sahaja dilancarkan. Memang seronok, sebab ianya percuma. Senang nak tahu status kewangan semasa kita. Cuma, waktu tersebut, masih perlu buat pendaftaran di cawangan BNM untuk pengesahan identiti. Beratur panjang jugalah dulu semata-mata nak daftar eccris ni.
2. Semalam BNM telah buat satu pengumuman yang pendaftaran boleh dibuat secara online. Yeay! Bagi yang belum ada, boleh cuba langkah-langkah berikut. CCRIS application form di sini https://www.bnm.gov.my/download-forms atau bnm.gov.my/ccrisapplication. Dah download, isikan borang tersebut. Lampirkan bersama A. Salinan Kad Pengenalan B. Bil Telco
3. 2 dokumen sokongan (lesen memandu, penyata akaun bank, bil utiliti atau penyata KWSP).
4. Dah siap semua, hantar di https://telelink.bnm.gov.my/. Okay, kalau ikutkan infografik BNM, dah selesai di sini, tapi rasanya tak habis lagi. Ni sekadar pandangan (akan dikemaskini sekiranya ada pembetulan). Lepas dah submit, anda sepatutnya akan terima PIN untuk first time login.
6. Lepas tekan first time login, anda perlu masukkan ID number (12 digit nombor kad pengenalan) dan PIN yang akan dihantar di nombor telefon anda. Boleh download User Guide and FAQs, memang dah lengkap panduannya.
7. Dah siap semua ni, boleh la download laporan CCRIS masing-masing. Dalam laporan ni dia akan tunjukkan maklumat-maklumat penting, seperti tunggakan kalau semua '0' maksudnya pembayaran cantik, kalau ada '1', maknanya ada tunggakan sebulan. Maklumat-maklumat lain, patutnya dah tahu masa mohon pembiayaan.
8. Namun ada juga yang tak masuk dalam laporan CCRIS ni, seperti hutang dengan Tekun atau MARA. Tak tunjuk juga pegangan/jawatan kita dalam syarikat-syarikat.