12/02/2021
๐๐ฎ๐ฆ๐๐ก ๐๐๐ง๐๐๐ ๐ฏ๐ฌ ๐๐ฉ๐๐ซ๐ญ๐ฆ๐๐ง๐ญ/๐๐จ๐ง๐๐จ๐ฆ๐ข๐ง๐ข๐ฎ๐ฆ
Sebelum membeli rumah, anda perlu jelas objective pembelian & kemampuan keewangan anda. Pembelian hartanah ini untuk didiami atau untuk pelaburan?
๐๐๐ง๐๐๐ ๐๐จ๐ฎ๐ฌ๐
Landed house sangat sesuai untuk kehidupan berkeluarga. Ruang yang lebih luas, parkir yang lebih selamat, kejiranan yang lebih baik & suasana lebih tenang.
Rumah landed harganya lebih mahal dari apartment/condo tapi bergantung pada lokasi juga. Kalau rumah apartment/condo di kawasan prime area, semestinya harganya berganda daripada rumah landed.
Jika dilihat dari sudut kenaikan harga semasa, hartanah jenis ini biasanya mencatatkan kenaikan harga yang lebih pantas dan lebih tinggi dari jenis apartment/Condo. Ia bukannya satu kemestian, tetapi secara kasar ia begitu. Apa-apa pun lokasi memainkan peranan yang penting.
๐๐ฉ๐๐ซ๐ญ๐ฆ๐๐ง๐ญ/๐๐จ๐ง๐๐จ๐ฆ๐ข๐ง๐ข๐ฎ๐ฆ
Hartanah jenis ini secara umum harganya lebih rendah, bergantung pada lokasi. Hartanah jenis ini sesuai untuk kehidupan keluarga kecil dan yang baru berumah tangga. Fasiliti yang disediakan di kawasan hartanah tersebut juga memainkan peranan penting bagi menentukan keselesaan penghuni.
Hartanah jenis ini mempunyai kelebihan mudah untuk disewa. Nilai sewaan melebihi bayaran bulanan kebiasaanya, mempunyai aliran tunai (positive cash flow). Sesuai untuk pelaburan jangka pendek dan panjang. Cuma hartanah jenis ini tertakluk kepada Strata Management. Pemilik kena bayar maintenance fee setiap bulan bagi menampung kos penyelengaraan.
๐๐๐ฌ๐ข๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฅ๐๐ง
Keputusan untuk membelian hartanah jenis landed atau apartment/condominium sebenarnya bergantung pada kehendak dan tujuan anda sendiri. Jangan lupa ambil kira faktor keewangan, cuba elak masalah keewangan menimpa di kemudian hari. Buat pilihan yang tepat sebelum membeli ya. Assalamualaikum.