Ejen Hartanah Kaya Berjaya

Ejen Hartanah Kaya Berjaya Company berdaftar (LPPEH).

menyediakan perkhidmatan:
*Semak Harga Pasaran Terkini.
*Membuat kajian demand/supply semasa.
*Cadangan harga jualan.
*Prosedur jual-beli rumah
*Anggaran tempoh masa hasil jualan rumah.
*Dokumen yang diperlukan. 0123322569 RUL

Lawak HartanahBeli Rumah dengan Harga Murah. Pembeli:  “Bro, macam mana nak beli rumah dengan harga murah?”Ejen Hartanah...
27/09/2024

Lawak Hartanah

Beli Rumah dengan Harga Murah.

Pembeli: “Bro, macam mana nak beli rumah dengan harga murah?”

Ejen Hartanah: “Mudah saja, beli masa zaman nenek moyang kita!”

PELUANG BINA KARIER ANDA SEBAGAI EJEN HARTANAH DALAM PROGRAM  Mencari Peluang Kerjaya Baru ? Berminat menambah pendapata...
30/01/2021

PELUANG BINA KARIER ANDA SEBAGAI EJEN HARTANAH DALAM PROGRAM

Mencari Peluang Kerjaya Baru ? Berminat menambah pendapatan dalam industri jual beli hartanah JOM sertai kami sekarang.
Jangan risau sesuai untuk Full Time & Part Time
POTENSI JANA INCOME 5K SEBULAN :
Jika anda menjual rumah sekitar RM350,000.
Professional Fees - 3% drpd RM350K = RM10,500**
Komisyen Newbie bermula 50% = RM5,250**
RM5,250 adalah komisen untuk 1 unit, bayangkan jika anda menjual 2 unit
anda boleh menjana sehingga RM10,500 dalam sebulan
Sekarang ni rata-rata harga rumah di Subang Jaya & Puchong adalah Bermula 300K yang sedia untuk dijual
hanya dapatkan listing dan iklankan je dlu sebagai praktis permulaan.
BENEFIT:
Jadual yang fleksibel – Ejen hartanah hanya bertugas pada masa yang minima dan efektif. Jangan salah faham, walaupun masa fleksibel tapi tanggungjawab terhadap pelanggan tetap kena jaga.
Komisen yang tiada had
‘Networking’ dengan banyak pihak – Ejen hartanah biasanya akan selalu berhubung dengan pengurus bank dan guaman. Hampir setiap minggu anda akan menerima mesej melalui Whatsapp, panggilan telefon dan pemberitahuan media sosial.
Ilmu dan pengalaman berharga – Melalui pengalaman sebagai ejen hartanah, automatiknya ejen akan sedar tentang pembangunan setempat, isu kewangan, isu undang-undang tanah, hal pusaka, insolvensi kes bankrap.
Cabang yang besar
Daftar PERCUMA Ke Preview
Tekan Sini ==> www.wasap.my/601121198220/propertyagent
Tekan Sini ==> www.wasap.my/601121198220/propertyagent
Preview *topagent dalam Online & Offline Setiap hari Sabtu Pagi Jam 10 Pagi. Kami Tunggu Yer









Kerjaya Ejen Hartanah 12 Sept 2020wasap.my/60123322569PART/FULL TIME Ejen Hartanahmohon baca :■■■■SYAFIRUL■■■■Kami terpa...
09/09/2020

Kerjaya Ejen Hartanah 12 Sept 2020
wasap.my/60123322569
PART/FULL TIME Ejen Hartanah
mohon baca :
■■■■SYAFIRUL■■■■
Kami terpaksa hadkan 10 Ejen sahaja kehadiran kerana kami utamakan yg benar² bole hadir shj.
Sekarang dah tahun 2020.. pejam celik masuk lagi tahun 2021! Masih gaji yg sama? Atau kenaikan gaji anda masih mcm tu yer... Yg naik adalah umur sahaja!
Menambah pendapatan itu adalah lebih baik drp berhutang & meminjam. Ada je sebenarnya cara cari duit yg halal kan tuan²...
wasap.my/60123322569

02/09/2020

Wasap.my/60123322569/adminasst
Jawatan kosong !!
ADMIN ASSISTANT

KRITERIA YG DIPERLUKAN

1) Berdisiplin serta tepati masa
2) RAJIN & AKTIF
3) Cekap dan cepat belajar
4) Mempunyai kenderaan sendiri
5) Menguruskan tugas seorang PA
6) Boleh menerima arahan dengan baik dan berdikari
7) BERTANGGUNGJAWAB
8) Menguruskan data, maklumat dan pemasaran hartanah
9 Membuat panggilan terhadap klien
10) Latihan disediakan
11) Komisyen dan elaun tambahan akan diberikan

Gaji Permulaan : RM1,100

Tempat : Seksyen 15 Shah Alam, Selangor

Waktu Bekerja :
9.00 pagi - 6.00 petang
Isnin - Jumaat

KEMASUKAN SEGERA

Sekiranya anda mempunyai kriteria di atas sila lampirkan resume melalui Whatsapp En. Syafirul 012-3322569

Wasap.my/60123322569/adminasst

07/04/2020

Macam mana nak cari listing hartanah?
Sebelum aku jawab soalan diatas kita kena tahu dulu apa itu listing hartanah? Listing hartanah ini adalah stok ejen hartanah. Listing hartanah boleh jadi hartanah nak dijual atau nak disewakan. So contoh macam berniaga kedai runcit la, kalau kita masuk kedai dan tokey kedai kata stok tak da dan tiadalah barangan yang kita boleh beli dari kedai tu atau tiada transaksi jualan yang boleh dibuat. So samalah macam ejen hartanah yang tiada listing maka tiadalah sale yang boleh dibuat. Tiada sale so tiadalah komisen. Faham ke faham ini.

Ok sekarang kita balik kepada soalan yang pop**ar di kalangan ejen hartanah newbie, listing hartanah ini nak cari kat mana ye? Ok relax kita go one by one cara paling berkesan nak cari listing hartanah.
Kita start yang paling mudah dulu. Mesti korang ingat aku nak share cara cari listing guna mudah.my kan? Sorry itu bukan cara yang paling mudah, ada lagi yang paling mudah. Ok so apa caranya?
Ok aku share cara No.1. Bila korang start join ejen hartanah, korang akan dimasukkan kedalam group listing Co-Agency. Dalam group tu ada banyak listing hartanah rakan ejen yang lain. Co-Agency ini adalah kita ambil listing rakan kita dan iklankan. Senang betul ejen hartanah buat duit kan😄. Aku juga start ejen hartanah dengan zero listing. Pada tahun 2018, 50% sale aku adalah hasil dari listing Coa. Kalau korang tak manfaatkan listing Coa ini rugi wo!. Cuma Coa ini komisen ejen 50:50 la sebab ada 2 ejen yang terlibat iaitu ejen buyer dan ejen owner.
So next cara berkesan apa? Ok next kita buat cold calling😜. Kena buat call yang malas ini. Tak confident la nak cakap. Korang semua tahu kan? Syarat nak jadi ejen hartanah kena berani untuk bercakap dengan orang yang tidak dikenali. Betul ke?... So kalau tak berani tak boleh jadi ejen la. Relax la tak berani nak cakap tak pe kita tulis jer.
Menarik tu...macam mana tu bro? OK simple jer. Korang ambil phone korang masing-masing. Eh bukan korang tengah tengok phone ke 😆. Ok korang tengok kat contact korang. Cer kira ada berapa contact yang korang ada? Mesti banyak kan? So nak buat apa dengan contact ini? Ok next step korang kena sms/WhatsApp contact korang ini dan bagitaulah yang korang adalah ejen hartanah. Senang jer kan? Tapi nak tulis apa bro? Ok sebelum sms/whatsApp kena ada skrip. Boleh share skrip tak? Boleh no problem. Ok contoh skrip seperti dibawah:-

"Assalamualaikum...Mak Cik Kiah...Apa. Khabar?
Saya sekarang ejen hartanah dengan agensi hartanah berdaftar Nilai Harta Consultant Sdn Bhd.
Servis yang saya tawarkan termasuk menguruskan urusan jual beli dan sewa hartanah di selangor dan KL
Kalau ada kawan-kawan atau family yang nak jual atau beli property boleh hubungi saya di 0123322569 ya.
Attached name card saya.
Terima Kasih
Syafirul Ejen Hartanah"

So dah ada skrip senang la kerja kita. Just copy and paste. Lagi banyak sms/whatsapp yang kita hantar pada kenalan kita lagi banyak la listing kita dapat.

Ok dah la tu k*t. Aku dah share 2 cara berkesan untuk dapatkan listing hartanah. Takan 2 jer bro..tiada cara yang lain lagi ke?..ok baik aku share cara yang lain p**a. Apa yang aku share disini adalah cara yang aku gunakan. Yang proven berkesan. Ok share bro tazzabar ini 😄

Ok sabar jangan risau aku akan share semuanya. Ok next aku nak share macam mana aku dapat listing bila mula-mula jadi ejen hartanah. Aku gunakan media sosial untuk dapatkan listing. Macam mana tu? Ok macam ini korang tau tak kat facebook tu ramai orang yang s**a ambik tahu hal orang lain. So aku bagi contoh. Bila aku start jadi ejen hartanah, aku follow nasihat leader aku untuk posting hari-hari di facebook aktiviti aku sebagai ejen hartanah. Tujuannya adalah nak bagitau kepada rakan-rakan Facebook kita sekarang ini adalah ejen hartanah. Positioning aku di facebook berjaya dapatkan aku listing. 2 minggu selepas posting yang konsisten ex-boss aku call minta tolong jualkan 3 unit property dia. Senang jer kan dapat listing. Kalau kita konsistent buat cara ini, kita akan dapat listing dari ramai kenalan Facebook kita.

Selain daripada tu ada juga listing yang aku dapat adalah hasil aku tinggalkan name card aku di pondok guard di apartment yang aku ada listing. Security guard akan bantu kita pass name card kita pada potential buyer yang nak cari kat apartment itu. Best kan cara ini? 😄 Bila dah berjaya close deal nanti jangan lupa security guard tu...hantar la makanan kat pondok guard tu.😀

Ada juga listing yang aku dapat adalah hasil google form. So yang ini macam caranya ye bro? Ok yang ini banyak juga ejen hartanah gunakan. Kebanyakan ejen buat satu copywriting di facebook untuk tolong check market value. Sekiranya owner nak check market value, owner perlu isi maklumat yang diperlukan di google form. So yang ini kena guna Fbads sebab untuk blast iklan kita tu kepada lebih ramai orang. Menarik ni bro! Yes aku dapat banyak listing dengan cara ini.

Ok last la aku nak share. Banyak sangat aku share nanti, kalau korang tak buat tak guna juga kan. No action no result. Tapi kalau korang dapat hasil dari cara aku ini..belanja aku starbuck pun aku ok 😁.

Ok last, listing yang aku banyak dapat adalah dari referal. Yang ini best. Orang yang bagi listing dan kita tak perlu cari. Siapa yang akan bagi referal pada kita ini? Ok listing referal aku banyak dapat adalah dari owner yang aku dah bantu jualkan rumah dia dan ada juga buyer yang aku tolong dia dapatkan rumah. Tips untuk dapatkan banyak listing referal kena sentiasa bagi servis yang terbaik. Bila orang dah berpuas hati dengan kita, dia akan referkan kita pada kenalan dia p**a.

Ok banyak info yang korang boleh dapat disini. Seterusnya adalah tindakan. Korang kena buat baru dapat hasil. Ok semoga apa yang aku share dapat memberi manfaat pada korang semua. Aku doakan korang yang baca artikel aku ini jadi ejen hartanah yang kaya dan berjaya.

Syafirul
Ejen Hartanah
Champion Top Performer & Producer 2018/2019
0123322569

31/03/2020

berkongsi peluang buat duit kerjaya ejen hartanah

Address

Seksyen 15, Jalan Tukul N15/N
Shah Alam
40200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ejen Hartanah Kaya Berjaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category