08/03/2022
Pembelian Rumah Lelongan Kos Rendah
Definisi
Rumah Kos Rendah atau "LOW COST HOUSE" adalah rumah MAMPU MILIK mengikut harga siling rumah yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dan tercatat syarat-syarat dalam Perjanjian Jual Beli.
● Saiz keluasan lantai rumah;
1) Kos Rendah = 700kps
2) Kos Sederhana Rendah = 750kps
3) Kos Sederhana dan ke atas = 800kps
● Syarat atau TITLE terbatal bagi kes lelong. Ini bermakna boleh membeli lebih dari 1 unit rumah Kos Rendah melalui lelongan.
● Tetapi ianya tetap memerlukan "Consent" @ kebenaran dari pihak berkuasa Negeri. Biasanya diluluskan dalam masa 14 hari sahaja. Apa-apa lelongan perlu mendapatkan kebenaran Mahkamah Tinggi terlebih dahulu.
Terma & Syarat Pembelian Rumah Kos Rendah Lelong (Perlu merujuk kepada P.O.S)
- Ada syarat yang gaji seisi rumah WAJIB di bawah RM5,000
- Ada rumah Kos Rendah boleh dibeli secara lelong, tetapi TIDAK boleh dijual (kecuali suami isteri yang bergaji di bawah RM5,000)
- Lain hartanah dan lain negeri lain syarat dan sekatannya.