Puteri Elaisha

Puteri Elaisha Rumah Kota Puteri

01/11/2021
25/10/2021

Rumah Idaman PKNS, Selangorku @ Kota Puteri.
==++==++==++==++==++==++==++==++

Salam Sejahtera Pelanggan Yang Dihormati,

1. Masih terdapat kekosongan unit bagi jenis rumah 'Town House' di Seksyen 5 @ Kota Puteri.

2. Rumah berkeluasan 992 kps. 3 bilik tidur, 2 bilik air.

3. Harga dari RM 187k ke atas.

4. Untuk maklumat lanjut berkaitan rumah 'Town House' tersebut, sila layari https://www.pkns-property.com/rumah-selangorku

5. Adakah anda layak memohon bagi Rumah Idaman Selangorku? Layari maklumat berikut : https://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/www/index.php?id=4&page_id=18&articleid=2




18/10/2021

Baginda SAW bersabda: "Wahai sekalian manusia! (Ketahuilah) Bahawa sesungguhnya daku ini adalah rahmat yang dihadiahkan (oleh ALLAH SWT kepada seluruh alam)."

(Riwayat ad-Darimi dan al-Hakim)

Selamat memperingati Maulid Nabi Muhammad SAW 1443 H. Tulus ikhlas daripada PKNS.

20/09/2021

Salam Sejahtera,

Semoga info ringkas ini dapat membantu anda miliki hartanah idaman anda.

1. Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) merupakan sebuah intitusi kerajaan yang membantu penjawat awam dalam pembiayaan hartanah pilihan.

2. Umum kita ketahui bahawa LPPSA menyediakan pembiayaan rumah kediaman sahaja.Tetapi sebenarnya, terdapat banyak lagi jenis pembiayaan yang disediakan oleh pihak LPPSA.

3. Berikut adalah 7 jenis pembiayaan yang disediakan oleh pihak LPPSA :

Jenis 1 :
Membeli Rumah Atau Petak Rumah Kediaman Yang Telah Siap.

Jenis 2 :
Membina Rumah Di Atas Tanah Sendiri.

Jenis 3 :
Membeli Rumah Atau Petak Rumah Kediaman Dalam Pembinaan.

Jenis 4 :
Membeli Tanah Dengan Tujuan Membina Rumah.

Jenis 5 :
Menyelesaikan Hutang Pinjaman Daripada Bank/Institusi Kewangan

Jenis 6 :
Membina Rumah Di Atas Tanah Yang Dibeli Melalui Pinjaman BPP / LPPSA

Jenis 7 :
Membuat Kerja Ubahsuai Rumah Atau Petak Rumah Kediaman.

4. Yang mana pilihan anda? Untuk maklumat lanjut, sila layari portal LPPSA : http://www.lppsa.gov.my/v2/jenis-pembiayaan/

5. Para penjawat awam, jangan lepaskan peluang memohon pembiayaan yang ditawarkan oleh pihak LPPSA yang mempunyai banyak manfaat.

Jika anda berminat membeli hartanah PKNS dengan menggunakan pembiayaan LPPSA dan memerlukan khidmat nasihat, hubungi talian berikut 03-5022 0188 / 5022 0187 / 5022 0189. Kami bersedia membantu anda.


06/06/2021

DIRGAHAYU TUANKU

PKNS merafak sembah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang Di-pertuan Agong XVI Pada Hari Isnin 7 Jun 2021 bersamaan 26 Syawal 1442 Hijrah.

Sembah Takzim daripada Pihak Pengurusan dan warga kerja PKNS

Istana Negara


01/05/2021

Selamat Menyambut Hari Pekerja kepada seluruh warga pekerja di negara ini.

1 MEI 2021 | PEKERJA TERAS MENDEPANI CABARAN |



29/04/2021

Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 185 yang bermaksud :

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanyaditurunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan )perbezaan antara yang benar dengan yang salah...

Selamat Berbuka Puasa dan Salam Nuzul Al-Quran daripada warga kerja PKNS



12/04/2021

[MAKLUMAN]

Para pelanggan yang dihormati, waktu operasi PKNS sepanjang bulan Ramadan 1442h | 2021 seperti ketetapan di E-poster.



---------------

12/04/2021

SALAM RAMADHAN 1442H.

Seluruh Ahli Pengurusan PKNS mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1442H/2021M kepada seluruh kakitangan PKNS dan umat Islam di seluruh dunia khususnya di Malaysia.

Firman Allah s.w.t. menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadan yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertaqwa"

(Surah al-Baqarah:183)





25/02/2021

Apa rancangan anda pada tarikh 27 & 28 Februari nanti?

Jemput datang ke Galeri Jualan Kota Puteri untuk melihat sendiri Koleksi Hartanah PKNS @ Kota Puteri :

1. Rumah Teres 2 Tingkat (22'x 75')-Puteri Aira pada harga dari RM 525,000.

2. Rumah Teres 2 Tingkat (20' x 70')-Puteri Elaisha pada harga dari RM 505,000.

3. Rumah Teres 2 Tingkat (20' x 70')-Puteri Soraya pada harga dari RM 388,888.

Miliki hartanah idaman hati dengan pelbagai tawaran hebat pada hari tersebut.

Hubungi segera Perunding Hartanah PKNS di talian 03-5022 0188 untuk tetapkan janji temu eksklusif anda.

Jangan lepaskan peluang, nanti melepas!





12/02/2021

Address

Persiaran Tasik, Seksyen 14
Shah Alam
40000

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 16:30
Friday 08:00 - 16:30

Telephone

+60355250300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Puteri Elaisha posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category