21/12/2021
STANDARDISED BASE RATE (SBR) - APA YANG ANDA PERLU TAHU?
Seperti yang diumumkan BNM , bermula 1 Ogos 2022 semua bank akan menggunapakai standardised base rate (SBR) yang sama menggantikan Base Rate (BR) yang sedia ada.
Secara ringkasnya, ini yang anda perlu tahu:
1. Apa beza BR dan SBR?
Kalau sebelum ini BR setiap bank berbeza-beza, bermula 1 Ogos 2022 semua bank akan menggunakan SBR sahaja.
SBR = Overnight Policy Rate (OPR), yang mana sebarang perubahan ditentukan oleh BNMโs monetary policy committee.
2. Apa manfaatnya kepada peminjam/pelanggan?
Selepas ni anda tak perlu lagi peningkan kepala nak bandingkan BR setiap bank. Semua bank akan guna SBR yang sama.
3. Ada perubahan ke terhadap pinjaman/pembiayaan sedia ada?
Tiada perubahan. Pinjaman/pembiayaan yang menggunakan BR/BLR/BFR akan terus menggunakan pricing yang sama sehingga hutang langsai.
4. BR/BLR/BFR sedia ada akan berubah tak?
Ya, BR/BLR/BFR akan berubah mengikut OPR. Sekiranya OPR naik 0.25%, maka kadar BR/BLR/BFR akan ikut naik 0.25% dan sebaliknya.
5. Ada kesan ke terhadap pinjaman/pembiayaan berkadar tetap (fixed rate) ?
Tiada, SBR hanya digunapakai untuk pinjaman/pembiayaan berkadar terapung (floating rate) sahaja.
6. Jadi selepas ni apa saya perlu bandingkan apabila dapat tawaran pinjaman/pembiayaan?
Simple, bandingkan kadar spread yang ditawarkan bank je.
7. Patut ke saya refinancing pinjaman/pembiayaan lepas SBR efektif 1 Ogos 2022 nanti?
Tak perlu, melainkan kadar efektif pembiayaan sedia ada lebih tinggi berbanding 'market rate'.
Kadar efektif = SBR / BR + spread
Kesimpulannya, kekal tenang dan bayar pinjaman/pembiayaan anda macam biasa. Semoga bermanfaat.
All Hafiez Abas
-Your Trusted Banker-