25/05/2023
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN.
1. Jawatan : Eksekutif Kewangan dan Sumber Manusia
2. Syarikat : Urus Maju Ehsan (M) Sdn Bhd
3. Lantikan : Kemasukan segera
4. Kelayakan :
a) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
b) Ahli penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan; atau
c) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan; atau
d) Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia.
e) Pengalaman bekerja sebagai akauntan sekurang-kurangnya lima (5) tahun pengalaman dan mahir menggunapakai sebarang sistem berkaitan perakaunan.
f) Satu Kelebihan :
Pengalaman bekerja di Syarikat Pemaju atau pembinaan projek pembangunan
Pengalaman menggunapakai sistem Advelsoft
5. Skop Kerja :
a) Bertanggungjawab menyediakan perancangan kewangan syarikat
b) Bertanggungjawab menguruskan perbelanjaan dan perancangan kewangan serta tugas-tugas yang berkaitan kewangan
c) Menyediakan anggaran belanjawan dan justifikasi pengurusan dan pembangunan projek
d) Menyediakan penyata kewangan proforma setiap tahun untuk tujuan pengauditan
e) Memberi khidmat nasihat dan pandangan berkenaan peraturan dan prosedur kewangan, perolehan, pentadbiran dan sumber manusia
f) Menyemak dan mengkaji bajet bagi sesuatu projek mengikut pelaksanaan projek, menyemak Costing yang disediakan oleh perunding dan kajian kesesuaian kewangan serta Aliran Tunai
g) Mengkaji dan menilai harga jualan setiap projek bagi mencapai keuntungan yang munasabah
h) Memantau dan menyemak hal ehwal pembangunan perniagaan dan strategi pemasaran syarikat
i) Mengurus dan menyelaras keperluan dokumentasi syarikat
j) Menguruskan hal ehwal pengurusan sumber manusia dan korporat syarikat
k) Menguruskan perolehan syarikat
l) Sedia menerima arahan dari semasa ke semasa dari Ketua Pegawai Eksekutif
Tarikh tutup permohonan : 8 Jun 2023
Sila hantarkan resume ke alamat email [email protected] untuk permohonan.
Sebarang perkara berbangkit, sila hubungi Pn Khadijah Fadzil di talian 03-5524 5114.