13/11/2024
Sharing tip...
===================
STEP BELI RUMAH A to Z
===================
Pembelian rumah ini melibatkan proses yang mudah namun mengambil sedikit masa bagi selesaikan urusan jual beli.
𝗟𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗵 𝟭: 𝗦𝗲𝗺𝗮𝗸 𝗞𝗲𝗹𝗮𝘆𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗟𝗼𝗮𝗻 𝗥𝘂𝗺𝗮𝗵
Ini adalah langkah paling penting sebelum anda mula mencari rumah. Tujuannya adalah untuk menentukan harga rumah yang anda layak beli. Semakan ini dapat dibuat dengan mendapatkan khidmat Perunding Hartanah (Agen rumah/REN).
𝗟𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗵 𝟮: 𝗦𝗲𝗱𝗶𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗠𝗼𝗱𝗮𝗹 𝗗𝗲𝗽𝗼𝘀𝗶𝘁 𝗥𝘂𝗺𝗮𝗵
Modal untuk pembelian rumah subsale/secondhand melibatkan 15% daripada harga rumah (10% deposit rumah + 5% yuran guaman).
Manakala untuk pembelian projek perumahan baru, sesetengah pemaju menawarkan RM0 modal yang bermaksud 15% deposit dan yuran guaman ditanggung sepenuhnya oleh pemaju. (Bahagian ini dapatkan khidmat perunding hartanah untuk better understanding)
EPF akaun 2 juga boleh digunakan untuk tujuan 10% deposit ini, dan anda hanya perlu menyediakan modal untuk yuran guaman.
𝗟𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗵 𝟯: 𝗖𝗮𝗿𝗶 𝗥𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗦𝗲𝘀𝘂𝗮𝗶 𝗞𝗲𝗹𝗮𝘆𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗔𝗻𝗱𝗮
Anda sudah boleh mula mencari rumah sesuai kelayakan dan kemampuan anda. Jangan bazirkan masa cari rumah yang kita tak layak dan mampu.
𝗟𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗵 𝟰: 𝗜𝘀𝗶 𝗕𝗼𝗼𝗸𝗶𝗻𝗴 𝗙𝗼𝗿𝗺
Setelah memilih rumah, anda boleh lah isi booking form dan buat bayaran booking. Biasanya untuk rumah subsale kena bayar booking fee 3.18% dari harga rumah. Untuk rumah undercon booking fee serendah RM500 sahaja.
𝗟𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗵 𝟱: 𝗦𝗲𝗱𝗶𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗗𝗼𝗸𝘂𝗺𝗲𝗻 𝗨𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗟𝗼𝗮𝗻
Bagi yang bekerja makan gaji tetap sediakan dokumen seperti IC, slip gaji 3 bulan terkini, 3 bulan penyata bank, penyata EPF, penyata deposit tetap. Bagi yang bekerja makan gaji termasuk komisen/overtime, biasanya banker akan minta 6 bulan slip gaji dan 6 bulan penyata bank.
Bagi yang bekerja sendiri p**a, dokumen yang diperlukan ialah salinan IC, SSM/trade lesen, penyata bank (sekurang-kurangnya 2 tahun), penyata cukai tahunan (Borang E), Rekod CCRIS.
Dokumen ini anda boleh sedia awal sebelum banker hubungi anda untuk melancarkan proses permohonan pembiayaan rumah anda.
𝗟𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗵 𝟲: 𝗦𝗶𝗴𝗻 𝗟𝗲𝘁𝘁𝗲𝗿 𝗢𝗳𝗳𝗲𝗿 (𝗟𝗢)
Bila bank dah luluskan permohonan loan, anda perlu menandatangani LO sebagai tanda setuju terima loan rumah yang ditawarkan.
𝗟𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗵 𝟳: 𝗦𝗶𝗴𝗻 𝗦𝗮𝗹𝗲 & 𝗣𝘂𝗿𝗰𝗵𝗮𝘀𝗲 𝗔𝗴𝗿𝗲𝗲𝗺𝗲𝗻𝘁 (𝗦𝗣𝗔)
Seterusnya peguam yang dilantik akan menyediakan SPA. Baca dan fahami SPA sebelum anda tandatangan. Baki deposit rumah perlu dibayar sewaktu anda sign SPA.
Jika beli projek perumahan baru, anda perlu bayar 10% deposit. Bagi pemaju yang offer rebate 10% maknanya anda tak perlu bayar deposit.
Dan anda juga perlu bayar yuran peguam ya setelah sign SPA. Bagi mereka yang membeli projek perumahan baru, sesetengah pemaju menanggung kos sepenuhnya untuk SPA ini, maka anda tidak perlu bayar yuran peguam.
𝗟𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗵 𝟴: 𝗦𝗲𝗿𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗞𝘂𝗻𝗰𝗶
SPA yang ditandatangan akan di stamping. Bank akan disburse 90% loan kepada lawyer/pemaju. Selepas disbursement serahan kunci akan dibuat antara pembeli dan penjual/pemaju.
Credit : Ustaz Lan
Interested? Contact me :-
Waridatul Arshad
WhatsApp Only : +6010-5343 768
Chester Properties Sdn Bhd HQ