SZ Property- Perunding,Pembeli,Penjual Hartanah

SZ Property- Perunding,Pembeli,Penjual Hartanah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SZ Property- Perunding,Pembeli,Penjual Hartanah, Estate agent, Subang Pelangi, Shah Alam.

Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Saya Shafiq Danial Perunding Hartanah berdaftar dari agency Hebat Realtors.Sekiranya...
18/08/2023

Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Saya Shafiq Danial Perunding Hartanah berdaftar dari agency Hebat Realtors.

Sekiranya tuan/puan pemilik mana-mana hartanah (Rumah, Kondominium, Pangsapuri, Villa, Banglo, Flat, Tanah, Lot kedai, Bangunan Komersial, Kilang) di kawasan Kuala Lumpur, Selangor Pahang dan merancang untuk disewakan jual beli hartanah tersebut, amatlah dialu-alukan. Kami akan membantu menyediakan service untuk anda.. Anda tidak perlu pening2 kepala. Samada jual atau beli!!

Sebarang pertanyaan sila hubungi:

☎️Tel : 011-16216916(Shafiq)
📧Email: [email protected]
Real Estate Negotiator (REN)
Hebat Realtors E 3(1641)

www.wasap.my/01116216916/ServiceHartanah🏘️

Ilmu.
25/09/2022

Ilmu.

“Saya ada nak beli rumah ni. Tapi nak ambil MRTT ataupun MLTT ni? “

🏠Beza antara MRTT dan MLTT 🏠

Dua insurance rumah yakni perlindungan aset yang patut diambil tahu. Ramai yang tidak ada ilmu pasal ini.

Bila submit loan, Bank akan meyakinkan anda untuk mengambil MRTT kerana itu keuntungan untuk mereka.

Persoalannya nak bagi untung dekat bank ataupun dekat diri kita sendiri?
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Disini yang “summarize “ kan untuk anda semua:

📌MRTT akan membiayai lebihan hutang sahaja.

📌MLTT p**a satu “mechanism transfer of risk”

Kenapa saya cakap macam tu:

Contohnya jika harga Rumah : RM297,000

Situasi : Selepas 7 tahun bayar, baki pinjaman tinggal RM 160,000. Owner rumah meninggal dunia.

Jika ambil MRTT : Bank hanya akan membayar lebihan baki pinjaman iaitu RM160,000 .
✅Dan rumah tersebut akan dapat kepada isteri. Waris perlu agihkan kepada waris faraid sebab hak isteri atas rumah tu cuma 1/8 sahaja.

Jika MLTT: Waris akan menerima pampasan RM297,000 . Baki pinjaman RM 160,000 dapat dilunaskan .
✅Rumah tersebut akan dapat kepada isteri.
✅Dan ada lagi lebihan sebanyak RM137,000 untuk isteri!
✅ Duit RM137,000 boleh dibayar kepada waris faraid untuk jadikan rumah hak milik isteri sepenuhnya.

Itulah dia Hibah!
Kelebihan MLTT ini dia include sekali dengan hibah kepada waris kita.

Dan satu lagi kelebihan MLTT , ia bukan sekadar perlindungan untuk aset anda , ia juga tempat pelaburan.

Lagi satu jika dalam tempoh pinjaman tu, berlaku penyakit kritikal @ lumpuh, caruman MLTT jadi PERCUMA tak perlu bayar lagi tapi caruman MRTT masih jalan seperti biasa.

Jadi dengan Ambil MLTT:
✅Protection Rumah dapat
✅Hibah dapat
✅Saving dapat

Jadi which one yang lagi menguntungkan kita? Fikir-fikirkanlah.

Kredit : Ahmad Humaizi Ibrahim

27/02/2020

Maaf sudah terucap
Rosaknya tak tertampal
( Kongsi Renungan)

Pernah satu kejadian dekat sekolah menengah aku seorang mak datang menjerit-jerit memaki-maki seorang ustazah yang merotan betis anak daranya (yang merupakan sedarjah dengan aku).

Si ibu yang pangkat lawyer terus berjumpa guru besar dan ugut akan saman sekolah. Lalu si guru besar minta maaf. Tetapi si ibu dengan angkuh berkata, dia nak ustazah yang rotan anak dia tu sembah dan minta maaf DEKAT ANAK DIA!

Dan ustazah itu akur.

Ketika itu zaman tak viral lagi.
Zaman friendster pun tak wujud lagi.
Masa tu paling top zaman chatting tenggelam timbul dalam chat room toronto pakai nama evanatasya_82 (ewah, terbagitau p**ak... 🤣🤣🤣)

Back to the story.

Kawan aku tu seronok la sebab ustazah minta maaf dekat dia.
Mak budak tu puas hati.

Tapi.....

Sejak kejadian itu, seorang guru pun tak pernah lagi tegur dia.
Apa dia nak buat, semua cikgu ambil pendekatan "pandang langit".

Bukan kerana benci pada si anak.
Tetapi demi meng"hormat"i si ibu.

Sampailah satu tahap dia masuk tingkatan 2.
Dan ditangkap ketika sedang menghisap g***a di belakang sekolah.

Si ibu terduduk.
Menangis air mata darah sekalipun tidak berguna.

Sejak dari hari itu.
Aku nampak besarnya "nikmat" amarah seorang guru.

Percayalah.

Bukan mudah nak sayang anak orang.
Apatah lagi nak marah anak orang lain sebab mengharapkan anak orang tu membesar jadi insan berguna.

Kalau anak kau tidak boleh ditegur guru.
Kau membesarkan seorang tuan tidak beribu.

# # # #

30/11/2019

Ilmu dan info

Address

Subang Pelangi
Shah Alam
40150SELANGOR

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SZ Property- Perunding,Pembeli,Penjual Hartanah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to SZ Property- Perunding,Pembeli,Penjual Hartanah:

Share

Category