Masalah Penduduk

Masalah Penduduk Page ini dibuat untuk semua penduduk meluahkan masalah perumahan/kejiranan

[Pemaju Tiada Otak]Admin pernah update berkenaan plan pemaju yang tidak memikirkan masalah traffic untuk penduduk Elmina...
04/02/2023

[Pemaju Tiada Otak]

Admin pernah update berkenaan plan pemaju yang tidak memikirkan masalah traffic untuk penduduk Elmina Green 1 dan tidak hanya dengan masalah itu, pihak pemaju tambah satu lagi masalah kepada penduduk Elmina Green 1, Saujana Utama, Puncak Alam dan orang ramai.

Difahamkan, ada satu bazaar raya akan dibuka menjelang bulan puasa nanti berdekatan dengan Rainbow Bridge (berdekatan Elmina Valley).

Sekali lagi, admin tidak dapat hadam macam mana pihak pemaju meluluskan event macam ni dijalankan berhampiran dengan satu2nya jalan utama yang digunakan oleh orang ramai terutamanya penduduk Elmina Green 1, Saujana Utama, Hillpark, Puncak Alam dan sebagainya.

Credit :
Pengguna Jalan Shorea

[Update : Future Traffic Problem for EG1 Resident]Admin difahamkan ada update berkenaan masalah kesesakan lalu lintas di...
28/01/2023

[Update : Future Traffic Problem for EG1 Resident]

Admin difahamkan ada update berkenaan masalah kesesakan lalu lintas di hadapan rumah SelangorKu dan Tasik Sakura kepada penduduk Elmina Green 1 dan orang ramai.

Berdasarkan info yang admin terima dari resident mengenai maklum balas dari pihak pemaju berkenaan isu ini sangatlah mengecewakan.

Pihak pemaju tiada sebarang rancangan ataupun solusi untuk menangani masalah ini. Pihak pemaju menyatakan ini adalah dari blueprint asal mereka sejak dulu.

Timbul persoalan disini, adakah pihak pemaju tiada seorang pun yg mampu berfikir mengenai masalah ini sebelum merangka blueprint Elmina City? Dimana common sense mereka? Ataupun memang plan dari asal untuk ambil langkah tidak peduli selepas Purchasing Agreement ditanda tangan oleh resident EG1?

Buat masa sekarang, masalah ni tak timbul sebab EG2 masih tidak dibuka. Percayalah, tahun hadapan dan seterusnya, isu ini akan terjadi dan bila ia sudah terjadi, sudah terlambat.

Prevention is way better than cure.

Credit :
Resident EG1

[Masalah Kesesakan Lalu Lintas]Admin tak faham macam mana plan pihak pemaju untuk Elmina Green 1 dari segi access keluar...
05/01/2023

[Masalah Kesesakan Lalu Lintas]

Admin tak faham macam mana plan pihak pemaju untuk Elmina Green 1 dari segi access keluar masuk.

Seperti yang semua sedia maklum, di tepi Elmina Green 1 adalah perumahan Selangorku juga dikenali sebagai Elmina Green 2.

Pintu utama utk keluar masuk ke Elmina Green 1 adalah jalan yg sama yg akan digunakan oleh penduduk Elmina Green 2 dan juga orang awam utk ke Sakura Lake ataupn jalan shortcut ke Saujana Utama atau ke Jalan besar.

Bukan itu juga, di depan Sakura Lake, akan didirikan 2 buah sekolah.

Penduduk Elminq Green 1 tidak faham dan tidak nampak apa plan pihak pemaju atau pihak berwajib untuk mengelakkn dari mslh lalulintas ini berlaku di masa hadapan.

Apabila Elmina Green 2 dibuka nanti, pasti akan ada beberapa kenderaan yg parking di tgh jalan diluar Elmina Green 2.

Sbb itu dinyatakan sebelum ni, pihak pemaju hanya mahu membina dan menjual rumah tetapi tidak mengendahkan masalah2 penduduk yg sedia ada.

Credit :
Penduduk Elmina Green 1

[Rumah RM600K Tapi Macam Duduk Dalam Hutan]1. Masalah Rumput Tak DipotongRumput Dalam Kawasan Taman- Penduduk Elmina Gre...
02/01/2023

[Rumah RM600K Tapi Macam Duduk Dalam Hutan]

1. Masalah Rumput Tak Dipotong

Rumput Dalam Kawasan Taman
- Penduduk Elmina Green difahamkan ada beberapa kontraktor rumput yang dilantik oleh pihak pemaju untuk pemotongan rumput. Akan tetapi jadual pemotongan rumput yang tidak diselia menyebabkan sebahagian tempat tidak dipotong.

Rumput Luar Kawasan Taman (Tepi Pagar)
- Yang ni paling teruk. Berdasarkan pemerhatian admin rumput di kawasan luar taman tidak dijaga dengan baik. Terutama di luar pagar berdekatan SU3 dan Elmina Green 2. Admin juga difahamkan oleh penduduk, pihak pemaju memaklumkan kawasan itu bukan dibawah seliaan mereka tetapi dibawah seliaan pihak bandaraya. Bila penduduk membuat laporan kepada dua2 pihak, tiada tindakan yang diambil.

Penduduk Elmina Green 1 sangat kecewa dengan kedua2 pihak yang tidak bertanggungjawab.
Rumput yang tidak diselia akan mengundang bahaya kepada penduduk dari segi keselamatan terutama kedatangan dan kewujudan haiwan2 berbisa.

Credit :
Penduduk Elmina Green 1

Elmina Green 1Elmina Green 1 adalah sebahagian freehold terraced housing di dalam plan Elmina City. Terletak paling huju...
01/01/2023

Elmina Green 1

Elmina Green 1 adalah sebahagian freehold terraced housing di dalam plan Elmina City. Terletak paling hujung dalam plan Elmina City (tepi Saujana Utama 3).

Harga rumah dari RM68x,### - RM1,###,###.

Berdasarkan pemerhatian admin dan perkongsian dari penduduk Elmina Green 1. Kemudahan dan treatment yg disediakan oleh pihak pemaju agak berbeza berbanding Elmina Valley. Tindakan dari pihak berwajib juga agak lambat.

Berikut adalah antara masalah2 yg dihadapi penduduk Elmina Green.

1. Guard house dan fencing lambat buat. Sampai skrg masih tak siap.
2. Line telepon indoor sgt teruk.
3. Rumput tak potong ikut jadual. Ada sebahagian tempat tak dipotong di dalam dan luar pagar
4. Surau sementara tak disediakan. Phase 1A sudah siap since 2019 tapi masih tak ada surau disediakan
5. Laluan masuk sementara tunggu guard house siap tak ada full preparation. Tak ada lampu jalan, signboard.
6. Masalah anjing liar
7. Security guard company yg disediakan tidak competent. tak buat kerja betul2.
8. Jalan masuk utama berkongsi dengan Elmina Green 2 (Rumah Selangorku) dan sekolah. Kesesakan lalu lintas akan berlaku nanti. Tak ada preparation dari pihak berwajib.
9. Lampu jalan ada yg hidup ada yang tak diselenggara.
10. Respon dari pihak berwajib tersangat la slow.
11. Tiada dinding yg disediakan antara Elmina Green 1 & Elmina Green 2. Hanya berkongsi pagar besi yang mudah dipanjat. (safety & security concern)
13. Pemaju continue develop new Elmina city plan (Eg 3,4,5,6 etc) akan tetapi tidak menghiraukan masalah penduduk yg sedia ada.
14. Harga rumah yg mahal tetapi facility yg diberikan tidak setimpal.

Details utk setiap masalah ini akan diulas diposting lain bila admin dapat full info dari penduduk Elmina Green 1.

Credit :
Penduduk Elmina Green 1

01/01/2023

Page Ini bertujuan untuk semua penduduk meluahkan rasa tidak puas hati berkenaan kualiti atau sebarang masalah dengan pihak pemaju, bandaraya dan kejiranan sahaja. Sebarang iklan tidak dibenarkan kecuali approve by admin.

Page ini tidak bertanggungjawab keatas sebarang posting yg berbentuk menghina, mengecam, racist dan semua yang negatif ke atas mana2 syarikat atau individu.

Melalui page ini, dengan harapan, segala masalah penduduk akan dapat diselesaikan dengan cepat dan berkesan.

Address

Shah Alam

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masalah Penduduk posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category