14/11/2019
Mne satu pilihan yang tepat?
Apakah pelaburan yang paling menguntungkan?
Pelaburan Hartanah?
Pelaburan Saham?
Jawapannya BERGANTUNG.
Setiap pelaburan adalah menguntungkan sekiranya anda
mempunyai ILMU.
Orang kata, pelaburan hartanah boleh untung banyak.
Kalau harga rumah RM200,000 kemudian 5 tahun akan datang, harga rumah menjadi RM500,000, anda untung RM300,000!
Persoalannya, adakah rumah anda akan terjual jika lokasi tidak strategik? Kadar pinjaman yang tinggi?
Semuanya terletak pada ILMU.
Untuk pelaburan jangka panjang, hartanah sememangnya tidak dapat disangkal merupakan instrumen pelaburan yang paling ideal dan praktikal.
Anda mungkin boleh mulakan dengan pelaburan saham dan gunakan dividen hasil pelaburan sebagai deposit 10% untuk membuat pelaburan hartanah p**a.
Apapun, kedua-duanya mempunyai risiko, kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Terp**ang kepada anda untuk mencipta kekayaan dari instrumen yang mana.