23/03/2023
PENUTUPAN SUSUR KELUAR NILAI IMPIAN BAGI KERJA-KERJA
PEMASANGAN PAIP AIR
Nilai, 27 Mac 2023:- Pengguna lebuh raya yang menggunakan susur keluar Nilai
Impian dari Lebuhraya Utara-Selatan dinasihatkan untuk menggunakan susur kedua Nilai
Impian susulan penutupan di susur terbabit di KM 1.3 Ext Plaza Tol Nilai bagi
kerja-kerja pemasangan paip air di bulatan Nilai Impian berdekatan dengan Sales
Gallery Sime Darby Nilai. Ia dilaksanakan bermula pada 27 Mac (Isnin) hingga 3 April
(Isnin) 2023, setiap hari sepanjang tempoh tersebut.
Sepanjang tempoh tersebut, pengguna jalan raya perlu menggunakan susur keluar Nilai
Impian kedua dihadapan untuk memasuki Nilai Impian. Selain itu, di kawasan
bulatan Nilai, aliran trafik akan dikawal oleh pegawai trafik untuk membantu melancarkan
pergerakan trafik di laluan terbabit.
Pengguna dinasihatkan supaya mematuhi semua papantanda trafik serta arahan
yang dikeluarkan ketika melalui kawasan kerja terbabit.