18/11/2019
Orang Melayu lebih banyak kelebihan untuk memiliki rumah sendiri. Tapi mungkin sebab takda pendedahan ilmu pelaburan, dan lebih s**a tunggu harta pusaka, Melayu terus selesa untuk terus menyewa.
Kita tak boleh salahkan orang lain yang beli tak henti-henti, sebab pasaran hartanah adalah terbuka. Tapi, masih ada banyak hartanah yang ada sekatan dan syarat-syarat untuk kau beli. Kena cari, mohon dan beli.
Kalau kau hanya layak beli rumah RM100K, belilah. Kalau kau layak beli rumah RM200K, beli terus. Kalau kau layak setakat tu, tapi rasa nak beli rumah yang lebih mahal, kenalah tambah pendapatan.
Nak beli rumah sekarang atau tunggu pasaran hartanah jatuh teruk? Pendapat saya, beli rumah sekarang kalau kau dah bersedia. Beli rumah yang kau layak. Banyak lagi hartanah yang kalis rugi kau boleh sauk.
Bukan apa, sebab setiap tahun kau akan baca pasaran hartanah akan makin teruk, rumah akan turun harga kaw-kaw. Hakikatnya, setiap tahun tetap ada orang buat duit dengan hartanah. Beli hartanah yang betul!
Kalau takut sangat, beli satu dululah. Cari yang senang disewakan. Paling tak, kau dah ada satu rumah. Kalau pasaran hartanah tak merudum, harga rumah kau tetap naik dan kau dapat kutip sewa bulan-bulan.
Takdalah kau menyesal sangat nanti. Sampai bila kau nak amal konsep tunggu dan lihat. Orang lain dah lama amal konsep cari ilmu, beli, beli, beli, tunggu, tunggu, tunggu, kira duit, kira duit, kira duit. - HF